Isnin, 31 Oktober 2011

6 sikap perempuan yang menjadi idaman lelaki

Berkenan tak gadis cenggini? (untuk lelaki)
tingin tak nak jadi cenggini? (untuk perempuan)

cenggini cenggana? gambar pun nampak muka je, tu pun separuh, seluruhnya kita tak tahu..(nilah masalah orang kita, negatif memanjang..positifkan minda anda k.) Dah..dah..melalut dah.. bukan tu yang Auliyya nak ketengahkan.. dah ini jew gambar yang menarik bagi Auliyya, so Auliyya tempek jew la.. (Emo) .

Gadis-gadis sekalian.. pandang mata Auliyya...eye contact tu penting ! saje lah Auliyya nak nengok kome-kome niw faham ke idok ! (maksudnya suh baca betul-betullah, nak mandang mata cane, lain lah kalau berdepan) ha ni belajar ke tak BM nih.. isi tersurat dan tersirat?.. Haisshhh..

Kita orang pempuan ni, kenalah baik-baik belaka. beradab sopan, aicehh...barulah si suami/pasangan makin jatuh hati. makin sayang...niw idok, belum kawen.... sopan santun, lemah lembut kalah gadis dolu-dolu.. hah ! dah kawen tak ke terkejot berok si suami, terserlah perangai kome yang sebenar ! Jangan berpura-pura.. ingat tu ya (untuk Auliyya jugak)

Nih antara sikap/sifat kita gadis-gadis sunti niw, yang dok buat teruna terpikat..
(hah si teruna ape angkat2 kening tuh, senyum 360 darjah!amboii)

  Pandai Berbicara
nih penting nih *take note ya* .. Rumah tangga atau sesuatu hubungan perlukan komunikasi yang baik untuk mengekalkan hubungan. kita kena lah bagi perhatian (eye contact) bila pasangan sedang bercakap, atau bagi pandangan yang baik. Even dia cakap sal perkara yang kita tak minat..cuba bagi respon yang baik. Jangan pulak pandang tempat lain, then hangguk-hangguk macam burung belatuk. tak pasal kena tempeleng free. Pastu, jangan lah serious sangat, bergurau sendalah.. baru lah mesra. hikhik

  Memiliki sifat keibuan :
Ambil berat, tapi janganlah over sangat sampai itu ini tak boleh. Seperti yang kita faham sifat keibuan ni, mestilah lemah lembut.(okay korang jangan bayangkan ibu/emak/mama yang garang) haishhh. Sifat macam nih dari wajah kita dah dapat nengok dah.. orang laki-laki tahulah..kekalkan sifat tuh, sebab wajah tu lah yang buat pasangan kita jatuh cinta walaupun ketika kita dah tua.

  Keanak-anakan :
Haishh jangan dok lompat-lompat cenggitu ! bukan keanak-anakan yang macam tuh yang Auliyya maksudkan.. MELAMPAUlah ! Dah tua keparat nak lompat macam tu, tak siuman dah tu..Cuma manja sikit dengan pasangan..Ceria bila bersama dengan dia..Bahagia je dia tengok...Kalau dia tengah ada masalah pun, dia boleh lupa tawwww ! Tapi kena bijak menggunakan situasi.

  Penuh Pengertian :
Kalau dia terbuat silap, janganlah cepat sangat buat keputusan atau salahkan dia sepenuhnya dan jangan sesekali mengeluarkan perkataan-perkataan kesat. Cuba bawa berbincang dan maafkan dia sepenuh hati.
selesaikan dengan cara baik..

  Menghargai :
Apa je yang dia dah buat untuk kita, hargai dengan baik.. jangan banyak songeh (complain). Penghargaan dari kita buat dia merasa bangga dan bersyukur dengan kehadiran kita.

  Menjaga penampilan dengan baik :
Menutup aurat, menjaga kebersihan diri, tak gedik-gedik..tak bising-bising kat kedai makan seolah-olah nak bagi tahu suara dialah paling kuat kat dunia ni. hadoii sapelah nak perempuan cam tuh? pendek kata jaga diri baik-baiklah..

Memang lah akan ada yang cakap, jadi diri sendiri lebih baik, pasangan yang baik kenalah terima kita seadanya..terima kekurangan kita tanpa menyoalkannya. Tapi tiada salahnya memupuk semua niw dalam diri kita..BUKAN BERPURA-PURA atau MEMAKSA DIRI SENDIRI..kebaikannya untuk kita jugak. tuk hubungan kita jugak..supaya ianya berkekalan..

Bagi lelaki, bila dah dapat gadis cenggini, korang pun kenalah buat yang terbaik tuk dia okay !

Ada tambahan @ bantahan? sila nyatakan..boleh kita kongsi.. :-)

5 kesilapan dalam bercinta

Nikmat bercinta memang best kan? Apatah lagi anak-anak muda sekarang majoritinya memiliki pasangan kekasih, dating sana.. dating sini, kehulur kehilir berkepit, kononnya "aku cinta kau sampai mati"
err sampai mati je la? lepas mati? . Then bila dah lama-lama, jemu lepas tu putus. Kenapa? Pasti ada kesilapannya. Jom kita usha ..

Cinta Materialistik
Bercinta disebabkan harta, wang ringgit  (selalunya perempuan, tapi bukan semua) Selagi pasangan tuh berduit, selama tuh la "si dia" akan setia. Tapi bila dah pokai, "si dia" pun dah hilang tak nampak bayang.

Cinta Nafsu :
 Yang ni tak kira jantina, dua-dua sama je, luah kata cinta, sayang, kasih dan sebagainya hanya semata-mata inginkan tubuh. Lepastu, bila perut da boroi, dah gelember sana-sini mula angkat kaki.

