KL, 4 MAC 2012: Sejuk hati Murai Batu apabila diberitahu mengenai berita yang satu ini. Pelakon popular Fasha Sandha dan kekasih hatinya Toh Muda Rizal Ashram Ramli atau Jejai telah menghadiri kursus kahwin di Mahligai Firdaus, Setiawangsa hari ini. Jangan Tak Lihat
Murai Batu diberitahu, Fasha dan Jejai menghadiri kursus kahwin tersebut selama dua hari sejak semalam (Sabtu).
Pasti Fasha dan Jejai terkejut dari mana Murai Batu dapat berita yang baik ini, untuk pengetahuan semua, berita tersebut disampaikan oleh peserta yang turut sama menghadiri kursus kahwin bersama mereka.
Malah seorang hamba Allah tersebut turut berbesar hati berkongsi dua keping gambar Fasha bersama Jejai yang sempat mereka rakamkan untuk tatapan pembaca portal Murai.com.my.
Murai Batu puji kepada kesungguhan Jejai, kerana walaupun sebelum ini telah pun menghadirkan diri untuk kursus tersebut namun kerana sayangkan Fasha, dia tetap pergi menemani Fasha. So sweet!
Murai Batu amat gembira apabila mendengar berita tersebut. Kursus perkahwinan itu, sememangnya salah satu perkara wajib yang harus dihadiri oleh pasangan yang ingin berkahwin bagi mendapatkan imu pengetahuan dan persediaan untuk melangkah ke alam perkahwinan.
Tentunya hari bahagia Fasha dan Jejai sudah semakin hampir.
Apa pun, Murai Batu doakan yang terbaik buat Fasha dan Jejai ya. Murai Batu juga yakin peminat Fasha sudah tidak sabar menantikan pengumuman perkahwinan mereka.
1 ulasan:
apepon nati kita lihat je la mcmna...
Catat Ulasan