Rabu, 14 Disember 2011

10 Tips Pikat Lelaki

By woot woot
On August 17, 2011 At 10:45 am
Category : umum
Responses : No Comments

Tips ini khas untuk perempuan cara-cara bagaimana untuk pikat lelaki. Tetapi ianya tips untuk yang belum berpasangan. Yang sudah berpasangan tu, janganlah cuba memikat orang lain kerana akan hancur leburlah hati pasangan anda itu andai dia tahu anda membuat dirinya sedemikian. Ok? Semoga berjaya!
  1. Sentiasa tersenyum dan jangan bersikap sombong apabila berinteraksi dengan mereka.
  2. Pandai memasak adalah ciri2 utama mengapa lelaki mudah terpikat dengan anda.
  3. Berpewatakan menarik mampu menarik minat mereka.
  4. Jujur dan sentiasa merendah diri.
  5. Lakukan apa yang dia suka dan jangan lekukan apa yang dia tidak suka.
  6. Lelaki sukakan wanita yang suka berterus terang tanpa menyembunyikan sesuatu.
  7. Mempunyai tingkah laku yang baik dan berlemah lembut.
  8. Bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan.
  9. Jangan terlalu mengokong.
  10. Ketika berinteraksi dengan mereka jangan lupa gunakan bahasa tubuh yang anda ketahui seperti mata dan tangan.

Chef Riz Sah Bergelar Suami Ana Dahlia Dengan Sekali Lafaz

Dengan hanya sekali lafaz, Chef Riz atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Redzuawan, 30, kini sah bergelar suami kepada pelakon Ana Dahlia atau nama sebenarnya, Diyana Mastura Jaafar, 28, tepat jam 12.20 tengahari tadi.
Memilih 11 Disember 2011 sebagai tarikh pernikahan, pasangan selebriti ini dinikahkan oleh Naib Kadi Kampung Batu 8, Bendang Siam, Changkat Jering, Taiping, Tuan Haji Nawi Osman dengan mas kahwin sebanyak RM1,001 beserta sebentuk cincin.
Juri program Master Chef Malaysia menerima 15 dulang hantaran daripada pihak perempuan berbalas 10 dulang daripada pihak lelaki.
Sementara itu, Ana Dahlia turut menerima wang hantaran berjumlah RM20,000.
Pasangan mempelai ini mengikat tali pertunangan pada 5 Oktober lalu dan akan diraikan dalam dua majlis resepsi berasingan pada malam ini bertempat di Menara Kamalbina, Taman Tasik, Taiping, Perak.
Manakala, majlis resepsi kedua di sebelah pihak lelaki akan berlangsung di Sungai Koyan, Raub, Pahang pada 18 Disember ini.
Pihak lelaki menerima hantaran berupa dompet, Blackberry, minyak wangi, tali pinggang, set kelengkapan diri, pen, jam tangan, sireh junjung, sepasang baju dan seluar, pemanis dan dua pasang kasut.
Sementara pihak perempuan menerima coklat, kek, minyak wangi, cermin mata, jam tangan, tas tangan, kain lace, sireh junjung, tepak sireh dan buah-buahan.

Jumaat, 9 Disember 2011

Fenomena bulan penuh


Sabtu 10/12/2011 kita akan menyaksikan fenomena gerhana bulan penuh yang akan berlaku pada seluruh negara..hebatnya ciptaan Allah s.w.t...

KUALA LUMPUR: Orang ramai berpeluang menyaksikan fenomena gerhana bulan sepenuhnya antara jam 1.25 pagi dan 7.01 pagi esok, menurut Agensi Angkasa Negara.

Fasa penumbra (P1) akan berlaku pada jam 1.25 pagi namun kesan kenampakan gerhana masih tidak dapat diperhatikan memandangkan bulan merentasi bayang penumbra yang kurang gelap.
"Gerhana yang jelas dapat dilihat semasa bulan memasuki bayang umbra bumi (U1) mulai jam 2.23 pagi sehingga gerhana maksimum berlaku pada jam 4.13 pagi.
"Bulan akan mula keluar dari bayang umbra bumi (U3) pada jam 5.03 pagi dan keluar sepenuhnya dari bayang Bumi (U4) pada jam 6.02 pagi," menurut kenyataan agensi itu hari ini.

Angkasa itu menyatakan bahawa gerhana masih terus berlaku sehingga jam 7.01 pagi tetapi fenomena tertidak dapat disaksikan pada waktu terbabit kerana bulan berada di kawasan bayang penumbra bumi yang kurang gelap. - BERNAMA

Isnin, 5 Disember 2011

Petua Untuk Kecantikan Wanita

Garam mandi bermanfaat untuk kecantikan dan kesihatan tubuh secara keseluruhan. Garam mandian umunya mengandungi 10 kali lebih konsentrasi mineral dibandingkan dengan garam biasa. Berendam dalam garam  boleh membantu tubuh memperbaharui kandungan mineral dalam tubuh, menjaga metabolisme sel kulit, dan membuat anda terasa relaks.

