Isnin, 19 Disember 2011

Izreen Azminda Sah Bakal Bertunang Januari 2012, Kahwin Sebelum Aidilfitri



Sebelum apa apa, kami agak ragu gambar di’sebelah ini wajah milik Izreen Azminda — tetapi carian Google mengatakan ya. Hmm.
Seminggu yang lalu, para peminat hiburan Malaysia mula dengar akan gossip pelakon wanita ini yang di’katakan bakal bertunang tidak lama lagi.
Izreen Azminda lantas menafikan perkara tersebut dan berkata buat masa sekarang lakonan adalah fokus utama kehidupan beliau.
Hari ini, Izreen Azminda tampil membuat pengakuan melalui BPOP mengakui yang pertunangan beliau akan berlangsung pada 1 Januari 2012 nanti. Apa cerita?
Dalam temubual yang sama, Izreen Azminda mengakui yang beliau mula mengenali bakal tunang beliau yang bernama Mohammad Riza Baharudin ketika beliau sedang menjalani penggambaran Tentang Dhia
Menjawab soalan tentang bilakah majlis perkahwinan penuh akan berlangsung, Izreen Azminda positif untuk menamatkan zaman bujang sebelum Aidilfitri tahun hadapan. Tahniah in advance ya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan