ABPBH 2011
Teks oleh Haswari Ali & Kheme Rosly Jangan Tak Lihat
GENTING HIGHLANDS, 8 APRIL 2012: Laluan karpet merah Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH 2011) sekali lagi mendapat perhatian ratusan lensa kamera dengan penampilan puluhan selebriti popular mewarnai malam gilang-gemilang berkenaan.
Seperti biasa, rata-rata selebriti menggunakan khidmat pereka fesyen tempatan bagi menyiapkan penampilan masing-masing seperti daripada sentuhan empat pereka fesyen popular Rizman Ruzaini, Hatta Dolmat, Hazwani Osman dan Zerry Zamry.
Seperti biasa juga, perincian mewah seperti batu jemaki berkilauan dan fabrik manik pelbagai warna telah menjadi pilihan untuk menyemarakan penampilan mereka meskipun ada diantara penggunaannya dilihat terlalu berlebih-lebihan.
Ingin lari daripada kebiasaan, ada diantara selebriti yang tampil dengan persalinan yang menggunakan fabrik bulu bagi melempiaskan ritma romantik dan lembut di bawah pancaran cahaya dan di atas laluan karpet merah membara.
Sesuai dengan temanya, Larger Than Life, ada diantara selebriti yang beria-ria dan berani menampilkan persalinan yang ada kalanya tidak masuk akal dan ada diantara rekaan yang nyata memperlihatkan permainan warna anggun lagi berseri.
Antara selebriti yang disifatkan cukup sempurna ialah Dayang Nurfaizah dengan persalinan rekaan Syaiful Baharim, Dafi (Jovian Mandagie) Datuk Sheila Majid (Micheal Ong), Scha Al-Yahya ( Alia Bastamam), Fazura (Rizman Ruzaini).
Sementara itu selebriti seperti Didie Alias dan Wan Maimunah, Heela dan Fiffy Natasya dilihat cukup bersungguh-sungguh tampil dengan persalinan mengikut tema, meskipun ada yang menyifatkan agak keterlaluan atau over the top.
Demam turban yang diperkenalkan penyanyi Yuna sejak Anugerah Industri Muzik yang lalu juga telah menjadi pilihan selebriti popular seperti Datuk Siti Nurhaliza, Natasha Hudson, Ramlah Ram dan juga Enot.
Bagi selebriti lelaki, fenomena K-Pop yang sedang melanda telah menjadi taruhan mereka, meskipun ada diantaranya yang tampak janggal dan kekok dengan identiti berkenaan, contohnya kumpulan VIP. Mungkin inilah pertama kali mereka menggayakannya.
Namun barisan selebriti tampan seperti Aaron Aziz, Shaheizy Sam, Fizz Fairuz, Kamal Adli, Fizo Omar, Anuar Zain dan Iqram Dinzly telah menggunakan potongan segak permainan rona kelabu, hitam dan perak dari jenama sut terkenal Lord's Tailor.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan