Khamis, 12 Januari 2012

Majlis ‘Birthday’ Romantik Dari Dahlia Untuk Apex


Majlis 'Birthday' Romantik Dari Dahlia Untuk Apex


    January 12, 2012
2 Comments
1
 
0
 
0
KUALA LUMPUR – Gadis yang dikatakan mempunyai hubungan istimewa dengan penjaga gawang gol skuad Harimau Malaya, Dahlia Teck  telah menganjurkan “suprise party” yang cukup romantik sempena hari lahir Khairul Fahmi Che Mat yang ke-23 baru-baru ini.
Menghangatkan lagi suasana romantis tersebut, Dahlia turut merakamkan kemesraan mereka menerusi rakaman video yang kemudiannya dimuat turun ke laman Youtube oleh juruvideo tersebut yang dikenali sebagai Hazremi dari Imoments Videography.
Di dalam video itu, jelas sekali menampakkan betapa romantiknya Dahlia melayan Apex apabila mereka saling suap-menyuap kek dan difahamkan bahawa gadis itu sanggup datang dari Melaka untuk membuat “suprise party” tersebut.
Apex di dalam video itu turut mengucapkan rasa terharu dan terima kasihnya kepada semua yang menjayakan majlis harijadinya itu, khususnya Dahlia yang dikatakan sebagai perancang utama kepada majlis berkenaan.
“Saya ucapkan kepada semua yang terlibat dalam ni, terutamanya Dahlia la..sebab saya tahu mesti dia punya plan semua ni..thanks..thanks sesangat…
“Thanks la pada Dahlia kan..susah payah datang dari Melaka buat semua ni…saya hargai sangat-sangatlah..tak sangka ada suprise birthday saya untuk malam ni,” katanya dalam klip video itu.
Bagaimanapun, Apex yang dihubungi Mynewshub.my sebentar tadi enggan memberikan sebarang komen atau mengesahkan hubungan cinta antara dirinya dengan Dahlia sebagaimana yang didakwa beberapa laman blog sejak akhir-akhir ini .
“Minta maaf sangat-sangat, saya tak nak sentuh pasal personal…no komen, saya tak mahu komen apa-apa pasal peribadi saya,” katanya yang tidak mahu sebarang persepsi buruk melanda dirinya lagi.

Fazura Nafi Bergaduh Dengan Neelofa


Fazura Nafi Bergaduh Dengan Neelofa


    January 11, 2012
16 Comments
43
 
8
 
0
KUALA LUMPUR – Pelakon dan model terkenal, Fazura menafikan dia bergaduh atau berselisih faham dengan Neelofa apabila mereka dikatakan berbalas-balas status ‘panas’ dalam laman sembang Twitter sehingga menarik perhatian banyak pihak sejak kebelakangan ini.
Pelakon filem Pisau Cukur ini pada mulanya bertanya siapakah pelakon yang dimasudkan itu apabila ia ditimbulkan oleh seorang wartawan akhbar tabloid harian tempatan, tetapi selepas diasak oleh Fazura beberapa kali wartawan terbabit akhirnya mendedahkan nama artis tersebut.
Sejurus selepas nama Neelofa disebut selepas sidang akhbar selepas majlis pratonton filem terbaru lakonan berjudul Bujang Terlajak Belum Terlambat di pawagam GSC Signature, The Gardens di sini semalam, Fazura dalam nada bersahaja sambil tersenyum berkata:
“Saya tidak ada bergaduh dengan sesiapa. Saya hanya bercakap tentang diri saya sahaja. Bagaimanapun kalau ada sesiapa yang terasa dengan apa yang saya tulis dalam Twitter itu terpulanglah. Neelofa? Tak adalah, saya bercakap tentang diri saya.
“Malah, kalau ada pihak yang syok sendiri maka terpulanglah juga,” komennya ringkas tetapi penuh bermakna di hadapan kira-kira 10 wartawan yang mengerumuninya selepas sidang akhbar pratonton filem komedi arahan Prof. Madya A. Razak Mohaideen tersebut.
Menerusi filem terbitan Line Clear Motion Pictures yang akan ditayangkan mulai 19 Januari ini di 75 pawagam seluruh negara itu, Fazura turut berlakon bersama ramai pelakon popular seperti Saiful Apek, Johan, Nabil Raja Lawak, Mustafa Kamal serta Susan Menon.