Cinta kerana usia sudah menjelang senja
haha yang ni pasal takut orang mengata kita nih anak dara tua atau bujang terlajak, So sapu je lah sape-sape. Padahal dalam hati xda perasaan pun. Macam mana nak kekal? ye idok?

Cinta balas budi :
 "Minah, kau kena kawen jugak dengan anak Pak Jali ! mereka dah banyak tolong kita, tuh kau dapat sambung belajar tu pun atas ihsan Pak Jali, bapak tak kira, kau mesti patuh kata bapak !
tak ke depressed si minah tu, kena pulak ada pakwe kat U. Haishhh terpaksa bekorban.

Cinta simpati
si gadis tersedu-sedu menangisi nasib diri ditinggalkan en. pakwe. Si teruna setia memujuk !
aleh2 hamekkk kau, volunteer sangat jadi gentlemen .. kan si gadis dah rasa disayangi *konon*. Padahal cuma rasa kasihan dan simpati.Terpaksa lah..kang bunuh diri pulak si gadis.

P/S : Cinta seharusnya ikhlas, bukan disulami oleh kesilapan-kesilapan seperti di atas.Elakkan dan sebaiknya jangan lakukan, kerana kita akan menyakiti hati orang lain dalam masa yang sama.

Kalau sampai di IPOH……

Suatu hari, seorang ibu menghantar anaknya yang baru berusia 5 tahun
menaiki bas ekspres Kuala Lumpur – Kangar. Ibu itu berpesan pada pemandu
bas “Encik.. tolong tengokkan anak saya ya…Nanti kalau sampai di Ipoh… cakap pada anak saya.”

Sepanjang perjalanan, si anak ini cerewetsekali. setiap seminit dia akan bertanya pada penumpang disebelahnya..”Sudah sampai Ipoh belom?” Hari mulai malam dan anak itu masih terus bertanya-tanya.
penumpang disebelah menjawab.. "tido je la..belom sampai lg nie...nati kalu sampai sy kejutkan!... Tapi si anak x mahu duduk diam..dia pergi kedapan dan bertanya lagi buat sekekian kalinya, "pakcik..sudah sampai ipoh ke belom!...pemandu yg sudah keletihan itu pon jawab lagi "belom lagi..lebih baik adik tido aje!nati sampai kt ipoh pakcik kejutkan..kali ini si anak tidak bertanya lagi nyenyak tido dibuai mimpi..kerana suara anak tiada kedengaran lagi semua penumpang didalam bas itupon terlupa akan janji dengan si anak td..sehingga sampai di ipoh tiada seorang pon yg ingat untuk kejutkan si anak tadi..sehinggalah melepasi pekan Alor Setar.si anak masih tertido dan x bangun2..
tiba2 tersedarlah pemandu itu yang dia lupa membangunkan si anak...lalu dia bertanya pada penumpang . " encik2 dan puan2 sekalian! bagaimanakah ini, perlukah kita menghantar semula anak ini?..para penumpang pon rasa bersalah kerana turut melupakan si anak td..dan setuju mengantar anak itu semula ke ipoh..
maka berpatah la balik rombongan bas itu ke ipoh..Sesampai di ipoh..si anak dibangunkan.."Nak! sudah sampai di ipoh cepat bangun!," kata pemandu bas itu..Si anak pon bangun dan berkata.."oh, sudah sampai ya!..lalu si anak membuka beg pakaiannya dan mengeluarkan nasi bungkusnya..Seluruh penumpang kehairanan,.." bukankah tadi kamu hendak turun ke ipoh?" tanya pemandu kebingungan...anak td menjawab.." tidaklah!...mama saya pesan  kalu sudah sampai ipoh..saya boleh makan nasi bungkus ini"...

Adusss!!!!! semua terkena..ha3..sekadar jenaka je..

Jumaat, 28 Oktober 2011

12 PERKARA UNTUK BUATKAN SUAMI TERKULAI

Perkahwinan itu diibaratkan seperti membina sebuah masjid. Mempertahankan ikatan suami isteri supaya kekal bahagia bukan sekadar hubungan seksual sahaja. Kebahagiaan itu merangkumi banyak perkara. Bagi isteri yang baru berkahwin, di awal perkahwinan kekurangan diri dapat dimaafkan. Tetapi selepas beberapa tahun berkahwin kenalah cari formula bagaimana hendak menambat hati sang suami supaya tetap menyayangi anda. 

Anda memang sudah “pakar” dalam hal bercinta. Namun apakah anda sudah 100% pasti apa yang anda lakukan itu cukup memuaskan hati suami anda? Anda perlu ingat ketika “bercinta”, suami isteri haruslah mampu memberikan kepuasan kepada pasangannya. Jika anda merasakan bahawa anda masih belum mampu “memuaskan”suami sepenuhnya, 12 tips yang dipaparkan ini mungkin mampu membantu anda.

Berani Berinisiatif
Selalunya terjadi ketika hendak mengadakan hubungan seksual inisiatif selalunya datang daripada pihak suami. Sedangkan isteri hanya menunggu. Ini kerana kebanyakan isteri berasa malu (tapi mahu) untuk mengambil inisiatif walaupun mereka teringin untuk melakukannya. Sepatutnya dalam kehidupan seks suami isteri tidak boleh ada istilah malu. Isteri harus berani mengambil inisiatif sebab begini akan membuat suami gembira. Dan secara psikologi dapat mempengaruhi suami dalam bercinta.

