Memaparkan catatan dengan label cinta. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cinta. Papar semua catatan

Rabu, 16 November 2011

Cinta Jarak Jauh

Setiap insan berhak bercinta dan dicintai. Setiap insan itu juga berhak untuk mendapatkan cinta yang terbaik untuk diri sendiri. Sebab itulah cinta tak boleh dipaksa untuk hadir, tetapi perlu lahir dari hati. Mendapatkan cinta itu susah, tapi mengekalkan rasa cinta itu lebih susah. Setiap pasangan yang bercinta itu pasti akan menghadapi pelbagai dugaan dalam perhubungan mereka. Salah satunya terpaksa bercinta jarak jauh. Dan kebanyakan cinta putus di tengah jalan kerana halangan ini. Cinta jarak jauh, pemusnah cinta? Betul ke?

Cinta aku dan N dah lebih kurang tiga tahun. Tiga tahun berjauhan. 9/10 masa aku bercinta dengan N adalah cinta jarak jauh. 6 bulan pertama memang aku dan N dapat lagi berjumpa, kalau nak dating pun, boleh dikatakan dalam seminggu tu tiga kali jumpa sebab belajar kat tempat yang sama. Tapi lepas 6 bulan tu, masing-masing dah berpisah belajar kat tempat lain. Aku kat Shah Alam, dia pulak kat Perak. Dalam fikiran aku memang tak boleh lari daripada fikir cinta ni akan putus punya. Lebih-lebih lagi ini pulak cinta pertama N. Bukan mudah seseorang yang baru nak kenal erti cinta kena macam ni. Umpama isteri ditinggalkan suami selepas malam pertama la kirenya...

Tapi alhamdulillah dia tabah....kot? Bolehlah dikatakan tabah walaupun airmata selalu temankan dia. Biasalah perempuan, airmata pengubat hati.. Nak dapat jumpa pun sekali je dalam setahun tu. Itupun bawa dia pulang ke Melaka. Haa.. Lupa pulak nak bagitau. Aku tinggal kat Port Dickson, dia pulak kat Jasin, Melaka. Masalah jugak tu. Nasib baik teknologi dah maju. Senang je nak contact dia. 

Masa berlalu dan perhubungan aku dan N dah berusia setahun setengah. Aku diberi peluang untuk belajar ditempat yang sama dengan dia ataupun bagi dia belajar kat Universiti lain. Akhirnya aku buat keputusan belajar di universiti lain. Saja aku buat macam tu sebab aku dah ada pasang lagi tiga nak cukupkan madu 4. *Ok, itu gurauan bodoh* Akhirnya, beginilah sekarang. Aku di UiTM, dia di UPM.

Muhammad Fauzi
.

Sampailah sekarang masuk tahun ketiga. Sebab apa aku saja suruh belajar kat universiti lain, sebab kena fikir untuk kebaikan masing-masing. Bak kata orang tua-tua kampung aku, kalau nak belajar, buat cara nak belajar. Jangan pulak belajar dicampur adukkan dengan dating, memang haram jadah jadinya. Lagipun aku nak dia belajar yang hidup perlu sentiasa terus pandang ke hadapan. Macam mana kalau suatu hari nanti, cinta ni putus? Macam mana kalau aku tiada lagi didunia ni. Boleh ke dia hidup tanpa aku? Ke dia hanya akan menangis apabila mengenangkan kenangan-kenangan lepas... Entahlah, hati orang sukar diduga. Sekurang-kurangnya aku cuba ajar dia sesuatu.

Kadang-kadang apabila aku tengok couple-couple yang dating sama-sama kat Tasik Shah Alam tu, rasa cemburu pun ada. Ikutkan hati, nak aje aku ngurat awek-awek jogging kat tasik tu petang-petang. Minah indon pun jadilah. Yang penting aku ada rasa seseorang disisi aku. Pergi kelas si lelaki yang jemput, makan pun sama-sama, semuanya bersama-sama. Aku apa ada? Handphone bodoh yang skrinnya dah pecah. Kalau telefon N pun selalu rasa macam aku borak dengan mesin/operator..Tapi aku percaya, kemanisan cinta tu kena simpan, nanti dah kahwin pun nak rasa cinta tu masih hangat. :)

Selasa, 8 November 2011

andai si dia teman lelaki sahabat kamu!

KAMU DAN SAHABAT BERKONGSI TEMAN  LELAKI? SEPERTI SATU YANG PERKARA MUSTAHIL BUNYINYA, NAMUN YANG PELIK ITULAH YANG SERING BERLAKU. TANPA DISEDARI, KAMU JATUH CINTA DENGAN TEMAN LELAKI SAHABAT SENDIRI. APA YANG PATUT DILAKUKAN? NAMUN SEBELUM MENJAWAB PERSOALAN TERSEBUT, SELIDIKI DAHULU BAGAIMANA IA BOLEH BERLAKU.
Terlalu banyak masa dihabiskan bersama
Kamu, sahabat dan si dia sering kali menghabiskan masa bersama. Pergi membeli-belah bertiga, pergi makan bertiga dan aktiviti beriadah pun pergi bertiga. Keakraban ini tidak salah, namun kerana selalu bersama membuatkan kamu semakin hari semakin sayang pada si dia. Mula sayang seperti sahabat tetapi lama- elamaan sedikit demi sedikit ia bertukar menjadi cinta.

Si dia terlalu baik
Siapa pun akan tertawan bila melihat ada orang terlalu baik dengan kita. Sikap si dia yang prihatin, romantis  dan gentlemen sedikit sebanyak telah membuatkan jiwa dan hati kamu goyah. Sering jadi orang tengah Setiap kali mereka bertengkar, kamulah tempat si dia meluahkan rasa ketidakpuasan hatinya pada sahabat kamu itu. Secara tidak langsung, ini akan membuatkan hubungan bertambah rapat kerana kamu dan dia saling berinteraksi di antara satu sama lain tanpa kehadiran sahabat kamu.
Punya banyak persamaan
Secara kebetulan, kamu dan si dia punya banyak persamaan antaranya hobi, minat, makanan kesukaan dan  macam-macam lagi yang sama. Persamaan ini membuatkan kamu rasa si dia lebih dekat dengan kamu berbanding sahabat kamu.
Cemburu
Sebagai manusia biasa, kita memang tidak boleh lari daripada perasaan cemburu, iri hati dan dengki walaupun dengan sahabat sendiri. Perasaan inilah yang ada kalanya meracuni kamu hingga sanggup menjadi perampas pada teman lelaki sahabat sendiri.
Fizikalnya yang kacak
Siapa yang tidak suka bila melihat sesuatu yang menarik dan sempurna. Dalam buku Social Psychology In The 90’s ada mengatakan, satu daripada enam faktor utama yang mampu membuatkan seseorang itu tertarik adalah kerana fizikalnya. Jadi sebagai manusia biasa, sudah semestinya kamu tidak mampu menolak untuk jatuh cinta pada si kacak yang ada di hadapan mata biarpun kamu sedia maklum itu adalah teman lelaki sahabat mu sendiri.
Responsnya seperti positif
Lelaki apabila dengan perempuan sering memberikan respons yang positif tambahan lagi dia seperti dapat membaca yang kita menyukainya. Respons ini membuatkan kamu semakin hari semakin tertarik dengannya kerana kamu menyangka yang dia juga tertarik dengan kamu. Padahal ada di antara lelaki ini sengaja melakukan sedemikian untuk membuatkan orang perasan dan menunjukkan kehebatannya digilai ramai. Waspadalah dengan lelaki jenis ini!