Berita Berkaitan:

  • written by MyNewsHub

Selasa, 10 Januari 2012

PERKAHWINAN EZLYNN: NEELOFA REKA KASUT BERNILAI RM20,000[GAMBAR]

Dapatkan Berita Maharaja Lawak Mega Secara Percuma klik sini

PETALING JAYA: Majlis resepsi perkahwinan penyanyi Ezlynn pada 11 Januari ini bukan sahaja bakal bergemerlapan dengan berlian dan aksesori tajaan Rafflesia Pearl Wedding, malah ia tambah berseri apabila kasut penyanyi itu mendapat sentuhan rekaan khas pelakon jelita Neelofa.
Neelofa berkata dia menerima peluang untuk menghasilkan kasut bernilai RM20,000 itu daripada perunding perkahwinan Bill Bora yang memberikan platform untuk memperagakan kreativitinya dalam rekaan kasut.
“Pada awalnya, saya memang tidak pasti untuk menerima tawaran menghasilkan kasut perkahwinan Ezlynn kerana saya tidak pernah mereka kasut untuk majlis perkahwinan sebelum ini, apatah lagi untuk seorang selebriti.
“Kepercayaan yang diberikan itu menyuntik keyakinan kepada saya. Saya mengambil masa selama sebulan sejak Disember lalu untuk membuat kajian dan menyiapkan rekaan terbaik yang bersesuaian dengan tema musim luruh di Sepanyol itu,” katanya selepas menghantar kasut tersebut untuk dicuba oleh Ezlynn, petang Isnin.
Bercerita lanjut, Neelofa berkata idea rekaan kasut tersebut diperoleh secara spontan ketika dia sedang mengelamun sebelum melelapkan mata pada minggu terakhir, Disember lalu.
Ilham rekaan muktamad kasut bernilai RM20,000 ini muncul secara spontan sebelum Neelofa melelapkan mata pada satu malam, kira-kira dua minggu lalu.
“Sebelum ini, saya sudah melakukan beberapa draf dan pengubahsuaian pada rekaan kasut tersebut sehinggalah ilham muncul secara spontan sebelum saya masuk tidur pada satu malam, kira-kira dua minggu lalu.
“Selepas itu, saya mula melakukan pengubahsuaian terakhir sebelum menghantar rekaan muktamadnya kepada pengeluar dan siap dihantar kepada Ezlynn pada petang Isnin,” katanya.
Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...

Dapatkan info terkini dengan klik link ini

Kasut berwarna emas yang menggabungkan renda, permata Rafflesia dan berlian Swarovski itu direka bentuk agar sepadan dengan baju pengantin rekaan tiga pereka muda iaitu Nurliza Azulkarnain, Sya Shaharani dan Sharifah Mariam Syed Mohd.
Majlis resepsi itu akan berlangsung pada Rabu ini di Hotel Crowne Plaza Mutiara dan bakal diserikan dengan paduan warna tema emas, kuning dan perang.
Ezlynn sah bergelar isteri kepada pengurusnya, Adam Fahmi, 35, pada 20 November lalu dalam satu upacara yang berlangsung di Sime Darby Convention Centre, di sini.
Sementara itu dalam perkembangan lain Neelofa mengakui berasa teruja mengendalikan Nona bersama Fara Fauzana pada Ahad lalu bagi menggantikan Vanidah Imran.
“Saya berasa seronok dengan pengalaman baru ini. Walaupun kami tidak bergandingan secara langsung sebagai pasangan pengacara, sekurang-kurangnya waktu-waktu yang terluang di antara rakaman program itu dapat saya gunakan untuk bertanyakan tip daripada Fara yang jauh lebih berpengalaman.
“Saya bertuah kerana Fara seorang pengacara yang tidak lokek ilmu dan banyak membantu dalam melancarkan pengendalian saya dalam program tersebut,” katanya.
Dalam pada itu, duta produk kecantikan Avon ini juga sempat berkongsi kegembiraannya apabila tersenarai sebagai calon lima teratas bagi kategori Artis Baru Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH2011), April depan.
“Saya tidak harapkan kemenangan, tersenarai dalam kategori ini pun sudah cukup menggembirakan bagi orang baru seperti saya,” katanya.
Anda mungkin juga meminati:

Isnin, 9 Januari 2012

Kesan Memakan Kepak Ayam Kepada Wanita


Kisah Benar “Bahaya Kepak Ayam Pada Wanita”

Pertumbuhan sista(cyst) dalaman. Elakkan daripada memakan kepak ayam (chicken wing) dengan kerap terutamanya kaum wanita.

Kisah Benar, Seorang rakan baru-baru ini mempunyai ketumbuhan dalam rahim, dan dia menjalani pembedahan untuk membuang sista tersebut. Sista yang dikeluarkan adalah dipenuhi dengan darah yang berwarna gelap.

Dia menyangka bahawa dia akan pulih selepas pembedahan tetapi jangkaannya salah. Ketumbuhan berlaku hanya beberapa bulan kemudian. Beliau bergegas turun ke pakar sakit puan itu untuk bertanyakan masalahnya. Semasa rundingan, doktor bertanya soalan yang memeranjatkan beliau.

Doktor bertanyakan adakah dia adalah seorang pengguna yang kerap memakan kepak ayam dan dia menjawab ya, tertanya-tanya tentang bagaimana, dia tahu tabiat makannya. Sebenarnya pada hari ini ayam disuntik dengan steroid untuk mempercepatkan pertumbuhan mereka supaya keperluan masyarakat ini dapat dipenuhi. Keperluan ini adalah tidak lain daripada keperluan untuk makanan.

Ayam-ayam yang disuntik dengan steroid biasanya disuntik di leher atau kepak. Ini disebabkan di tempat-tempat ini bahawa kepekatan tertinggi steroid wujud. Steroid ini telah menyebabkan kesan ke atas badan kerana ia mempercepatkan pertumbuhan.

Ia mempunyai kesan yang lebih berbahaya dalam kehadiran hormon wanita, ini membawa kepada wanita yang lebih cenderung untuk pertumbuhan sista yang di dalam rahim. Oleh itu, saya menasihati orang di luar sana untuk melihat diet mereka dan juga mengurangkan kekerapan mereka memakan kepak ayam.

informasikini.com

Rabu, 4 Januari 2012

Cara Kembalikan Kehangatan Malam Pertama






Seks memang indah tetapi bagaimana pula sekiranya tubuh tidak memungkinkan seorang suami mahupun isteri untuk menikmatinya. Sebagai langkah pertama, jangan sekali-sekali abaikan kesihatan termasuklah perihal makanan, riadah dan istirahat yang secukupnya. Usahakan agar makanan yang disajikan sehari-hari menepati nutrisi yang diperlukan. Lantaran itu, usah bimbang sekiranya hubungan asmara anda semakin ‘senja’.
Masih banyak cara yang boleh dipraktikkan bagi mengembalikan ‘kehangatan malam pertama’. Tidak mustahil, sekiranya diikuti dengan teratur, nescaya kedua belah pihak akan mendapat kepuasan yang diidamkan.
Segarkan ‘Keinginan’ Dengan Rehat Yang Cukup
Usah bermimpi untuk menjalin hubungan asmara sekiranya anda sedang keletihan. Dapatkan rehat seketika dan bernafaslah dengan tenang. Apabila tubuh kembali bertenaga, fikiran juga mudah terbuka untuk memikirkan ‘aksi-aksi’ yang bakal dipraktikkan bersama pasangan.
Berfantasi Sebelum Berhubungan
Gunakan sedikit imaginasi sebelum melakukan hubungan intim. Secara tidak langsung, ia membantu menghangatkan kembali nafsu berahi tatkala pasangan berada dalam dakapan. Memang benar, ia sekadar mimpi yang bermain di fikiran tetapi sekiranya anda ‘bijak’ menukar imaginasi kepada realiti sudah pasti ia lebih menyeronokkan.
Beraksi Dengan Fikiran Yang Positif
Jangan sekali-sekali perkecilkan kemampuan diri sendiri. Percayalah, hanya anda yang mengetahui tahap ereksi yang dialami. Kerana itu, sematkan dalam diri bahawa pasangan pasti puas dengan ‘persembahan’ yang anda berikan. Sekiranya fikiran kembali positif, nescaya segala yang diharap berlangsung seperti yang diharapkan.
Tambah Potensi Diri
Sama ada sedar atau tidak, anda sebenarnya mampu menambah ‘potensi’ diri menggunakan pandangan, pendengaran, ciuman, sentuhan, pujukan mahupun usapan. Disebabkan itulah penjagaan wajah dan tubuh badan perlu sentiasa diberi perhatian agar kelihatan indah dan menawan. Semburan minyak wangi tentunya menghangatkan lagi detik manis yang dirasai. Oleh itu, jangan tergesa-gesa menamatkan ‘aksi’ yang baru sahaja hendak bermula. Lakukan pemanasan dengan pelbagai cara dan sekiranya pasangan sudah sampai ke ‘kemuncaknya’ barulah ‘tugas’ dilaksanakan dengan sebaik-baiknya.

(9 GAMBAR)Fesyen Ziana Zain Sepanjang Tahun 2011

Susulan pengeluaran entri fesyen terbaik selebriti wanita sepanjang tahun 2011, ramai yang menghantar email kepada Abang Nara. Ramai yang memberikan cadangan fesyen yang cantik di mata mereka. Namun ada satu email yang sangat menangkap hati Abang Nara. Nama penghantar dirahsiakan tetapi dia telah mengkompilasikan gambar fesyen Ziana Zain sepanjang tahun 2011.
ziana zain
Cantik kan? Terima kasih kepada penghantar email yang sudi bersusah payah menghantar gambar-gambar penyanyi pujaan ramai ini. Lagi 8 gambar Ziana Zain dengan membaca entri ini sepenuhnya.
P.S: Thors Well, gerbang pintu ke dunia bawah laut.

ziana zain
ziana zain
ziana zain
ziana zain
ziana zain
ziana zain
ziana zain
ziana zain

Baca Yang Ini Pulak:-

Nuffnang Ads