Menghias Diri
Apabila ingin bercinta, isteri sepatutnya menghias diri. Jangan sesekali tampil ala kadar jer. Penampilan yang baik akan menambah semangat suami dalam bercinta. Sebab itu, sebelum bercinta, mandilah terlebih dahulu, pakailah pakaian yang bersih dan menarik. Juga sembur sedikit bau-bauan agar anda berbau harum.

Rapikan Kamar Tidur
Sebelum bercinta, rapikan tempat tidur. Bersihkan tempat tidur anda dari kain dan pakaian yang tidak berguna. Jika cadar dan sarung bantal kotor, gantikan dengan yang baru dan bersih. Jangan lupa untuk menyembur sedikit wangian agar ruang tidur terasa nyaman dan wangi. Tempat tidur yang rapi dan wangi secara psikologi akan dapat menambah semangat suami untuk bercinta dengan anda.

Bersifat Aktif
Cumbuan adalah bumbu percintaan. Ia tidak boleh dipandang remeh kerana ianya sama penting dengan hubungan intim itu sendiri. Dan samada suami atau isteri, kedua-duanya dituntut untuk aktif.. Sayangnya, dalam perkara ini yang aktif selalunya suami. Isteri sering bersifat pasif dan menyerah. Agar suami cukup berghairah, isteri perlu bersikap aktif melakukan ransangan di tempat-tempat sensitif.

Penuhi Kehendaknya
Dalam bercinta isteri sering menolak untuk melayani permintaan suami. Ini sering menimbulakan rasa jengkel dan marah si suami. Sebenarnya tiada alasan mengapa isteri perlu menolak keinginan suami, kecuali dia ingin anda melukukan diluar tabii. Apabila apa yang diinginkan suami itu dipenuhi isteri, maka suami akan berasa gembira dan puas. Dan perasaan sayang akan semakin kuat.

Tidak Statik
Sering terjadi, isteri hanya mahu melayan suami dalam satu gaya sahaja. Hal ini boleh menyebabkan suami merasa bosan. Untuk menghindari kebosanan suami, layanilah suami dengan berbagai gaya.

Bersikap Sopan
Ketika bercinta, isteri jangan sesekali bersikap kasar. Sentiasalah mengamalkan sikap yang sopan. Sikap sedemikian secara psikologi mempengaruhi semangat suami untuk bercinta.

Tidak Mengungkit Kelemahannya
Dalam bercinta jangan sesekali mengungkit kelemahan suami, misalnya mengungkit tentang ukuran penisnya yang agak kecil atau pendek. Ungkitan seperti ini boleh menurunkan ghairah suami.

Tidak Mengeluh
Jangan terlalu banyak mengeluh kerana itu hanya akan menyebabkan semangat suami untuk bercinta menurun.

Jangan Banyak Berbual
Anda mungkin seorang yang suka berbual. tetapi perkara ini jangan diamalkan ketika anda dan suami anda sedang bercinta. Sebab hal ini akan menyebabkan tumpuan suami dalam menikmati percintaan.

Bersifat Terbuka
Bersifat terbuka dan jujur adalah satu kemestian dalam bercinta, katalah isteri tidak suka apa yang dilakukan oleh suami, jangan sesekali berdiam diri sahaja. Sebaiknya berterus terang dan memberitahu apa yang seharusnya dilakukan oleh suami. Sikap yang begini akan menambah semangat suami dalam bercinta.

Beri Pujian
Setelah selesai bercinta, jangan lupa untuk memberikan pujian atas kehebatan suami. dengan pujian suami akan berasa bangga. Tetapi kalau suami kurang hebat jangan dicela. dengan cara yang baik beritahu tentang kekurangannya dan kalau boleh beri cadangan untuk mengatasinya. Semua ini akan membuat suami tampil lebih baik lagi di masa akan datang.

SOAL SEKS, WANITA LEBIH TUA PUNYA KELEBIHAN DARI WANITA MUDA

Bila seorang lelaki muda mengahwini seorang wanita yang berumur atau kata lain isterinya boleh dipanggil emak mungkin isterinya umur sama dengan ibunya. Selalunya mendapat bantahan dan ramai yang memandang serong bila seorang wanita berumur bersuamikan lelaki muda. Berbagai tanggapan diberikan kepada lelaki muda kononnya tujuan lelaki muda ini hanya ingin mengikis harta si isterinya jika wanita itu berharta. Kononnya wanita ini kuat nafsu seksnya sehingga sanggup bersuamikan lelaki muda yang boleh dianggap seperti anaknya. Itulah dikatakan "Cinta itu buta". Samada lelaki itu buta atau wanita tua itu kemaruk seks lelaki muda.

Keputusan mengahwini wanita yang lebih berusia sering kali dilihat seperti "udang di sebalik mee". Begitu ramai gadis di luar sana tapi mengapa wanita berusia jadi pilihan hati. Bukankah pilihan wanita muda lebih berbaloi, cantik dipandang dan sedap pula bila dalam pelukan.

Tapi jangan sangka semua kelebihan hanya berpihak pada wanita muda sahaja kerana wanita berusia tidak kurang hebatnya. Dalam urusan seks, punya isteri yang lebih berusia ternyata mempunyai keistimewaan tersendiri. Tak percaya, semak perkara di bawah ini.

1. LEBIH MENIKMATI SEKS
Wanita yang lebih tua sering kali lebih terbuka dalam masalah seks. Mereka juga lebih menikmatinya daripada wanita muda. Berdasarkan beberapa kajian, puncak tenaga seksual wanita dicapai pada usia pertengahan 30-an hingga 40-an. Hasrat seks ini akan lebih besar jika wanita itu sudah memiliki karier yang bagus dan mapan secara kewangan. Wanita berusia ini dikatakan merupakan pasangan seks yang tepat bagi lelaki muda yang hasrat seksnya cukup tinggi pada usia muda.

