Isnin, 9 April 2012

Yang Oops.. Di ABPBH 2011

addthis kongsi icon
Yang Oops.. Di ABPBH 2011

Media Galeri

Teks oleh Kheme Rosly
khemerosly@yahoo.com
Foto oleh Mazlan Yunos Photography
GENTING HIHGLANDS, 9 APRIL 2012: Tidak terkecuali mereka yang tampil Oops.. di hamparan karpet merah Anugerah Bintang Popular 2011 (ABPBH 2011) dengan fesyen dan gaya yang membuatkan mereka seperti tidak punya garis panduan dalam gaya.
Menjadi perhatian di karpet merah hingga ke pentas ABPBH 2011, Didie Alias atau Lady Gaga Malaysia sekali lagi meletakkan diri dalam senarai Oops... Mungkin ini adalah idea daripadanya sendiri dan direalisasikan oleh Raffiey Nasir seperti sudah melebihi tema Larger Than Life.
Enot yang kini sudah bertudung telah melakukan kesalahan dengan mengenakan tudung yang tidak kena dengan penampilan baju kaftannya tersebut. Bow besar diatas kepala berwarna kuning itu sangat mencuri mata yang melihatnya.
Pelakon baru dalam Vanilla Coklat ini telah menjadi mangsa fesyen sehingga da yang tidak mengenali siapakah dia. Solekan dan pakaian yang dikenakan Fifie Natasya melengkapkan penampilannya yang tampil begitu Oops.. sekali.
Percubaan seterusnya bagi penyanyi Cinta Muka Buku ini masih tidak berjaya apabila busana yang digayakannya seperti ada yang tidak kena. Hasil rekaan Wan Huzairil dengan rona merah jambu terang bermotif itu masih menyebabkan Najwa terus berada dalam senarai Oops pada malam ini.
Pelakon senior Wan Maimunah seperti menghadiri masquarade party dengan persalinan yang sebegitu rupa. Micheal Shu yang sudah lama tidak menghasilkan busana buat selebriti tampil dengan rekaan yang mengecewakan dan topi yang dikenakan Wan Maimunah memonopoli looknya.
Ikuti media galeri untuk senarai gaya Oops.. yang lain.


addthis kongsi icon
Pilihan Stailista ABPBH 2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan