Khamis, 29 Disember 2011
ARTIS : gambar bunga isteri asyraf sinclair mula kembali nakal?
Bunga Cinta Lestari yang dikatakan berpesta liar di sebuah parti baru-baru ini.
Di dalam gambar yang tersiar, Bunga Cinta Lestari dilihat beraksi dalam pelukan beberapa teman lelaki sambil memegang ‘teh O keras’ dan sebatang rokok di celah jari.
Bagaimanapun, dipercayai Asyraf ada bersama-sama isterinya ketika gambar-gambar itu dirakamkan merujuk kepada sebahagian kecil wajahnya yang turut terakam di dalam gambar-gambar tersebut.
Untuk rekod, Asyraf Sinclair mengahwini Bunga Cinta Lestari pada 8 November 2008 di Masjid Al Bina, Jakarta.
Pasangan ini kemudiaannya dikurniakan seorang cahaya mata, Noah, pada 22 September tahun lalu dan kini berumur baru setahun tiga bulan.
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan tarikh sebenar gambar-gambar tersebut dirakamkan.
“Tidak dapat dipastikan bila gambar ini diambil, tapi jika ianya gambar terbaru BCL (Bunga Cinta Lestari), maka apalah nasib Noah Sinclair yang baru berusia 1 tahun 3 bulan ya?,” kata pemilik blog OhBulan.
Namun, digambar tersebut jelas tertera masa gambar-gambar tersebut dirakamkan iaitu sekitar jam 1.51 pagi, mungkin di Indonesia atau mana-mana negara di dalam dunia ini.
Selain itu, Bunga Cinta Lestari juga pernah menimbulkan kontroversi apabila gambar-gambarnya yang berbikini seksi dan hanya berbaju tidur yang nipis sambil bersiar-siar di Bali tersebar di internet pada Ogos 2009, setahun selepas diijabkabulkan dengan Asyraf.
Persoalannya, apakah komen Asyraf mengenai sikap dan penampilan isterinya itu?
Meskipun Asyraf turut berada di parti itu, apakah tidak wujud sekelumit pun rasa cemburu, tidak puas hati, sedih atau kecewa apabila isteri sendiri ‘beraksi’ sebegitu di depan lensa bersama-sama teman yang bukan muhrim?
Bagaimanapun, penulis berharap dan berdoa agar Asyraf bijak mengawal keadaan dan sikap isterinya serta memberikan teguran yang sewajarnya kepada ibu Noah tersebut.
Bukan untuk ‘menjaga tepi kain orang’ atau terlibat dengan masalah rumahtangga orang, penulis rasa sayang sangat sekiranya Asyraf dan Bunga Cinta Lestari mensia-siakan keindahan ciptaan Tuhan seolah-olah ‘hidup menongkat langit’.
Semoga kita semua, Asyraf dan keluarganya mendapat hidayah dari Allah dan kita sama-sama doakan agar saudara-saudara seagama kita yang lain menjadi lebih beriman dan bertambah baik tahun hadapan berbanding tahun 2011 ini.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
nasib ko la ashraf nak sgt orang indonesia..jagalah isteri ko elok2..
nasib ko la ashraf nak sgt orang indonesia..jagalah isteri ko elok2..
Catat Ulasan