wajarkah cinta ini diteruskan atau ditinggalkan

Cinta itu sememangnya datang tanpa kita sedar dan adakalanya ti dak pernah kita rancang. Namun Tuhan  memberi kita akal untuk memilih yang mana baik dan tidak baik untuk kita . Dalam situasi ini , kamu punya dua  pilihan iaitu cinta ini mungkin boleh diteruskan andai si dia juga menaruh hati pada kamu dan dalam masa yang sama hubungan si dia dan sahabat kamu memang seperti akan berakhir . Walau bagaimanapun , jangan lah menangguk di air yang keruh . Biar lah ia datang dengan sendirinya tanpa perlu dipaksa dan dirancang. Manaka la pilihan kedua pula sudah semestinya kamu harus meninggalkan dan membuang semua rasa cinta kamu itu andai si dia begitu menyayangi sahabat kamu dan hubungan mereka tidak ada sebarang masalah . Memang bukan mudah untuk melupakan orang yang disayangi. Namun demi menjaga sebuah persahabatan , kamu harus kuat untuk melakukannya . REMAJA berikan kamu tip untuk melupakan si dia .
1-Jangan hubungi dia lagi dan seboleh-bolehnya andai dia menghubungi kamu,elak daripada berbual panjang.  Hanya cakap apa yang perlu sahaja.
2-Cuba renggangkan sedikit demi sedikit jarak di antara kamu berdua. Lakukan  secara tidak langsung agar tidak ada yang perasan dengan perubahan kamu.
3-Berikanlah pelbagai alasan apabila mereka mengajak kamu keluar bersama.
4-Cari teman baru untuk mengalihkan segera pandangan dan cinta kamu pada  si dia.
5-Sibukkan diri dengan pelbagai aktiviti agar kamu tidak ada masa untuk memikirkan  si dia.
6-Elakkan bersendirian kerana apabila kamu rasa sunyi, pasti kamu akan mengingati  si dia.
7-Sekiranya teman kamu dan si dia  bertengkar, elak daripada menjadi orang tengah dan pendengar yang setia untuk si dia.
8-Buka minda luas-luas dan katakan pada diri sendiri, masih banyak lagi lelaki yang baik di luar sana. Kamu bukannya PERAMPAS!
9-Bersihkan hati dan buang segala rasa dengki, cemburu serta perasaan yang tidak baik itu. Bila jiwa kita bersih, kita tidak akan tergamak untuk melakukan sesuatu yang akan menyakiti hati orang lain.
10-Cuba tempatkan diri kamu seketika  di tempat sahabat kamu itu. Pasti kamu akan terluka apabila mendapat tahu  sahabat sendiri dan orang yang disayangi mengkhianati kesetiaan dan kasih sayang yang diberi.

8 Tanda Si Dia Ikhlas dengan Kamu

1. Bersahaja
Dia tidak akan berpura-pura menjadi orang lain atau berlakon baik semata-mata mahu menambat hati  kamu. Sebaliknya si dia akan kelihatan tenang dan bersahaja setiap kali berdepan dengan kamu.
2. Gembira Bersama
Tiada paksaan atau lakonan di wajahnya. Ekspresi gembira jelas terpancar di wajahnya ketika kalian  bertemu atau menghabiskan masa bersama.
3. Terima Kamu Seadanya
Dia menerima kelebihan dan kelemahan diri kamu seadanya. Dia tidak memaksa kamu menjadi orang lain bagi memenuhi ciri-ciri pasangan idamannya.
4. Jujur
Baik dari segi percakapan mahupun perlakuan, dia ikhlas dan berterus-terang dengan kamu. Kaki  penipu biasanya bijak mengatur ayat manis tapi orang yang jujur akan menggunakan bahasa yang biasa.
5. Hormat
Di awal perkenalan sehingga kamu bersama sebagai kekasih, dia menghormati kamu dan tidak sesekali  dia cuba mengambil kesempatan atau mengasari kamu dengan perbuatan atau percakapannya.
6. Bertemu Dengan Keluarga
Jika dia memang ikhlas, dia tidak akan keberatan untuk berkenalan dengan keluarga kamu dan  dia juga akan  membawa kamu bertemu dengan keluarganya.
7. Tidak Menyembunyikan Kawan
Orang yang ikhlas mencintai kamu akan bersikap terbuka dan tidak akan menyembunyikan kawankawannya
daripada kamu.
8. Mengambil Berat
Walau sesibuk mana pun, dia akan menghubungi kamu untuk bertanyakan khabar. Kesungguhannya mengambil berat ini membuktikan yang dia amat menghargai kamu sebagai pasangannya.

Isnin, 31 Oktober 2011

5 kesilapan dalam bercinta

Nikmat bercinta memang best kan? Apatah lagi anak-anak muda sekarang majoritinya memiliki pasangan kekasih, dating sana.. dating sini, kehulur kehilir berkepit, kononnya "aku cinta kau sampai mati"
err sampai mati je la? lepas mati? . Then bila dah lama-lama, jemu lepas tu putus. Kenapa? Pasti ada kesilapannya. Jom kita usha ..

Cinta Materialistik
Bercinta disebabkan harta, wang ringgit  (selalunya perempuan, tapi bukan semua) Selagi pasangan tuh berduit, selama tuh la "si dia" akan setia. Tapi bila dah pokai, "si dia" pun dah hilang tak nampak bayang.

