Koleksi Gambar Artis di Sekitar Majlis Karpet Merah Anugerah Bintang Popular Berita Harian 25 2011. Majlis sekitar Karpet Merah Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke-25 2011(ABPBH 25) semalam cukup hangat dengan kehadiran ramai artis popular antaranya adalah Aaron Aziz, Lisa Surihani dan Yusri, Neelofa, Zizan Raja Lawak, Najwa Latif, Datuk Siti Nurhaliza dan Datuk K, dan ramai lagi artis popular lain.
Pelbagai fesyen yang ditampilkan oleh barisan artis dan antara fesyen yang mencuri tumpuan ramai adalah pakaian dari artis baru, Neelofa. Pelakon ini kelihatan bak puteri dengan berpakaian yang sangat cantik di ABPBH 25 semalam. Selain itu ramai lagi fesyen artis lain yang kelihatan awesome antaranya adalah seperti Lisa Surihani, Datuk Siti Nurhaliza, Aaron Aziz, Miera Liyana dan ramai lagi.
Berikut adalah beberapa keping gambar fesyen artis di sekitar majlis Karpet Merah ABPBH 25 2011 semalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan