Khamis, 27 Oktober 2011

Misz Nina - Bukan Menegjar Anugerah Semata2...





 


PROFIL:

Nama penuh: Shazrina Tan Sri Azman Hashim
Tarikh lahir: 1 Julai 1980
Umur: 31 tahun
Tempat lahir: Kuala Lumpur
Keluarga: Anak bongsu daripada lima beradik
Status: Isteri kepada Mohammad Noh Salleh (Noh, vokalis kumpulan Hujan)
Kerjaya: Model, pengacara, penyampai radio, penyanyi dan usahawan

Pendidikan: Ijazah Pengajian Media dan Perhubungan Awam di sebuah universiti di Australia

Album solo: What You Waiting For (2010), Album bersama Teh Tarik Crew: EP Are We Rap Stars now (1999), How’s The Level? (2002) dan What’s Next (2004)
LAMA tidak bertemu pemilik wajah jelita ini, banyak pula topik yang dibincangkan. Mulanya bertanya khabar dan mengorek pengalamannya yang baru saja melangkah ke alam rumah tangga, soal kerjaya nyanyian dan rangkaian perniagaan hinggalah berbicara mengenai perasaannya yang terusik sepanjang bergelar selebriti.
Hakikatnya, Shazrina Tan Sri Azman Hashim atau Mizz Nina, 31, masih sama tidak berubah. Tuturnya masih berbisik, kekal sifat rendah diri dan bijak mengatur kata, namun boraknya tidak henti-henti.
Mesra disapa Nina, pertemuan itu digunakannya untuk berkongsi perkembangan karier nyanyiannya dan bercerita panjang mengenai perjua�ngannya dalam gelanggang seni yang sesekali tidak lekang mengundang rasa kecewa padanya.

Bintang berbakat besar yang mula membina nama menerusi kumpulan The Tarik Crew sebelum mencetuskan fenomena dengan lagu What You Waiting For kolaborasi bersama penyanyi antarabangsa, Colby O’Donis.

Belum sempat Nina berkongsi lanjut mengenai soal kariernya, perlahan-lahan episod bahagia bersama suami juga vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh disingkap.

Meskipun sesekali Nina ketawa kecil bagaikan janggal berkongsi ruang peribadinya, anak kelahiran Kuala Lumpur ini sedar akan hakikat dirinya sebagai selebriti yang sukar terlepas daripada persoalan nakal.

Katanya, perkahwinan dengan Noh pada 1 Julai lalu adalah saat terindah buatnya. Mengakui suaminya seorang yang penyayang dan tidak henti menyokongnya, Nina bertuah kerana keserasian dan persefahaman yang ada antara mereka berdua kian terikat kuat.

“Ikhlas dan jujur, saya mampu merasai kebahagiaan dan keindahan sebuah perkahwinan yang sebelum ini ramai pernah menceritakannya pada saya.

“Mungkin kerana kami berdua berkahwin atas paksi cinta dan sayang, saya lebih menyifatkan hubungan kami semakin erat. Malah setiap hari, kami berdua akan melalui pengalaman baru yang membuatkan kami belajar dan terus mengukuhkan lagi hubungan.

“Perwatakan dan sikap Noh benar-benar me�ngundang rasa selesa dan yakin kepada saya. Bukan sekadar memberikan kasih sayang dan perhatian, sebaliknya Noh adalah se�orang suami yang tidak henti menyokong, setia di sisi dan faham akan apa saja situasi membuatkan saya tidak kekok untuk berkongsi apa saja
bersamanya.

“Setakat ini alhamdulillah, saya tidak berdepan dengan sebarang masalah dalam menguruskan rumah tangga kerana Noh bukanlah se�orang lelaki yang cerewet.

“Setiap pagi saya akan me�nyediakan sarapan pagi dan kami akan cuba mencuri masa untuk makan bersama setiap hari walaupun masing-masing begitu sibuk dengan kerjaya seni dan jadual harian,” katanya.

Nina dan Noh yang menjalin cinta selepas bekerjasama untuk pembikinan lagu duet Kurnia tiga tahun lalu mengatakan buat masa ini ingin berdua dulu dan apabila kerjaya seni sudah kukuh, mereka ingin memikirkan fasa berikutnya untuk memiliki anak.