Cinta Nafsu :
 Yang ni tak kira jantina, dua-dua sama je, luah kata cinta, sayang, kasih dan sebagainya hanya semata-mata inginkan tubuh. Lepastu, bila perut da boroi, dah gelember sana-sini mula angkat kaki.

Cinta kerana usia sudah menjelang senja
haha yang ni pasal takut orang mengata kita nih anak dara tua atau bujang terlajak, So sapu je lah sape-sape. Padahal dalam hati xda perasaan pun. Macam mana nak kekal? ye idok?

Cinta balas budi :
 "Minah, kau kena kawen jugak dengan anak Pak Jali ! mereka dah banyak tolong kita, tuh kau dapat sambung belajar tu pun atas ihsan Pak Jali, bapak tak kira, kau mesti patuh kata bapak !
tak ke depressed si minah tu, kena pulak ada pakwe kat U. Haishhh terpaksa bekorban.

Cinta simpati
si gadis tersedu-sedu menangisi nasib diri ditinggalkan en. pakwe. Si teruna setia memujuk !
aleh2 hamekkk kau, volunteer sangat jadi gentlemen .. kan si gadis dah rasa disayangi *konon*. Padahal cuma rasa kasihan dan simpati.Terpaksa lah..kang bunuh diri pulak si gadis.

P/S : Cinta seharusnya ikhlas, bukan disulami oleh kesilapan-kesilapan seperti di atas.Elakkan dan sebaiknya jangan lakukan, kerana kita akan menyakiti hati orang lain dalam masa yang sama.

Jumaat, 28 Oktober 2011

6 JENIS WANITA YANG MUDAH DiTIPU DAN DIPERDAYA OLEH LELAKI

Kaum wanita patut baca yang ini untuk kebaikan mereka. Dewasa ini banyak sangat kaum wanita yang ditipu dan diperdaya oleh lelaki yang jahat. Tak kira lelaki tempatan atau warga asing dari Iran, Afrika dan dll.  Penulis ambil ini dari  sini kerana banyak sangat kaum wanita yang tertipu dari segi kewangan atau dijadikan hamba seks yang boleh dibaca selalu terjadi dan disiarkan di akhbar. Tak belajar ke? dan ambil iktibar ke wanita-wanita ini dari kejadian yang lepas yang sering berlaku sebelum ini! Bila dah terkena baru nak tergadah. Tapi sudah dah terlambat. Duit habis lesap puluhan ribu, mahkota tergadai dan yang tinggal hanyalah hampeh sahaja. Jika yang sedar kembalilah kepangkal jalan. Hanya orang yang bodoh sahaja yang boleh ditipu berkali-kali. 

1. Wanita yang terlalu mudah mempercayai lelaki.

Dah sayang la katakan… jadi apa sahaja yang lelaki/pasangan katakan, kepercayaan adalah seratus peratus. Bukan maksud saya percaya separuh-separuh atau percaya pasangan jangan sampai 100%, tetapi maksud saya mudah percaya yang membuta-tuli dan menerima apa sahaja tanpa menggunakan akal fikiran yang waras adalah amat tidak wajar.

Contoh mudah: Pasangan anda berkerja sebagai seorang kerani dan gaji bulanannya sebanyak RM1000.00 sebulan bersih(dah ditolak KWSP dsb.). Anda pula memang tahu status kewangan dan “pattern” perbelanjaannya. Dia ada banyak tanggungjawab, bil-bil untuk dijelaskan setiap bulan dan sebagainya. Kira gajinya cukup-cukup sahaja.

Satu hari dia membelikan anda cincin emas berharga RM700.00. Anda tanya, “Mana dapat duit?”. Dia kata, lama dah simpan khas untuk “surprise”kan anda. Oklah, boleh terima.

Bila anda tengok pakaiannya pula berjenama. Dia mula “shopping sakan” dan anda pun dia belikan bermacam barangan lagi. Anda tanya lagi, “Mana dapat duit?”. Dia kata, “ada la “bisnes” dengan kawan… ” Anda pun percaya terus…

Soalan di sini, dalam senario di atas, tidakkah anda rasa musykil dan bermacam soalan lagi bermain dalam kotak fikiran tentang jawapan mudah seperti itu? Atau anda tergolong dalam wanita yang terus percaya 100% tanpa banyak soal lagi?

Ingat! Lelaki yang berterus-terang dan jujur dengan pasangannya akan menyatakan, menjelaskan dengan selengkapnya tentang apa yang ditanya atau diragui oleh pasangannya. Dia tidak akan menyembunyikan apa pun kerana baginya, wanita yang disayanginya bukan sahaja tempat berkasih, malah tempat berkongsi apa sahaja. Lagi pun, nak rahsia apa, bukan dengan orang lain?

Jadi, sekiranya ada sesuatu yang anda rasa ragu-ragu, perlu ditanya kepada pasangan anda, jangan tunggu, jangan simpan. Cuma pastikan anda bertanya kepada dia pada masa dan keadaan yang sesuailah. Percaya secara total dan “semborono” boleh meletakkan anda dalam bahaya.

Contoh dalam senario di atas tadi, menjadi rakan kongsi untuk mengedar dadah adalah maksud sebenar dia berkenaan ayat, “ada la bisnes dengan kawan…”.

Kalau ini berlaku… macamana?

2. Wanita yang “terdesak” untuk berkahwin.

Umur yang semakin lanjut membuatkan ramai wanita yang belum berpasangan risau akan status diri. Walaupun pada zaman yang semakin canggih ini, melihat wanita yang berkerjaya lewat berkahwin adalah perkara biasa, namun majoriti wanita yang semakin meningkat umurnya risau jika masih belum mempunyai pasangan hidup.

Kerisauan terhadap faktor umur yang meningkat, tekanan ibu bapa, pandangan masyarakat, dan juga kerisauan terhadap peluang untuk mendapatkan cahaya mata yang semakin kurang jika kahwin lewat mampu menyebabkan sesetengah wanita seolah-olah “terdesak” untuk mencari pasangan hidup.

Dalam keadaan seperti ini, kadangkala mereka boleh “terlepas pandang” tentang sikap, kualiti, dan peribadi lelaki yang dipilihnya itu.

Wanita yang berkahwin lewat pada zaman ini pula kebanyakannya berkerjaya secara tidak langsung membawa maksud mereka sudah mempunyai tahap kewangan yang stabil.

Ini memungkinkan mereka menjadi mangsa “buaya professional” yang sentiasa mencari peluang untuk mengambil kesempatan ke atas wanita seperti ini. Kalau anda dalam golongan wanita seperti ini, ingat… biar lambat, asal selamat!

3. Wanita “sosial”.

Ini bukan sosial dari segi terlibat dengan Mercy Malaysia ke, persatuan wanita di kawasan anda ke, atau perkara yang seumpamanyalah.

Sosial dalam hal ini ialah suka kepada “night life”, disko, berparti, “clubbing”, pergaulan bebas tanpa had dan hidup dengan falsafah “life is short, so have fun!”, atau “masa muda ni la nak rasa macam-macam..”. Fahamkan maksud saya?

Wanita-wanita ini (lebih ramainya gadis remaja), yang melibatkan diri dengan cara hidup bebas dan sosial seperti ini terang-terangan mendedahkan dan “mengiklankan” diri sendiri kepada “species” lelaki pemangsa wanita.

Bersosial tanpa batasan adalah di antara resepi utama yang menyebabkan ramai wanita dan gadis remaja ditipu sekaligus dirosakkan oleh lelaki yang tidak bertanggungjawab.

Tepuk dada, tanya selera!

4. Wanita yang tidak mementingkan ilmu.

Wanita yang mementingkan ilmu dalam konteks percintaan, perkahwinan dan memilih pasangan hidup bukanlah bermaksud wanita yang mempunyai ijazah berjela-jela dari universiti terkenal. Bukan itu sahaja. Kalau itu yang dijadikan ukuran wanita berilmu, kenapa masih terlalu ramai wanita yang ditipu, dihina, dipermainkan, dan sebagainyalah oleh lelaki yang berbahaya?

Wanita yang berilmu dalam konteks ini ialah wanita yang mampu memandu dirinya supaya tidak “terpilih” lelaki penipu dan berbahaya. Sekiranya dia “terjebak” dengan lelaki penipu/berbahaya, dia tahu apa yang perlu dilakukan atau di mana untuk mendapatkan bantuan yang sewajarnya.

Ia juga bermaksud wanita yang mengetahui hak-haknya sebagai wanita dan sebagai seorang isteri. Wanita yang berilmu juga berani “membetulkan” keadaan dan mempertahankan haknya bila perhubungan/perkahwinannya terganggu/diganggu sama ada oleh pihak ketiga atau pasangannya sendiri.

