Teks: Syafiqah Jalal Jangan Tak Lihat
KUALA LUMPUR, 6 MAC 2012: Mengaku pernah menampar isterinya sebanyak dua kali sepanjang 19 hari berkahwin merupakan pengakuan pengacara popular Jimmy Shanley kepada Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam, semalam.
Menurut laporan akhbar tabloid, Kosmo hari ini, kali pertama Jimmy menampar Nursuhaila adalah pada hari ketiga berkahwin di rumah mertuanya di Sungai Buloh dekat sini.
Kali kedua dia berbuat demikian ketika berbulan madu di Koh Samui, Thailand pada 19 Oktober 2010.
Katanya, tindakan tersebut dilakukan sebagai pengajaran untuk mengelakkan wanita itu menjadi derhaka selepas mengabaikan dirinya sebagai suami.
"Dia ada menangis, namun tiada kecederaan," katanya yang mengakui perkahwinan mereka bermasalah sejurus selepas bernikah pada 1 Oktober 2010.
"Selepas kejadian (ditampar), isteri saya terus daftar keluar (dari hotel) dan pergi ke Bangkok seorang diri manakala saya pulang ke Kuala Lumpur pada 20 Oktober," katanya semasa disoal peguam syarie, Mohd. Noor Aizan Md. Idrus.
Dalam pada itu, Jimmy berkata dia telah cuba untuk menyelesaikan kes mereka di luar mahkamah tetapi isterinya enggan untuk berbincang dan dia terpaksa membawa kisah rumahtangga mereka ke mahkamah.
Pasangan tersebut bernikah pada 1 Oktober 2010 dengan wang hantaran sebanyak RM31,186 yang diambil bersempena tarikh lahir Nursuhaila yang jatuh pada 31 Januari 1986.
Perkahwinan mereka mendatangkan masalah sehingga Jimmy memfailkan perintah kembali taat terhadap isterinya pada 3 Januari 2011 diikuti permohonan nusyuz pada 27 Januari tahun yang sama.
1 ulasan:
tampar bersebab la tu..x kan sengaja nak tampar lak..
Catat Ulasan