2. LEBIH BIJAK DAN POSITIF
Melalui pengalaman, isteri yang lebih berusia memiliki pandangan dan sikap yang lebih positif serta lebih bijak daripada gadis muda yang baru mengenal dunia. Sikap ini sangat menguntungkan lelaki muda yang sedang berkobar-kobar semangatnya mengejar impian. Mereka memerlukan seseorang untuk mendengar harapan, pandangan serta member simpati dan sokongan ketika dia berdepan dengan kegagalan….

3. LEBIH MENGHARGAI CINTA
Pertambahan usia selalu mengingatkan seseorang betapa dekatnya mereka dengan saat akhir dalam hidupnya. Keadaan ini membuatkan isteri yang lebih berusia makin menghargai kehidupan dan setiap perkara yang dilaluinya. Mereka juga lebih menghargai cinta yang diberikan pasangannya apa lagi jika usianya lebih muda. Dia akan membalasnya dengan sepenuh hati. Biasanya wanita muda tidak punya fikiran yang sama, mereka takkan dapat membalasnya seperti wanita yang lebih matang usianya.

4. PUNYA PENGALAMAN LUAS
Tidak dinafikan isteri yang lebih berusia terutama sekali pernah melalui alam perkahwinan sebelum ini lebih mahir dalam aspek layanan seks untuk suami. Kelebihan ini memang tidak boleh dipertikaikan. Pengalaman lalu tentunya mengajar isteri ini memberi layanan yang lebih mantap pada suami. Sementelah mereka tahu apa yang suami inginkan, termasuklah dalam hal pemanasan dan cara untuk memberi kepuasan seks yang lebih pada suami. Maka beruntunglah lelaki yang memiliki isteri berusia.

3 TIPS.
Biarpun punya kelebihan dalam urusan seks, namun sudah tentu kerana factor usia mereka dirasakan punya kekurangan. Dalam hal ini maka wanita yang mempunyai suami lebih muda harus memerhati dan memperbaiki diri agar rumah tangga lebih harmoni.

JAGA PENAMPILAN – walau usia bertambah namun pastikan anda sentiasa menjaga bentuk badan dan penampilan diri. Buang perasaan negative bahawa anda sudah tua dan tidak layak bergaya. Sebaliknya cari fesyen yang sesuai dengan usia anda.

TONJOLKAN KELEBIHAN – anda mungkin mampu menyaingi daya tarik gadis muda, oleh itu pastika anda punya satu perkara yang membuatkan pasangan sentiasa menginginkan anda. Contoh pandai memasak, pendengar yang setia atau pun bijak berbicara.

JANGAN PAKSA DIRI – terutama untuk mengikuti gaya hidup atau aktiviti yang tidak anda gemari. Ia juga memberi ruang untuk suami muda anda satu ruang peribadi. Tapi tak salah jika anda mencubanya dahulu.

YANG NI DAH BOLEH DIPANGGIL ATUK! DAH CINTA JUGA!

YANG MCM NI..KIRA OKEY SIKITLAHLAH ...

Wasallam.

Sebabnya jadi Andartu

Sudah menjadi fitrah setiap makhluk yang Allah SWT jadikan itu hidup berpasangan-pasangan. Adam dijadikan berpasangan dengan Hawa, haiwan yang jantan berpasangan dengan yang betina, bunga jantan dengan bunga betina, demi untuk mengembang-biak keturunan masing-masing di muka bumi Allah SWT ini.

Allah SWT berfirman yang bermaksud:

“Allah menjadikan isteri untukmu dari jenismu jua, dan kemudian dijadikannya dari isterimu itu anak atau cucu dan diberikan rumahtannya kamu rezeki dari yang baik-baik." 

Firman Allah SWT lagi,

“Dan berkembang-biaklah dari keduanya lelaki dan perempuan yang banyak sekali”.

Semua ibubapa apabila umur anak perempuannya meningkat 25 tahun dan belum mempunyai teman lelaki mulalah rasa gelisah takut-takut anaknya tak dipinang. Ibubapa ingin melihatnya anak perempuannya berumahtangga selepas mereka mula bekerja. Bagi anak perempuan yang tidak menyambung belajar di menara gading, selepas SPM saja sekiranya ada pihak lelaki masuk meminang  ibubapa gadis akan terus bersetuju menerima pinangan itu dan suka jika anak gadis mereka kahwin awal.  Jadi selesailah tugas dan tanggungjawab ibubapa membesar dan menjaga anaknya.

Bagi yang telah menamatkan pengajian di menara gading, apabila anak gadis mula bekerja dan sekiranya mereka sudah ada teman lelaki yang sama-sama bekerja. Ibubapa merasa lega sikit. Selalunya ibubapa akan bersetuju saja sekiranya bakal menantu itu sama tempat kerja dengan anak gadisnya datang meminang. Maka terjamin hidup anaknya bersama suaminya yang sama-sama bekerja.

Andartu akan menderita dan merasa malu dengan kawan-kawan jika masih belum mempunyai pasangan sedangkan usia sudah semakin lanjut. Apatah lagi jika menerima gelaran andartu atau anak dara tua. Mereka tidak rela menerima gelaran itu. Satu penghinaan bagi mereka kerana mungkin dianggap tidak laku atau sial.

