- January 12, 2012
share
KUALA LUMPUR – Gadis yang dikatakan mempunyai hubungan istimewa dengan penjaga gawang gol skuad Harimau Malaya, Dahlia Teck telah menganjurkan “suprise party” yang cukup romantik sempena hari lahir Khairul Fahmi Che Mat yang ke-23 baru-baru ini.
Menghangatkan lagi suasana romantis tersebut, Dahlia turut merakamkan kemesraan mereka menerusi rakaman video yang kemudiannya dimuat turun ke laman Youtube oleh juruvideo tersebut yang dikenali sebagai Hazremi dari Imoments Videography.
Di dalam video itu, jelas sekali menampakkan betapa romantiknya Dahlia melayan Apex apabila mereka saling suap-menyuap kek dan difahamkan bahawa gadis itu sanggup datang dari Melaka untuk membuat “suprise party” tersebut.
Apex di dalam video itu turut mengucapkan rasa terharu dan terima kasihnya kepada semua yang menjayakan majlis harijadinya itu, khususnya Dahlia yang dikatakan sebagai perancang utama kepada majlis berkenaan.
“Saya ucapkan kepada semua yang terlibat dalam ni, terutamanya Dahlia la..sebab saya tahu mesti dia punya plan semua ni..thanks..thanks sesangat…
“Thanks la pada Dahlia kan..susah payah datang dari Melaka buat semua ni…saya hargai sangat-sangatlah..tak sangka ada suprise birthday saya untuk malam ni,” katanya dalam klip video itu.
Bagaimanapun, Apex yang dihubungi Mynewshub.my sebentar tadi enggan memberikan sebarang komen atau mengesahkan hubungan cinta antara dirinya dengan Dahlia sebagaimana yang didakwa beberapa laman blog sejak akhir-akhir ini .
“Minta maaf sangat-sangat, saya tak nak sentuh pasal personal…no komen, saya tak mahu komen apa-apa pasal peribadi saya,” katanya yang tidak mahu sebarang persepsi buruk melanda dirinya lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan