Rabu, 14 Disember 2011

Hari Bahagia Fasha Sandha Makin Dekat…Dah Mula ‘Test’ Baju Pengantin


Hari Bahagia Fasha Sandha Makin Dekat...Dah Mula 'Test' Baju Pengantin


    December 14, 2011
16 Comments
4478
18
0
4529
share
Kejap jadi, kejap macam tak jadi….begitulah percintaan antara Fasha Sandha dan Rizal Ashram (Jejai).
Tetapi nampaknya mereka di luar sana yang berhajat untuk memiliki Fasha boleh telan air liur ajelah kerana kali ini nampaknya hubungan mereka berdua kembali terjalin dan semakin serius.
Terbaru dah ada portal hiburan yang dapat menghidu persiapan pasangan ini melakukan persiapan untuk hari bahagia mereka
Ini kata Rotikaya.com;
Sumber kami yang kini sedang terlibat secara langsung dengan persiapan perkahwinan Fasha Sandha berkata aktress ini sedang bahagia untuk bergelar isteri kepada Rizal Ashram (Jejai) tahun hadapan.
Perkahwinan Fasha Sandha & Rizal Ashram di’khabarkan bakal berlangsung sekitar tarikh jatuh’nya ulangtahun kelahiran si gadis iaitu 28 Mac 2012 — tetapi ia’nya jatuh pada hari Rabu.
Untuk rekod, Pada 17 Mei tahun lalu, Rizal dan rakan-rakannya membuat kejutan kepada Fasha dengan hadir menaiki helikopter peribadi sewaktu Fasha menjalani penggambaran drama bersiri, Duyong Aridinata di Terengganu.
Helikopter peribadi milik Rizal yang merupakan ahli perniagaan berjaya itu mendarat berhampiran chalet yang didiami Fasha bersama krew drama.
Agak-agaknya apa kejutan Rizal pada Fasha di hari bahagia mereka ye?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan