26
2
0
Pasangan berkenaan bercerai secara baik dan mendapat persetujuan bersama dalam satu proses tertutup pada pukul 10 pagi 29 Februari lalu di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari, Shah Alam.
Leya yang mengesahkan perkara tersebut berkata, walaupun sudah bercerai, mereka tetap berhubungan sebagai kawan baik.
“Ya, kami sudah bercerai talak satu pada 29 Februari lalu. Saya tidak boleh mengulas lanjut tentang perceraian kami. Doakan yang baik-baik sahaja,” katanya seperti yang dipetik daripada akhbar Kosmo!.
Pasangan yang bernikah pada 8 Disember 2007 itu dikurniakan sepasang anak perempuan kembar, Aza Ameena dan Asha Ameena, yang kini berusia dua tahun setengah.
Sementara itu, Ashraf yang merupakan seorang komposer ketika dihubungi turut mengakui perceraian mereka.
Err…penulis tak mahu ulas panjanglah mengena kisah cerai berai ni kerana sebagai umat Islam, kita rata-rata dah tahu hukum hakam mengenainya.
Benar, perceraian bukanlah suatu hal yang disukai dalam Islam bahkan perceraian merupakan hal yang dikecam oleh Islam kecuali oleh alasan yang sah.
Rasulullah SAW bersabda, “Perkara halal yang paling dibenci oleh Allah adalah perceraian.”
Ini kerana Islam menganggap pernikahan adalah sebuah akad atau kontrak yang serius (mithaq ghalizh) dan merupakan tanggung jawab dari kedua belah pihak (suami isteri) untuk menjalankan akad/kontrak tersebut dengan segenap kemampuan mereka.
Apapun berbalik kepada kisah penceraian Aleya ini, kita berharap kedua suami isteri agar tidak menjadikan alasan penceraian itu untuk mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap anak.
Aza Ameena dan Asha Ameena tidak tahu apa-apa. Hubungan anak dengan emak, atau pun bapa, tidak boleh putus walaupun sudah bercerai.
Mereka berhak mendapat hak sebagai seorang anak, dan Aleya serta Ashraf wajib melaksanakan hak mereka sebagai ibu bapa.
1 ulasan:
dah samapai disini jodoh mereka..
Catat Ulasan