JANGAN TAK LIHAT
Dalam orang berteka teki, Murai Batu mendapat tahu sememangnya Fasha Sandha telah membuat pengakuan kepada teman Murai Batu bahawa dia bakal bernikah tahun ini, cuma tarikhnya masih belum mahu diumumkan.
Bukan mahu menarik tali, sebaliknya Fasha Sandha belajar dari pengalaman lalu, apabila sesuatu perkara dihebah-hebahkan, akhirnya tidak menjadi, dia juga yang malu. Lantas bisik teman Murai Batu, memang benar Fasha akan bernikah tahun ini, cuma menunggu masa yang sesuai untuk diberitahu umum.
Malah Fasha juga tidak berniat mahu membuat sidang media pengumumam perkahwinannya, ada cara tersendiri akan dilakukan untuk memberitahu mengenai hari bahagianya nanti.
Kalau mahu dirisik mengenai persiapan kesemuanya telah pun diatur secara berperingkat dan khabarnya kedua-dua pasangan semakin tidak sabar untuk menempuh kehidupan baru.
Memandangkan Fasha juga tahun ini telah melangkah usia 28 tahun, bagi Murai Batu memang molek sangat jika mahu berumahtangga.
Doa Murai Batu, semoga Fasha dan Jejai akan dapat mengakhiri percintaan mereka ke jinjang pelamin sehingga ke akhir hayat. Ketepikan sahaja segala kata-kata yang membenci anda, pastinya akan berjaya.
MURAI BATU: Tidak Sabar Menunggu Kad Jemputan Hari Bahagia Fasha Dan Jejai
Tiada ulasan:
Catat Ulasan