Rabu, 7 Mac 2012

Bahasa Melayu diungguli Pemidato Luar negara17 peserta layak ke separuh akhir



BARISAN 17 pemidato yang layak ke separuh akhir PABM 2012 bergambar selepas peringkat suku akhir di PICC, Putrajaya semalam.



PUTRAJAYA – Seramai 17 daripada 69 peserta Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) 2012 bagi kategori Antarabangsa dan Nusantara layak ke saingan separuh akhir yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini.
Pengerusi Jawatankuasa Teknikal dan Penghakiman PABM 2012, Mazlena Mohamad Hussain berkata, 12 daripadanya merupakan peserta kategori Antarabangsa manakala lima lagi dari Malaysia, Brunei, Indonesia, Thailand dan Singapura.
“Kesemua peserta akan berentap bagi merebut 11 tempat pada peringkat akhir dalam kategori masing-masing yang akan berlangsung pada malam esok (Khamis).
“Sebelas tempat pada saingan peringkat akhir itu akan diisi oleh lapan peserta kategori Antarabangsa dan tiga peserta kategori Nusantara,” katanya ketika ditemui pemberita di Dewan Enam, PICC di sini semalam.
Pertandingan anjuran Kementerian Pengajian Tinggi dengan kerjasama Kementerian Pelajaran dan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan itu disertai oleh 69 peserta dari 64 negara iaitu 59 peserta untuk kategori Antarabangsa dan 10 peserta kategori Nusantara.

1 ulasan:

Bila Bulan Berwarna Jingga berkata...

shabass..bahasa melayu di perkembangkan diseluruh dunia..

Catat Ulasan