Wanita seumpama ini mampu menjadi pasangan/isteri yang sentiasa menjadi kebanggaan pasangan/suaminya sendiri dan mempunyai segala sifat sebagai seorang yang cemerlang.

Wanita seperti ini, sentiasa cintakan ilmu. Sentiasa melengkapkan dirinya dengan ilmu selagi hayat dikandung badan.

Wanita yang mempunyai segulung ijazah atau Ph.D pun boleh ditipu dan dipermainkan lelaki “species berbahaya” ini…apatah lagi jika wanita yang hanya meletakkan 100% kebahagiaannya ke atas lelaki dan langsung tidak mahu atau mengambil mudah untuk meningkatkan ilmu dalam diri?

5. Wanita yang memandang “faktor fizikal” sebagai salah satu ciri utama pada lelaki idamannya.

Mudah jatuh cinta dengan lelaki handsome? Atau mungkin juga lelaki “cute”, “macho”, dan mempunyai fizikal yang begitu menggoda hati?

Ingat..semakin “handsome”, “cute”, “sexy” seseorang lelaki itu, sebenarnya semakinlah anda sebagai wanita perlu menggandakan “sistem pertahanan” diri. Kalaulah ramai wanita boleh diperdayakan oleh lelaki yang TAK “handsome” dan seumpamanya, apatah pula risiko ditipu oleh lelaki yang “handsome”?

Ingat.. “handsome”, “cute”, dan seumpamanya itu pada seseorang lelaki sepatutnya BUKAN menjadi antara ciri-ciri utama lelaki idaman wanita. Ia sepatutnya hanya menjadi ciri-ciri “bonus” lelaki idaman wanita.

Nasihat untuk wanita yang mudah “cair” dengan lelaki seperti ini, dan menjadikan lelaki seperti ini sebagai “target” utama ciri bakal pasangan hidupnya: fikir masak-masak!

Anda mungkin sedang diperhatikan oleh “pemangsa handsome dan sexy” yang sentiasa mencari wanita untuk ditipu dan dipermainkan..

6. Wanita yang “sabar” tidak bertempat.

Wanita dalam golongan ini boleh kita katakan jenis yang selalu “makan hati berulam jantung”, atau mungkin juga dah sampai tahap “makan tangan berulam kaki”. Dia didera(fizikal atau perasaan), tidak dihargai, sentiasa diambil kesempatan oleh pasangan/suaminya namun masih tetap bersama lelaki itu walaupun dia sedar dia terseksa dan tertekan.

Soalnya di sini, bila diperlakukan sebegitu, dia hanya “berharap” pasangannya akan berubah pada satu masa nanti TANPA mengambil tindakan yang sewajarnya.

Tidak salah bersabar. Malah sabar adalah satu sikap yang baik, dituntut, terpuji, dan mulia. Namun demikian, sekiranya kesabaran itu akhirnya membawa mudarat terhadap diri sendiri, sesuatu perlu dilakukan.

Bersabar walau diperlakukan apa sahaja oleh lelaki/pasangan seperti ini seolah-olah memberi “lesen” kepadanya untuk terus mendera, menipu, dan menghina maruah wanita yang terlibat.

Ingat kata orang dulu-dulu… “sabar biarlah bertempat”.

Pesanan Dari Penulis Blog ini.

Jika ini takdir keatas diri mu...Sabar dan hadapi ujianNya atau Qada dan Qadar yang  tertulis di Luh Mahfuz..

Tapi.. qada dan qadar adalah mempercayai bahawa segala yang berlaku, selepas seseorang berusaha, adalah ketentuan Allah SWT semata-mata. Ini dapat dilihat dalam satu hadis nabi yang berbunyi seperti berikut:-

"Satu hari seorang sahabat datang berjumpa Rasul. Apabila baginda bertanya bagaimana kamu datang, beliau menjawab, menaiki unta. Nabi tanya; di mana unta kamu, beliau menjawab saya biarkan tanpa diikat sebab saya bertawakal kepada Allah. Nabi berkata; ikat unta kamu dulu dan barulah bertawakal. "

Ikat di sini maknanya berusaha dan berbuat sesuatu supaya unta tidak dapat lari. Orang yang bertawakal sebenarnya sedang beribadat. Itulah namanya ibadat hati. Yakin dengan bantuan Allah selepas bersusah adalah akhlak di kalangan nabi.

Sebagai seorang Islam wajiblah kita sedar bahawa kita adalah makluk yang lemah, bahawa Allah itulah yang maha Perkasa dan maha Berkuasa dan segala sesuatu adalah berlaku dengan ketetapanNya sahaja. Lantaran itu kita wajib beriman kepada takdir, bahawa segala sesuatu telah ditentukan oleh Allah.

Walaupun begitu kita masih boleh berusaha dan berdoa kerana dengan limpah rahmatnya, Allah mampu mengubah takdir kita.

Allah juga mahukan kita berusaha sebelum Qada dan qadar seseorang itu diubah:

"Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri." (Surah ar-Rad: ayat 11)

Tetapi sekiranya kita sudah berhabis daya tapi masih hajat kita tidak dipenuhi, berserah dan redhalah kerana ianya adalah ujian yang datang dari Allah dan beringatlah Allah Maha Penyayang..

Jazakallah Khairan.

JANGAN BODOH KERANA CINTA

Khas untuk anak-anakku yang sedang membesar terutama anak gadisku. Ayah tak dapat nasihat kamu tentang cinta. Oleh itu bacalah.... jika ada kesempatan ini.

‘Saya masih tertanya-tanya mengapa wanita apabila dilanda gelora cinta mereka jadi bodoh, tak boleh berfikir, tak makan nasihat, jadi buta, pekak, bisu dan cuma percaya kekasihnya saja. Itulah yang terjadi pada saya dahulu, sehingga hampir memusnahkan hidup saya.’ Demikian cerita FaraNajwa dalam emelnya.

‘‘Walaupun peristiwa itu berlaku 10 tahun lalu, tetapi bila melihat gelagat wanita kini yang tak boleh berfikir kerana cinta membuat saya teringat peristiwa pahit yang pernah saya lalui. Walaupun saya lulusan universiti tetapi ketika bercinta saya jadi bodoh.

‘‘Saya kenal Joe ketika sama belajar, dia menyayangi saya sepenuh hati, sanggup buat apa sahaja untuk saya. Dia tak benarkan saya keluar sendirian apa lagi naik bas. Saya ditatang macam putri. Dan saya menikmati saat-saat bercinta paling menyeronokkan.

‘‘Ketika bercinta kami berkongsi segalanya, masalah, duit makanan dan nota pelajaran. Tetapi satu masalahnya dia panas baran dan tak mahu mengalah. Ada masanya dia mengongkong saya hingga membuat hubungan kami jadi panas.

‘‘Dipendekkan cerita hubungan kami bertahan enam tahun, walaupun sering bergaduh kerana saya tahu dia playboy dan baran. Ramai kawan tahu dia ada ramai teman wanita, tetapi nasihat mereka saya anggap tomahan dan fitnah.

‘‘Akhirnya hubungan kami sampai ke tahap ‘terlarang,’ namun Joe berjanji akan bertanggung jawab dan berkahwin setelah tamat pengajian. Saya menangis dan kesal kerana terlanjur, kerana saya terdidik soal agama, namun kerana terlalu sayangkan Joe saya ikut sahaja kemahuannya. Memang saya bodoh.

‘‘Joe kenal keluarga saya, ibu ayah saya melayan Joe seperti anak sendiri. Lebih-lebih lagi Joe pandai ambil hati orang tua dan menghormati mereka. Dan keluarga saya menunggu saat dan ketika untuk kami segera kahwin.

‘‘Setelah enam tahun bercinta kami pun bertunang. Tetapi perubahan sikap Joe jelas apabila kami berkhidmat di negeri berjauhan. Dia jadi semakin sukar dihubungai. Saya dapat tahu dia bercinta dengan teman sepejabat. Beberapa kali kawan kami terserempak mereka pergi menonton dan makan malam, mereka cuba nasihatkannya. Tapi Joe tak peduli.

‘‘Setiap kali dengar berita, saya hubungi Joe sudah pasti dia menafikan, akhirnya dia tuduh saya suka dengar fitnah. Joe lebih berang bila saya hubungi teman wanitanya untuk kepastian. Saya terpaksa, kerana tarikh perkahwinan tinggal tiga bulan lagi.

‘‘Untuk menyejukkan kemarahan saya, Joe minta saya butikan kasih sayang saya padanya, dan sudah pasti ketika itu saya terpaksa membenarkan tubuh saya diratah. Saya tak berani membantah permintaan Joe kerana banyak sebab. Pertama saya terlalu sayangkannya, kedua tarikh perkahwinan semakin hampir, ketiga saya takut ditinggalkan, keempat malu jika kahwin tak jadi, kelima saya takut siapalah mahukan saya jika tak jadi kahwin, kerana saya bukan gadis lagi. Saya ikut kehendaknya disebabkan lima perkara tadi.

‘‘Malangnya Joe masih teruskan sikapnya. Saya jatuh sakit. Bila diberitahu, Joe kesal dengan perbuatannya, dia berjanji akan setia. Tetapi janji tinggal janji. Sekali lagi kami bergaduh. Kata Joe, ‘‘Apa awak nak jadi jika saya tinggalkan awak?

‘‘Tamparan kata-katanya membuka mata saya mengenali siapa Joe sebenarnya. Kata Joe pertunangan hanya adat. Dia masih berhak mencari calon isteri lebih sesuai. Lagipun dia tidak selesa dengan sifat saya yang teratur, kemas dan bersopan kerana dia mahukan wanita yang ‘sempoi’ dan ‘rock’. Dia juga tidak selesa dengan ketertiban keluarga saya kerana keluarganya biasa bercakap ‘kau dan aku’. Rumah kami yang kecil juga membuatkan dia tidak betah tinggal.

‘‘Seribu satu alasan Joe berikan menghina saya dan keluarga. Paling mendukacitakan dia merasakan perbuatannya meratah dan meniduri saya adalah perbuatan normal bagi pasangan bercinta, dan dia tidak mahu berkahwin atas dasar tanggungjawab saja kerana dalam jiwanya langsung tidak wujud perasaan cinta terhadap saya.

‘‘Kerana terlalu marah, mungkin sakit hati dan amat sedih, saya terpaksa menerima keputusan Jo yang mahu pertunangan kami diputuskan.

‘‘Sebulan selepas putus tunang, dengan izin Allah dan takdirNya juga seorang kenalan lama menyatakan hasratnya mengambil saya jadi isterinya. Saya yang masih dihantui sejarah hitam berterus-terang kepadanya keadaan diri saya yang tidak suci lagi. Saya sendiri tak tahu bagaimana saya berani memberitahu sejarah hitam saya yang tersimpan rapi selama ini. Alhamdulillah, dia terima saya seadanya katanya saya baik cuma tersilap langkah.

‘‘Dia terpikat dengan personaliti dan perilaku saya. Dia terus berjumpa keluarga melamar saya. Ibu dan ayah terkejut besar, dan menerimanya sebagai ketentuanNya.

‘‘Saya terima lamarannya bukan mahu jadikan beliau kambing hitam. Tetapi saya mahu buktikan saya mampu bangkit semula, dan musibah ini tidak memusnahkan hidup saya dan tidak mahu meratapi nasib sepanjang hayat.

‘‘Kami berkahwin beberapa bulan kemudian. Dan saya gunakan semua barangan yang telah saya siapkan sebelum ini. Saya belajar mencintainya selepas berkahwin. Alhamdulillah, Allah telah membuka hati dan perasaan saya untuk menerima cintanya.

‘‘Kini saya anggap sayalah manusia paling bertuah dan bahagia di dunia ini kerana diberi peluang kedua untuk merasa nikmat kasih sayang yang sebenar. Suami membimbing saya jadi isteri sempurna dan tidak putus-putus mengatakan betapa bertuahnya dia mendapat isteri seperti saya. Beliau tidak pernah mengungkit kisah silam saya.

‘‘Selepas berkahwin, Joe menghantar SMS menyatakan kekesalannya dan hasratnya untuk kembali kepada saya. Tetapi dia terkejut saya mendapat pengganti begitu cepat. Dan dia kesal dengan apa yang terjadi. Pada saya itu hanya omong kosong.

Saya bersyukur dan berusaha jadi isteri terbaik untuk suami tercinta sambil menunggu kelahiran anak kedua kami.’’ Demikian nasihat FaraNajwa.

Selasa, 25 Oktober 2011

Cinta

Pisahkanlah kami jika itu membuatkan kau lebih redha pada kehidupanku...