Ahad, 17 November 2013

Asal usul kaum suluk

Saya pertama sekali memohon maaf kalau kenyataan saya agak mendalam, tetapi sebagai pembetulan datuk-nenek bangsa asal sabah telah berjuang sehingga ke titisan darah yang terakhir dan mereka sanggup menahan lapar dahaga demi menentang penjajahan sejak sekian lamanya. Banyak pejuang-pejuang di sabah yang tidak pernah disebut kebaktian mereka dan keturunan Awang Alak Betatar yang sebenar masih wujud sehingga ke hari ini. Akan tetapi bukan kuasa yang mereka hendakkan, kerana tradisi penyebaran dakwah islamiyah menjadikan mereka tawadduk dan zuhud terhadap kemewahan dunia. Siapa pernah mendengar Sultan Awang Alak Betatar mangkat di Barunai. Sebenarnya makam beliau berada dikalangan rakyat biasa yang dirahsiakan sehingga ke hari ini. Tentang pengetua muzium sejarah di barunai, saya tidak akan mempertikaikan segala penat-keringat beliau mudah-mudahan Allah ta'ala sahaja yang membalasnya. Tetapi sejarah ini masih terus ditulis dan orang yang menjadi sumber rujukan semakin pupus. Maka siapa yang lebih tahu daripada penduduk asal lagi asli negeri ini. Perjuangan datuk-nenek dahulu tidak akan terbalas dan saya rasa tidak adil sekiranya dikatakan bangsa asal disabah ini tidak berjuang untuk membela keamanan tanah tumpah darah mereka. Cuma apabila pemodenan sabah berlaku banyak maklumat yang tersimpan tidak diketengahkan. Apa yang saya tahu, keturunan Awang Alak Betatar ini adalah keluarga yang mendapat kebaikan tetapi mereka hidup secara sederhana dan tidak mahu menonjol tetapi umpama sebutir permata dibuang ketanah menjadi gunung, dibuang ke laut menjadi pulau dan mereka masih menyimpan alat-alat kebesaran keturunan mereka. Allahyarham Tun Mustapha sendiri pernah menemui waris asal tersebut dan perkara ini disaksikan oleh seisi keluarga dalam kampung tersebut. Kalau hendak mengeluarkan rekod bertulis amatlah sukar mungkin bagi mereka tetapi apa yang jelas perjuangan merekalah sewaktu suruhanjaya cobbold dahulu membuat pungutan suara sama ada masuk malaysia atau tidak memainkan peranan yang besar. Satu sebab yang paling utama ialah, ingin meneruskan kesinambungan tradisi Islam di muka bumi sabah ini. Masuk barunai mungkin boleh tapi sejarah mengatakan barunai telah gagal mengotakan janji mereka dahulu, kalau di bawah indonesia namun keserakahan mereka meninggalkan banyak kesan-kesan kebinasaan di mana-mana. Bila melayu dari malaya menghulurkan salam persaudaraan, itu yang disambut oleh datuk-nenek dahulu atas nama Islam. Itu yang saya tahu dan keturunan Awang Alak Betatar bukan tidak kenal siapa bangsa sulu tausug sebenar dan banyak tinggalan sejarah mereka sepanjang pesisir laut sabah ini yang menjelaskan siapa mereka sebenarnya. Saya terbaca kata-kata Tan Sri Ghazali Shafie suatu masa dahulu mengenai tuntutan sultan sulu suatu masa dahulu. Wassalam.
"Sekeping hati dibawa berlari jauh melalui jalanan sepi, jalan kebenaran indah terbentang didepan matamu para pejuang" Kumpulan Zikr

Tiada ulasan:

Catat Ulasan