1) Campur 1/2 sudu teh garam ke dalam segelas air mineral. Gunakan untuk membasuh mata yang keletihan.
2) Campurkan garam dengan baking soda dalam jumlah yang sama banyak. Ia berguna sebagai pencuci mulut (berkumur) untuk kesegaran nafas.
3) Campur satu sudu garam dengan air panas untuk merendam kapas. Gunakan kapas untuk menjaram bahagian mata yang bengkak/sembap.
4) Rendam kaki yang keletihan dengan campuran air suam panas dengan segenggam garam. Basuh dengan air sejuk. Kaki akan terasa segar semula.
5) Masih dalam keadaan basah selepas mandi, urutkan tubuh, kaki dan tangan dengan garam. Hasilnya sel-sel mati akan terkeluar dan pusingan sel kulit akan meningkat
6) Campurkan garam secukupnya dengan minyak zaitun. Dengan cara yang lembut dan perlahan dengan tarikan arah atas, urutkan campuran tersebut ke wajah dan leher. Biarkan 15 minit, kemudian cuci. Facial ringkas ini akan menyegarkan tubuh.

Petua Wanita Untuk Tampil Cantik dan Bertenaga

1. Duduk Secara Betul
Duduk dengan cara yang betul memberikan bentuk badan yang menarik dan gambaran anda      berkeyakinan dan bertenaga.  Duduk terlalu lama pada posisi yang tidak betul  boleh menyebabkan sakit tulang belakang. Juga boleh membawa masalah pada paru-paru jantung dan buah pinggang.

2.  Ambil Berat Kesihatan Gigi
Masalah gigi dan bau mulut seringkali menyebabkan seseorang rasa tidak selesa.  Ia mencerminkan tabiat tidak peka pada penjagaan gigi.  Masalah gusi bukan sahaja boleh menyebabkan kerosakan gigi tapi ia juga memberi kesan pada imunisasi bagan.  Jadi beruslah gigi  sekurang-kurangnya 2 kali sehari dan gunakan flos untuk membuang sisa makanan yang terlekat pada gigi.  Jumpalah doktor gigi sekurang-kurangnya 2 kali setahun.

3. Ketawa Penawar Duka
Ketawa boleh meleraikan dan melegakan kekusutan.  Senyum dan ketawa boleh membuatkan seseorang awet muda dan nampak berseri. Pakar perubatan dan psikologi berpendapat ketawa adalah penawar duka.  Ianya juga bertindak sebagai senaman dalaman (internal exercise) yang merangsang sistem saraf dan membantu pernafasan.

4. Kerap Berjalan
Bersenam menyihatkan badan.  Amalan bersenam, seperti berjalan, membantu meningkatkan kesihatan jantung paru-paru dan peredaran darah.  Ia menguatkan otot, tenaga dan melambatkan proses penuaan.  Berjalan 20 minit sehari tiga kali seminggu dapan membantu anda berasa cergas dan sihat dan mencantikkan kulit wajah.

5.Berhenti Merokok
Merokok mempercepatkan proses penuaan.  Namun ianya satu tabiat yang sukar diberhentikan.  Walaubagaimana pun jika anda berjaya memberhentikan tabiat tersebut pasti kulit akan kelihatan lebih cerah dan berseri.  Rambut, baju dan nafas juga tidak lagi berbau asap rokok. Yang pasti tanpa rokok hidup akan lebih sihat dan bertenaga.

6. Kurangkan Alkohol, Teh dan Kopi
Kurangkan pengambilan alkohol, kopi dan teh.  Apabila pengambilannya berlebihan ianya akan membuatkan kita kerap ke bilik air.  Amalan ini membuatkan kulit kering an mempercepatkan kesan garis penuaan, juga menyebabkan kulit bewarna kekuningan.  Kalau boleh cuba kurangkan pengambilan kopi hanya 3 cawan sehari.

7. Makanan Berkhasiat
Secara purata, berat badan wanita berumur lebih 35 tahun ialah 70gram setahun.  Dan mustahil untuk mencapai berat badan yang sempurna tanpa diet mendadak dan bersenam atau mengamalkan pemakanan seimbang.  Kurangkan makanan berlemak tetapi jgn tidak mengambilnya langsung kerana tubuh kita memerlukan kandungan lemak yang bertindak untuk meningkatkan penghasilan estrogen, iaitu bahan yang diperlukan untuk membuatkan wanita tampak muda.  Diet yang mendadap pada pertengahan usia boleh memudaratkan jasmani dan mental wanita.

8.Makanan Tambahan
Vitamin dan mineral  penting sebagai makanan tambahan.  Untuk memudahkan pengambilannya, dapatkan yang berbentuk pil yang mengandungi 10-12 jenis mineral dan 11-12 jenis vitamin.

9.Tidur Yang Mencukupi
Manusia memerlukan tidur 8 jam sehari.  Masa inilah minda dan tubuh kita direhatkan, sel kulit diperbaiki dan minda bersedia untuk kegiatan keesokan harinya.  Untuk menjamin tidur yang lena, jangan makan hingga larut malam. Pastikan tingkap terbuka untuk udara bersih yang bebas keluar masuk. Semburkan pewangi supaya tidur anda nyaman dan selesa.

Petua Untuk Wanita Tampil Menawan

1. Jangan Keterlaluan
Anda tidak perlu mengenakan solekan yang keterlaluan untuk kelihatan cantik kerana is akan mencacatkan penampilan anda. Oleh itu, elakkan memakai penggaris mata yang terlalu gelap dan tebal kerana anda akan kelihatan keterlaluan dan merosakkan solekan anda. Selain itu, memakai maskara juga perlu bersesuaian dengan mata. Memakai terlalu banyak maskara menyebabkan bulu mata anda kelihatan seperti palsu. Begitu juga dengan bedak asas, is perlu sesuai dengan warna kulit muka. Jika tidak, wajah akan kelihatan terlalu gelap atau terlalu cerah daripada warna sebenar kulit anda. Jangan keterlaluan ketika mengenakan solekan agar wajah anda akan kelihatan cantik semulajadi.

2. Mengenakan Gincu dengan Betul
Mengenakan gincu perlu disesuaikan dengan bentuk bibir dan warna kulit. Agar sapuan gincu kelihatan cantik, terlebih dahulu gariskan bibir anda dengan penggaris bibir agar ia terbentuk dengan sempurna dan pastikan garisan bibir tersebut tidak kelihatan. Jangan mengenakan garisan di luar bibir jika mahu bibir anda kelihatan tebal kerana ia akan nampak tidak semula jadi.

3. Sesuaikan solekan dengan majlis yang dihadiri
Menghadiri sesuatu majlis atau sebarang aktiviti memerlukan anda mengenakan solekan yang berbeza. Oleh itu, anda perlu bijak dalam mengenakan solekan agar anda tidak akan kelihatan pelik ketika menghadiri majlis atau aktiviti tersebut.
Amat tidak bersesuaian untuk anda jika mengenakan solekan yang tebal untuk melakukan aktiviti riadah di tepi pantai. Selain itu, anda perlu bijak membezakan antara solekan siang dan solekan malam.

4. Jangan ragu-ragu mengenakan solekan
Ada wanita yang masih ragu-ragu untuk mengenakan sebarang solekan kerana khuatir akan kelihatan pelik atau keterlaluan. Usah bimbang kerana anda hanya mulakan dengan solekan yang nipis dan gunakan warna yang lembut. Mengenakan solekan yang nipis lebih baik daripada tidak mengenakan sebarang solekan langsung.

5. Mengenal pasti keseluruhan penampilan anda
Penting untuk anda mengenal pasti apa yang bersesuaian dengan warna kulit, rambut dan juga bentuk muka dan badan. Pilih solekan yang sesuai dengan warna kulit agar ia kelihatan semula jadi. Contohnya, jika berkulit gelap, anda perlu mengenakan solekan dengan warna yang gelap. Selain itu, kenal pasti jenis kulit anda sama ada berminyak atau kering. Kulit yang berminyak memerlukan anda memakai pelembab yang mengawal minyak.

6. Memilih warna rambut yang sesuai
Sama seperti solekan, warna rambut juga perlu disesuaikan dengan warna kulit anda. Warna kulit yang cerah perlu disesuaikan dengan mewarnakan rambut dengan warna yang cerah begitu juga sebaliknya.

7. Sentuhan Terakhir
Setelah mengenakan solekan dengan sempurna, pastikan anda sentiasa touch up agar solekan anda tidak hilang atau pudar.

· · Share

Petua Solekan Untuk Wanita Bertudung

1. Bersihkan wajah anda terlebih dahulu. Gunakan bedak asas dengan warna yang sesuai dengan jenis kulit.

2. Untuk bahagian mata, guna pembayang mata (eye-shadow) berwarna coklat pada kelopak mata, dan penggaris mata berwarna hitam pada lingkaran mata atas dan bawah.

3. Untuk menambahkan seri mata, sapukan maskara. Cara yang berkesan ialah membiarkan mata terbuka bagi memudahkan pemakaiannya. Teknik solekan ini untuk menghasilkan mata yang lebih galak dan ceria.

4. Sapukan pemerah pipi berwarna coklat pada tulang pipi dengan mengarah ke atas secara tipis untuk kesan semulajadi.

5. Gunakan gincu berwarna lembut dan diakhiri dengan pengilat bibir agar senyuman tampak lebih menawan.