Manalah sanggup melihat adik-beradik yang dah berkahwin bahagia bersama suami dan anak-anak. Ada saja suara sumbang yang mengumpat andartu ini. Berbagai tohmahan dan ayat yang tidak elok keluar dari mulut orang. Jiran memandang serong akan andartu ini. Tambahan pulak andartu ini yang bekerja sebagai buruh lagi dipandang hina. Yang berjawatan tinggi kurang sikit tekanan berbanding yang tidak bekerja.

Lelaki bujang atau suami orang pun lebih suka kepada janda daripada andartu. Memang semua lelaki menjadi janda sebagai pilihan utama. Selalunya janda-janda muda  senang jodohnya berbanding andartu. Kalau suami baru meninggal dunia atau bercerai, sudah ada lelaki yang berminat mengambil mereka sebagai isteri. Sebab-sebab semua lelaki minat janda dari andartu tidak diketahui. Mungkin terangsang lebih bila bersama janda berbanding andartu.    

Faktor-faktor yang menyebabkan perempuan-perempuan menjadi andartu.

1. Ibubapa yang terlalu memilih calon menantu dan pernah menolak pinangan pihak lelaki sebelum ini. Sanggup menjaga maruah keluarga dari biar anak perempuannya berkahwin. Perempuan ini akan mengalami sakit mental.

2. Ibubapa memilih calon menantu yang keluarga sama taraf dengan keluarganya. Kalau Dato nak berbesan dengan Dato juga atau setaraf dengan kekayaannya. Kalau kahwin juga suami miskin ini akan dihina oleh adik beradik keluarga sebelah perempuan.

3. Perempuan yang anti-sosial dan jarang bergaul. Asyik dengan diri sendiri. Malu dan takut untuk mengubah diri.

4. Perempuan yang intelek dan ego. Selalu menjadi boss di pejabat. Bila kahwin suami sah jadi pemandu peribadi atau tukang jaga rumah atau tukang masak peribadi.

5. Perempuan yang mengejar karier daripada berumahtangga. Mengejar pangkat dan jawatan kadang-kadang mengambil Phd untuk meningkatkan taraf kelulusan. Harapkan Profesornya yang bujang suka padanya. Tapi Profesor suka pada pucuk muda. Siapa suka pada daging ayam tua yang keras.

6. Perempuan yang menjadi perempuan simpanan suami orang atau VIP. Ingat nak jadi isteri no.2 tapi tunggu punya tunggu sampai habis madu dan sepah dibuang.

7. Perempuan yang telah disihirkan oleh lelaki kerana pinangan pernah ditolak oleh  keluarga perempuan. Selalunya bertujuan untuk membalas dendam. Biar padan muka keluarga perempuan itu. Siapa pun tak akan datang meminang.

8. Perempuan yang mengidap penyakit kronik. Selalu pihak keluarga lelaki mahu bakal menantu yang sihat yang dapat memberi zuriat. Seperti leukemia dan sakit jantung berlubang yang jangka hayatnya pendek.

9. Perempuan yang banyak kali pernah dikecewakan oleh insan yang bernama lelaki serik dan takut untuk berumahtangga. Fobia dan trauma dengan perkahwinan yang runtuh dari ahli keluarga lain. Seperti kakaknya yang baru kena cerai setelah ada 2 anak. Tak mahu nasib menimpa diri seperti kakaknya.

10. Perempuan yang langsung tidak menghiaskan dan menjaga diri. Muka berminyak, badan dan mulut berbau serta tidak ada seri dan daya penarik. Lelaki akan menjauhkan diri dari mereka dan hilang minat terutama kepada yang tidak begitu cantik.

11. Perempuan yang pernah ditebuk tupai oleh lelaki yang tak bertanggungjawab dan diketahui oleh pihak keluarga lelaki. Latar belakang andartu dan aktiviti liar dahulu  diketahui oleh pihak lelaki. Lelaki biasanya nak kahwin mesti yang ada dara yang suci walaupun lelaki itu sendiri sudah kehilangan teruna dengan gadis lain.

12. Perempuan yang ingin mencari suami yang peribadi seperti Rasulullah SAW. Mana nak dapat lagi. Yang hampir adalah. Mereka ini rela menjadi andartu daripada mengambil suami orang sebagai teman hidup.

13. Perempuan yang klip video lucahnya bersama lelaki tersebar luas seperti yang kita pernah dengar. Siapa berani nak ambil perempuan  ini jadi isteri atau menantu.

14. Gadis bohsia yang terlanjur dan tersadai kat rumah pelindungan akibat mengandung anak luar nikah. Mana pihak keluarga lelaki akan menerima mereka sebagai menantu.

Banyak lagi nak dinyatakan sebab-sebabnya oleh penulis. Penulis pernah suatu hari mengikut seorang kawan ke rumah seorang “wak” di Bagan Datoh. Semasa tiba di rumah wak, terdapat 3 perempuan yang sederhana cantik dan dikategori andartu nampak seperti bisneswoman. Datang dengan kereta mewah. Tujuan mereka berjumpa “wak” kerana mandi bunga. Wak beritahu mereka ini datang mandi bunga supaya senang mendapat jodoh nanti. Sebab banyak kali pihak lelaki datang nak masuk meminang ada saja halangan. 

Menurut laporan setakat ini seramai lebih kurang 700,000 wanita berusia antara 30 hingga 34 tahun yang masih belum berkahwin. Ini tidak termasuk wanita yang berstatus janda. Masalah andartu mesti diselesaikan segera kerana ia boleh menjejaskan kestabilan masyarakat dengan timbulnya masalah sosio-ekonomi. Tambahan pula, masalah andartu boleh menjerumuskan kaum wanita terjerumus ke lembah maksiat.  

Sebenarnya, tidak ada perempuan yang sanggup digelar andartu. Masalah andartu bukanlah masalah peribadi bagi mereka yang terlibat sahaja, tetapi ia adalah masalah bersama. Ia adalah masalah masyarakat, masalah ummah. Kita mestilah mengkaji dan mencari langkah-langkah praktikal untuk mengatasinya. Tidak sewajarnya kita hanya menggelar, mengejek dan menghina, tetapi eloklah ditinjau akar-umbi masalah mereka sekaligus menyelesaikan masalah itu jika mampu. 

Terlalu banyak faktor yang menyebabkan wanita yang menjadi andartu. Antara golongan wanita yang tidak kahwin adalah perempuan-perempuan kota yang intelek dan mempunyai status yang tinggi. Golongan wanita intelektual ini telah ditempatkan pada kedudukan yang tinggi dalam masyarakat. Kadangkala sebagai boss dipejabat, pegawai eksekutif, peguam, doktor dan lain-lain jawatan yang dulunya dipegang oleh kaum lelaki. Walaupun pada zahirnya kelihatan mereka mempunyai banyak keistimewaan kerana kedudukan yang tinggi itu, tetapi hidup mereka sedikit demi sedikit mula terasing. Pergaulan mereka terbatas di kalangan orang-orang atasan sahaja. Malu untuk bergaul dan berdamping dengan staf-staf di bawah mereka.

Wanita-wanita istimewa ini berharap mereka akan bertemu jodoh dengan lelaki golongan atasan juga. Malangnya ini tidak berlaku. Wanita yang berkedudukan tinggi selalunya mudah ditimpa penyakit ego dan suka memerintah. Keterbiasaan mereka memerintah orang orang bawahan memungkinkan mereka bersifat yang sama dengan suami. Ini yang menyebabkan lelaki takut untuk beristerikan wanita yang berkedudukan tinggi. Dan gadis-gadis kampung atau gadis-gadis bandar yang sederhana lebih menjadi idaman lelaki status tinggi. Lelaki yang status rendah walaupun berminat untuk mengambil mereka sebagai teman hidup akan mengakhiri hidup mereka dengan berbagai tuduhan negatif oleh saudara dan adik beradik pihak perempuan. Yang bersabar akan bertahan jika ada jodoh.  

Wanita yang berprofesion menyayangi kerjayanya lebih daripada untuk mendirikan rumahtangga. Mereka takut terkongkong, terbantut karier. bagi mereka, kononnya beban kerja lebih ringan daripada bebanan rumahtangga. Protokol kerja dan protokol belajar juga menyekat wanita dari berkahwin di usia muda. Contohnya, seorang paramugari yang berumahtangga tidak dibenarkan bekerja di atas kapalterbang. maklumlah, selepas kahwin badan sudah hilang potongannya, mengandung pulak, hendak fikir anak dan suami. Oleh itu, kerana wanita sekarang suka pekerjaan yang mencabar, mereka lebih suka menangguhkan perkahwinan hingga lewat usia.  
Yang sering menolak pinangan pihak lelaki akan menyebabkan berita ini tersebar dengan cepat dan membuat ibubapa lelaki tidak berani masuk meminang gadis ini. Sekiranya anak lelakinya nak juga maka akan terjadi kahwin lari. Tidak menghiraukan kesan dan akibat tindakan mahkamah dimana pihak lelaki akan disaman seperti yang terjadi di Kelantan baru-baru ini.

Walaupun takdir dan suratan hidup telah ditetapkan oleh Allah SWT melainkan kita mendoakan kepadaNya supaya dipercepatkan dan dipermudahkan jodoh anak-anak perempuan kita. InsyaAllah Allah Maha Penyayang dan Pengasih pada hambaNya akan mendengar doa hambaNya yang lemah ini.

Kepada andartu mungkin di dunia ini anda tidak bertemu jodoh dengan lelaki. Jika anda mendapat jodoh dengan lelaki yang melanggar perintah Allah SWT dan tidak bertanggungjawab. Lebih baik jadi andartu daripada berkahwin dan redha dengan takdir ilahi mungkin di Syurga nanti anda akan berpeluang mendapat Bidadara yang disediakan pada hambanya yang beriman yang tidak berkahwin semasa hidup di dunia ini.

Wasallam.

6 JENIS WANITA YANG MUDAH DiTIPU DAN DIPERDAYA OLEH LELAKI

Kaum wanita patut baca yang ini untuk kebaikan mereka. Dewasa ini banyak sangat kaum wanita yang ditipu dan diperdaya oleh lelaki yang jahat. Tak kira lelaki tempatan atau warga asing dari Iran, Afrika dan dll.  Penulis ambil ini dari  sini kerana banyak sangat kaum wanita yang tertipu dari segi kewangan atau dijadikan hamba seks yang boleh dibaca selalu terjadi dan disiarkan di akhbar. Tak belajar ke? dan ambil iktibar ke wanita-wanita ini dari kejadian yang lepas yang sering berlaku sebelum ini! Bila dah terkena baru nak tergadah. Tapi sudah dah terlambat. Duit habis lesap puluhan ribu, mahkota tergadai dan yang tinggal hanyalah hampeh sahaja. Jika yang sedar kembalilah kepangkal jalan. Hanya orang yang bodoh sahaja yang boleh ditipu berkali-kali. 

1. Wanita yang terlalu mudah mempercayai lelaki.

Dah sayang la katakan… jadi apa sahaja yang lelaki/pasangan katakan, kepercayaan adalah seratus peratus. Bukan maksud saya percaya separuh-separuh atau percaya pasangan jangan sampai 100%, tetapi maksud saya mudah percaya yang membuta-tuli dan menerima apa sahaja tanpa menggunakan akal fikiran yang waras adalah amat tidak wajar.

Contoh mudah: Pasangan anda berkerja sebagai seorang kerani dan gaji bulanannya sebanyak RM1000.00 sebulan bersih(dah ditolak KWSP dsb.). Anda pula memang tahu status kewangan dan “pattern” perbelanjaannya. Dia ada banyak tanggungjawab, bil-bil untuk dijelaskan setiap bulan dan sebagainya. Kira gajinya cukup-cukup sahaja.

Satu hari dia membelikan anda cincin emas berharga RM700.00. Anda tanya, “Mana dapat duit?”. Dia kata, lama dah simpan khas untuk “surprise”kan anda. Oklah, boleh terima.

Bila anda tengok pakaiannya pula berjenama. Dia mula “shopping sakan” dan anda pun dia belikan bermacam barangan lagi. Anda tanya lagi, “Mana dapat duit?”. Dia kata, “ada la “bisnes” dengan kawan… ” Anda pun percaya terus…

Soalan di sini, dalam senario di atas, tidakkah anda rasa musykil dan bermacam soalan lagi bermain dalam kotak fikiran tentang jawapan mudah seperti itu? Atau anda tergolong dalam wanita yang terus percaya 100% tanpa banyak soal lagi?

Ingat! Lelaki yang berterus-terang dan jujur dengan pasangannya akan menyatakan, menjelaskan dengan selengkapnya tentang apa yang ditanya atau diragui oleh pasangannya. Dia tidak akan menyembunyikan apa pun kerana baginya, wanita yang disayanginya bukan sahaja tempat berkasih, malah tempat berkongsi apa sahaja. Lagi pun, nak rahsia apa, bukan dengan orang lain?

Jadi, sekiranya ada sesuatu yang anda rasa ragu-ragu, perlu ditanya kepada pasangan anda, jangan tunggu, jangan simpan. Cuma pastikan anda bertanya kepada dia pada masa dan keadaan yang sesuailah. Percaya secara total dan “semborono” boleh meletakkan anda dalam bahaya.

Contoh dalam senario di atas tadi, menjadi rakan kongsi untuk mengedar dadah adalah maksud sebenar dia berkenaan ayat, “ada la bisnes dengan kawan…”.

Kalau ini berlaku… macamana?

2. Wanita yang “terdesak” untuk berkahwin.

Umur yang semakin lanjut membuatkan ramai wanita yang belum berpasangan risau akan status diri. Walaupun pada zaman yang semakin canggih ini, melihat wanita yang berkerjaya lewat berkahwin adalah perkara biasa, namun majoriti wanita yang semakin meningkat umurnya risau jika masih belum mempunyai pasangan hidup.

Kerisauan terhadap faktor umur yang meningkat, tekanan ibu bapa, pandangan masyarakat, dan juga kerisauan terhadap peluang untuk mendapatkan cahaya mata yang semakin kurang jika kahwin lewat mampu menyebabkan sesetengah wanita seolah-olah “terdesak” untuk mencari pasangan hidup.

Dalam keadaan seperti ini, kadangkala mereka boleh “terlepas pandang” tentang sikap, kualiti, dan peribadi lelaki yang dipilihnya itu.

Wanita yang berkahwin lewat pada zaman ini pula kebanyakannya berkerjaya secara tidak langsung membawa maksud mereka sudah mempunyai tahap kewangan yang stabil.

Ini memungkinkan mereka menjadi mangsa “buaya professional” yang sentiasa mencari peluang untuk mengambil kesempatan ke atas wanita seperti ini. Kalau anda dalam golongan wanita seperti ini, ingat… biar lambat, asal selamat!

3. Wanita “sosial”.

Ini bukan sosial dari segi terlibat dengan Mercy Malaysia ke, persatuan wanita di kawasan anda ke, atau perkara yang seumpamanyalah.

Sosial dalam hal ini ialah suka kepada “night life”, disko, berparti, “clubbing”, pergaulan bebas tanpa had dan hidup dengan falsafah “life is short, so have fun!”, atau “masa muda ni la nak rasa macam-macam..”. Fahamkan maksud saya?

Wanita-wanita ini (lebih ramainya gadis remaja), yang melibatkan diri dengan cara hidup bebas dan sosial seperti ini terang-terangan mendedahkan dan “mengiklankan” diri sendiri kepada “species” lelaki pemangsa wanita.

Bersosial tanpa batasan adalah di antara resepi utama yang menyebabkan ramai wanita dan gadis remaja ditipu sekaligus dirosakkan oleh lelaki yang tidak bertanggungjawab.

Tepuk dada, tanya selera!

4. Wanita yang tidak mementingkan ilmu.

Wanita yang mementingkan ilmu dalam konteks percintaan, perkahwinan dan memilih pasangan hidup bukanlah bermaksud wanita yang mempunyai ijazah berjela-jela dari universiti terkenal. Bukan itu sahaja. Kalau itu yang dijadikan ukuran wanita berilmu, kenapa masih terlalu ramai wanita yang ditipu, dihina, dipermainkan, dan sebagainyalah oleh lelaki yang berbahaya?

Wanita yang berilmu dalam konteks ini ialah wanita yang mampu memandu dirinya supaya tidak “terpilih” lelaki penipu dan berbahaya. Sekiranya dia “terjebak” dengan lelaki penipu/berbahaya, dia tahu apa yang perlu dilakukan atau di mana untuk mendapatkan bantuan yang sewajarnya.

Ia juga bermaksud wanita yang mengetahui hak-haknya sebagai wanita dan sebagai seorang isteri. Wanita yang berilmu juga berani “membetulkan” keadaan dan mempertahankan haknya bila perhubungan/perkahwinannya terganggu/diganggu sama ada oleh pihak ketiga atau pasangannya sendiri.

Wanita seumpama ini mampu menjadi pasangan/isteri yang sentiasa menjadi kebanggaan pasangan/suaminya sendiri dan mempunyai segala sifat sebagai seorang yang cemerlang.

Wanita seperti ini, sentiasa cintakan ilmu. Sentiasa melengkapkan dirinya dengan ilmu selagi hayat dikandung badan.

Wanita yang mempunyai segulung ijazah atau Ph.D pun boleh ditipu dan dipermainkan lelaki “species berbahaya” ini…apatah lagi jika wanita yang hanya meletakkan 100% kebahagiaannya ke atas lelaki dan langsung tidak mahu atau mengambil mudah untuk meningkatkan ilmu dalam diri?

5. Wanita yang memandang “faktor fizikal” sebagai salah satu ciri utama pada lelaki idamannya.

Mudah jatuh cinta dengan lelaki handsome? Atau mungkin juga lelaki “cute”, “macho”, dan mempunyai fizikal yang begitu menggoda hati?

Ingat..semakin “handsome”, “cute”, “sexy” seseorang lelaki itu, sebenarnya semakinlah anda sebagai wanita perlu menggandakan “sistem pertahanan” diri. Kalaulah ramai wanita boleh diperdayakan oleh lelaki yang TAK “handsome” dan seumpamanya, apatah pula risiko ditipu oleh lelaki yang “handsome”?

Ingat.. “handsome”, “cute”, dan seumpamanya itu pada seseorang lelaki sepatutnya BUKAN menjadi antara ciri-ciri utama lelaki idaman wanita. Ia sepatutnya hanya menjadi ciri-ciri “bonus” lelaki idaman wanita.

Nasihat untuk wanita yang mudah “cair” dengan lelaki seperti ini, dan menjadikan lelaki seperti ini sebagai “target” utama ciri bakal pasangan hidupnya: fikir masak-masak!

Anda mungkin sedang diperhatikan oleh “pemangsa handsome dan sexy” yang sentiasa mencari wanita untuk ditipu dan dipermainkan..

6. Wanita yang “sabar” tidak bertempat.

Wanita dalam golongan ini boleh kita katakan jenis yang selalu “makan hati berulam jantung”, atau mungkin juga dah sampai tahap “makan tangan berulam kaki”. Dia didera(fizikal atau perasaan), tidak dihargai, sentiasa diambil kesempatan oleh pasangan/suaminya namun masih tetap bersama lelaki itu walaupun dia sedar dia terseksa dan tertekan.

Soalnya di sini, bila diperlakukan sebegitu, dia hanya “berharap” pasangannya akan berubah pada satu masa nanti TANPA mengambil tindakan yang sewajarnya.

Tidak salah bersabar. Malah sabar adalah satu sikap yang baik, dituntut, terpuji, dan mulia. Namun demikian, sekiranya kesabaran itu akhirnya membawa mudarat terhadap diri sendiri, sesuatu perlu dilakukan.

Bersabar walau diperlakukan apa sahaja oleh lelaki/pasangan seperti ini seolah-olah memberi “lesen” kepadanya untuk terus mendera, menipu, dan menghina maruah wanita yang terlibat.

Ingat kata orang dulu-dulu… “sabar biarlah bertempat”.

Pesanan Dari Penulis Blog ini.

Jika ini takdir keatas diri mu...Sabar dan hadapi ujianNya atau Qada dan Qadar yang  tertulis di Luh Mahfuz..

Tapi.. qada dan qadar adalah mempercayai bahawa segala yang berlaku, selepas seseorang berusaha, adalah ketentuan Allah SWT semata-mata. Ini dapat dilihat dalam satu hadis nabi yang berbunyi seperti berikut:-

"Satu hari seorang sahabat datang berjumpa Rasul. Apabila baginda bertanya bagaimana kamu datang, beliau menjawab, menaiki unta. Nabi tanya; di mana unta kamu, beliau menjawab saya biarkan tanpa diikat sebab saya bertawakal kepada Allah. Nabi berkata; ikat unta kamu dulu dan barulah bertawakal. "

Ikat di sini maknanya berusaha dan berbuat sesuatu supaya unta tidak dapat lari. Orang yang bertawakal sebenarnya sedang beribadat. Itulah namanya ibadat hati. Yakin dengan bantuan Allah selepas bersusah adalah akhlak di kalangan nabi.

Sebagai seorang Islam wajiblah kita sedar bahawa kita adalah makluk yang lemah, bahawa Allah itulah yang maha Perkasa dan maha Berkuasa dan segala sesuatu adalah berlaku dengan ketetapanNya sahaja. Lantaran itu kita wajib beriman kepada takdir, bahawa segala sesuatu telah ditentukan oleh Allah.

Walaupun begitu kita masih boleh berusaha dan berdoa kerana dengan limpah rahmatnya, Allah mampu mengubah takdir kita.

Allah juga mahukan kita berusaha sebelum Qada dan qadar seseorang itu diubah:

"Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri." (Surah ar-Rad: ayat 11)

Tetapi sekiranya kita sudah berhabis daya tapi masih hajat kita tidak dipenuhi, berserah dan redhalah kerana ianya adalah ujian yang datang dari Allah dan beringatlah Allah Maha Penyayang..

Jazakallah Khairan.