Kata Nina, dia baru saja selesai menyiapkan lagu duet bersama seorang lagi penghibur antarabangsa yang kini sedang popular di seluruh dunia, Flo Rida berjudul Take Over.

“Dulunya hanya angan-angan untuk berduet bersama Flo Rida kerana peribadinya, saya amat meminati muziknya. Justeru, apabila berpeluang menyanyi bersamanya, saya melihat lagu Take Over satu pertaruhan yang begitu sempurna buat saya.

“Kiranya ia adalah cenderahati buat peminat kerana asasnya, saya seorang penyanyi yang begitu gemar pada eksperimen dan sesuatu yang berbeza,” katanya gembira kerana lagu itu juga mendapat tempat stesen radio yang memutarkannya setiap hari.

Kata Nina, sudah tentu dia mengharapkan agar makin ramai yang menyokong kerjaya seninya dan menghargai apa yang cuba disampaikan meskipun agak sukar untuk berdiri begitu.

“Insya-Allah album penuh akan menyusul selewat-lewatnya awal tahun depan. Tapi saya juga terkejut kerana hingga ke hari ini album pertama saya masih mendapat permintaan yang baik.

“Lagu daripada album itu seperti What You Waiting For dan Let Me C U Get It yang kini mendapat sentuhan susunan muzik baru serta lagu duet bersama Noh, Kurnia masih dimainkan di radio. Harapan saya, peminat dan penyokong muzik saya akan terus setia menantikan karya seterusnya kelak,” katanya.

Dalam pada itu, Nina turut meluahkan rasa terkilannya kerana masih ramai pihak yang tidak nampak usaha dan kesungguhannya dalam memartabatkan industri muzik tempatan.

Bukan mengharapkan sebarang anugerah atau majlis besar meraikan komitmennya selama ini, namun secebis penghargaan juga tidak sekali berpihak kepadanya.
Komitmen diberi selama lebih sedekad, jelas memperlihatkan satu usaha yang luar biasa.

Mana tidaknya, tidak bersandar pada muzik dan melodi bercorak antarabangsa semata-mata, Mizz Nina sudah beberapa kali diundang mengadakan persembahan di luar negara termasuk London, Paris dan Sri Lanka. Malah tidak lama lagi, Nina sekali lagi akan terbang ke Jerman untuk persembahan syarikat korporat.

Kiranya, usaha melakukan kerjasama dengan penyanyi luar berbaloi dan sedikit sebanyak mampu memberikan tempias positif kepada industri Malaysia. Namun entah mana silapnya, majlis penganugerahan yang kononnya menghargai usaha dan karya anak tempatan seperti Anugerah Industri Muzik (AIM) tidak langsung mengiktiraf bakatnya walaupun untuk kategori Artis Baru Terbaik.

Alasannya, album What You Waiting For tidak sepenuhnya sentuhan anak tempatan dan proses pembikinannya meng�gunakan pakar luar. Justeru, album What You Waiting For tidak layak untuk bersaing dalam AIM18.

Enggan terus meletakkan hukum yang dirinya merajuk atau marah, sebaliknya jelas Nina, itu satu hakikat yang terpaksa ditelan walaupun ada kalanya ia begitu pahit dan sakit.

“AIM adalah majlis anugerah yang ditentukan banyak pihak. Lantas untuk mempertikaikan sudut penjurian atau melontarkan persoalan mengapa saya tidak layak untuk dicalonkan, ia terlalu jauh dan kasar. Biarlah gagal menembusi AIM, namun saya percaya apa yang cuba saya perjuangkan adalah sesuatu buat industri dan peminat.

“Tidak sekelumit saya sedih jauh sekali merajuk, namun saya lihat dari aspek positif. Ia dijadikan semangat untuk saya menghasilkan sesuatu yang jauh lebih baik.

“Jika tiada penghargaan sekalipun, ia bukan satu lesen yang menjanjikan sebuah kejayaan kepada sese�orang penyanyi. Apa yang penting, saya akan terus berusaha buat mereka yang tidak henti menyokong,” katanya yang masih berasa gembira kerana setidak-tidak�nya Hujan berjaya bertanding untuk dua kategori.










Tiada ulasan:

Catat Ulasan