Sudah menjadi fitrah setiap makhluk yang Allah SWT jadikan itu hidup berpasangan-pasangan. Adam dijadikan berpasangan dengan Hawa, haiwan yang jantan berpasangan dengan yang betina, bunga jantan dengan bunga betina, demi untuk mengembang-biak keturunan masing-masing di muka bumi Allah SWT ini.
Allah SWT berfirman yang bermaksud:
“Allah menjadikan isteri untukmu dari jenismu jua, dan kemudian dijadikannya dari isterimu itu anak atau cucu dan diberikan rumahtannya kamu rezeki dari yang baik-baik."
Firman Allah SWT lagi,
“Dan berkembang-biaklah dari keduanya lelaki dan perempuan yang banyak sekali”.
Semua ibubapa apabila umur anak perempuannya meningkat 25 tahun dan belum mempunyai teman lelaki mulalah rasa gelisah takut-takut anaknya tak dipinang. Ibubapa ingin melihatnya anak perempuannya berumahtangga selepas mereka mula bekerja. Bagi anak perempuan yang tidak menyambung belajar di menara gading, selepas SPM saja sekiranya ada pihak lelaki masuk meminang ibubapa gadis akan terus bersetuju menerima pinangan itu dan suka jika anak gadis mereka kahwin awal. Jadi selesailah tugas dan tanggungjawab ibubapa membesar dan menjaga anaknya.
Bagi yang telah menamatkan pengajian di menara gading, apabila anak gadis mula bekerja dan sekiranya mereka sudah ada teman lelaki yang sama-sama bekerja. Ibubapa merasa lega sikit. Selalunya ibubapa akan bersetuju saja sekiranya bakal menantu itu sama tempat kerja dengan anak gadisnya datang meminang. Maka terjamin hidup anaknya bersama suaminya yang sama-sama bekerja.
Andartu akan menderita dan merasa malu dengan kawan-kawan jika masih belum mempunyai pasangan sedangkan usia sudah semakin lanjut. Apatah lagi jika menerima gelaran andartu atau anak dara tua. Mereka tidak rela menerima gelaran itu. Satu penghinaan bagi mereka kerana mungkin dianggap tidak laku atau sial.
Manalah sanggup melihat adik-beradik yang dah berkahwin bahagia bersama suami dan anak-anak. Ada saja suara sumbang yang mengumpat andartu ini. Berbagai tohmahan dan ayat yang tidak elok keluar dari mulut orang. Jiran memandang serong akan andartu ini. Tambahan pulak andartu ini yang bekerja sebagai buruh lagi dipandang hina. Yang berjawatan tinggi kurang sikit tekanan berbanding yang tidak bekerja.
Lelaki bujang atau suami orang pun lebih suka kepada janda daripada andartu. Memang semua lelaki menjadi janda sebagai pilihan utama. Selalunya janda-janda muda senang jodohnya berbanding andartu. Kalau suami baru meninggal dunia atau bercerai, sudah ada lelaki yang berminat mengambil mereka sebagai isteri. Sebab-sebab semua lelaki minat janda dari andartu tidak diketahui. Mungkin terangsang lebih bila bersama janda berbanding andartu.
Faktor-faktor yang menyebabkan perempuan-perempuan menjadi andartu.
1. Ibubapa yang terlalu memilih calon menantu dan pernah menolak pinangan pihak lelaki sebelum ini. Sanggup menjaga maruah keluarga dari biar anak perempuannya berkahwin. Perempuan ini akan mengalami sakit mental.
2. Ibubapa memilih calon menantu yang keluarga sama taraf dengan keluarganya. Kalau Dato nak berbesan dengan Dato juga atau setaraf dengan kekayaannya. Kalau kahwin juga suami miskin ini akan dihina oleh adik beradik keluarga sebelah perempuan.
3. Perempuan yang anti-sosial dan jarang bergaul. Asyik dengan diri sendiri. Malu dan takut untuk mengubah diri.
4. Perempuan yang intelek dan ego. Selalu menjadi boss di pejabat. Bila kahwin suami sah jadi pemandu peribadi atau tukang jaga rumah atau tukang masak peribadi.
5. Perempuan yang mengejar karier daripada berumahtangga. Mengejar pangkat dan jawatan kadang-kadang mengambil Phd untuk meningkatkan taraf kelulusan. Harapkan Profesornya yang bujang suka padanya. Tapi Profesor suka pada pucuk muda. Siapa suka pada daging ayam tua yang keras.
6. Perempuan yang menjadi perempuan simpanan suami orang atau VIP. Ingat nak jadi isteri no.2 tapi tunggu punya tunggu sampai habis madu dan sepah dibuang.
7. Perempuan yang telah disihirkan oleh lelaki kerana pinangan pernah ditolak oleh keluarga perempuan. Selalunya bertujuan untuk membalas dendam. Biar padan muka keluarga perempuan itu. Siapa pun tak akan datang meminang.
8. Perempuan yang mengidap penyakit kronik. Selalu pihak keluarga lelaki mahu bakal menantu yang sihat yang dapat memberi zuriat. Seperti leukemia dan sakit jantung berlubang yang jangka hayatnya pendek.
9. Perempuan yang banyak kali pernah dikecewakan oleh insan yang bernama lelaki serik dan takut untuk berumahtangga. Fobia dan trauma dengan perkahwinan yang runtuh dari ahli keluarga lain. Seperti kakaknya yang baru kena cerai setelah ada 2 anak. Tak mahu nasib menimpa diri seperti kakaknya.
10. Perempuan yang langsung tidak menghiaskan dan menjaga diri. Muka berminyak, badan dan mulut berbau serta tidak ada seri dan daya penarik. Lelaki akan menjauhkan diri dari mereka dan hilang minat terutama kepada yang tidak begitu cantik.
11. Perempuan yang pernah ditebuk tupai oleh lelaki yang tak bertanggungjawab dan diketahui oleh pihak keluarga lelaki. Latar belakang andartu dan aktiviti liar dahulu diketahui oleh pihak lelaki. Lelaki biasanya nak kahwin mesti yang ada dara yang suci walaupun lelaki itu sendiri sudah kehilangan teruna dengan gadis lain.
12. Perempuan yang ingin mencari suami yang peribadi seperti Rasulullah SAW. Mana nak dapat lagi. Yang hampir adalah. Mereka ini rela menjadi andartu daripada mengambil suami orang sebagai teman hidup.
13. Perempuan yang klip video lucahnya bersama lelaki tersebar luas seperti yang kita pernah dengar. Siapa berani nak ambil perempuan ini jadi isteri atau menantu.
14. Gadis bohsia yang terlanjur dan tersadai kat rumah pelindungan akibat mengandung anak luar nikah. Mana pihak keluarga lelaki akan menerima mereka sebagai menantu.
Banyak lagi nak dinyatakan sebab-sebabnya oleh penulis. Penulis pernah suatu hari mengikut seorang kawan ke rumah seorang “wak” di Bagan Datoh. Semasa tiba di rumah wak, terdapat 3 perempuan yang sederhana cantik dan dikategori andartu nampak seperti bisneswoman. Datang dengan kereta mewah. Tujuan mereka berjumpa “wak” kerana mandi bunga. Wak beritahu mereka ini datang mandi bunga supaya senang mendapat jodoh nanti. Sebab banyak kali pihak lelaki datang nak masuk meminang ada saja halangan.
Menurut laporan setakat ini seramai lebih kurang 700,000 wanita berusia antara 30 hingga 34 tahun yang masih belum berkahwin. Ini tidak termasuk wanita yang berstatus janda. Masalah andartu mesti diselesaikan segera kerana ia boleh menjejaskan kestabilan masyarakat dengan timbulnya masalah sosio-ekonomi. Tambahan pula, masalah andartu boleh menjerumuskan kaum wanita terjerumus ke lembah maksiat.
Sebenarnya, tidak ada perempuan yang sanggup digelar andartu. Masalah andartu bukanlah masalah peribadi bagi mereka yang terlibat sahaja, tetapi ia adalah masalah bersama. Ia adalah masalah masyarakat, masalah ummah. Kita mestilah mengkaji dan mencari langkah-langkah praktikal untuk mengatasinya. Tidak sewajarnya kita hanya menggelar, mengejek dan menghina, tetapi eloklah ditinjau akar-umbi masalah mereka sekaligus menyelesaikan masalah itu jika mampu.
Terlalu banyak faktor yang menyebabkan wanita yang menjadi andartu. Antara golongan wanita yang tidak kahwin adalah perempuan-perempuan kota yang intelek dan mempunyai status yang tinggi. Golongan wanita intelektual ini telah ditempatkan pada kedudukan yang tinggi dalam masyarakat. Kadangkala sebagai boss dipejabat, pegawai eksekutif, peguam, doktor dan lain-lain jawatan yang dulunya dipegang oleh kaum lelaki. Walaupun pada zahirnya kelihatan mereka mempunyai banyak keistimewaan kerana kedudukan yang tinggi itu, tetapi hidup mereka sedikit demi sedikit mula terasing. Pergaulan mereka terbatas di kalangan orang-orang atasan sahaja. Malu untuk bergaul dan berdamping dengan staf-staf di bawah mereka.
Wanita-wanita istimewa ini berharap mereka akan bertemu jodoh dengan lelaki golongan atasan juga. Malangnya ini tidak berlaku. Wanita yang berkedudukan tinggi selalunya mudah ditimpa penyakit ego dan suka memerintah. Keterbiasaan mereka memerintah orang orang bawahan memungkinkan mereka bersifat yang sama dengan suami. Ini yang menyebabkan lelaki takut untuk beristerikan wanita yang berkedudukan tinggi. Dan gadis-gadis kampung atau gadis-gadis bandar yang sederhana lebih menjadi idaman lelaki status tinggi. Lelaki yang status rendah walaupun berminat untuk mengambil mereka sebagai teman hidup akan mengakhiri hidup mereka dengan berbagai tuduhan negatif oleh saudara dan adik beradik pihak perempuan. Yang bersabar akan bertahan jika ada jodoh.
Wanita yang berprofesion menyayangi kerjayanya lebih daripada untuk mendirikan rumahtangga. Mereka takut terkongkong, terbantut karier. bagi mereka, kononnya beban kerja lebih ringan daripada bebanan rumahtangga. Protokol kerja dan protokol belajar juga menyekat wanita dari berkahwin di usia muda. Contohnya, seorang paramugari yang berumahtangga tidak dibenarkan bekerja di atas kapalterbang. maklumlah, selepas kahwin badan sudah hilang potongannya, mengandung pulak, hendak fikir anak dan suami. Oleh itu, kerana wanita sekarang suka pekerjaan yang mencabar, mereka lebih suka menangguhkan perkahwinan hingga lewat usia.
Yang sering menolak pinangan pihak lelaki akan menyebabkan berita ini tersebar dengan cepat dan membuat ibubapa lelaki tidak berani masuk meminang gadis ini. Sekiranya anak lelakinya nak juga maka akan terjadi kahwin lari. Tidak menghiraukan kesan dan akibat tindakan mahkamah dimana pihak lelaki akan disaman seperti yang terjadi di Kelantan baru-baru ini.
Walaupun takdir dan suratan hidup telah ditetapkan oleh Allah SWT melainkan kita mendoakan kepadaNya supaya dipercepatkan dan dipermudahkan jodoh anak-anak perempuan kita. InsyaAllah Allah Maha Penyayang dan Pengasih pada hambaNya akan mendengar doa hambaNya yang lemah ini.
Kepada andartu mungkin di dunia ini anda tidak bertemu jodoh dengan lelaki. Jika anda mendapat jodoh dengan lelaki yang melanggar perintah Allah SWT dan tidak bertanggungjawab. Lebih baik jadi andartu daripada berkahwin dan redha dengan takdir ilahi mungkin di Syurga nanti anda akan berpeluang mendapat Bidadara yang disediakan pada hambanya yang beriman yang tidak berkahwin semasa hidup di dunia ini.
Wasallam.
Wasallam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan