Isnin, 5 Mac 2012

Selera Food Court Keluarga

Sedap, mudah dan berpatutan menikmati makanan di Lokas Makana Puchong Utama. Menu yang disediakan benar-benar membuka selera setiap pengunjung yang inginkan kualiti dalam hidangan yang dipesan. Usah teragak-agak mencuba Don Char Kuey Teow, Takoyaki, Roti Chees, Mi Bandung Muar, Ikan Bakar, Nasi Ayam serta macam-macam lagi. Pasti menepati cita rasa anda. Lebih menarik dengan ‘kehadiran’ belon angin yang tentunya mencuri tumpuan si kecil untuk bermain. Secara tidak langsung ibu bapa berpeluang menjamah makanan dengan lebih selesa. Beroperasi setiap hari bermula jam 5.30pm sehingga 12 tengah malam, lokasi ini amat sesuai bagi yang berkeluarga atau hadir bersama teman-teman untuk menonton perlawanan bola sepak yang ditayangkan di layar besar.
Nasi Sizzling

Murtabak Daging/Ayam Abang Bob

Tiada ulasan:

Catat Ulasan