Rabu, 4 Januari 2012

Tembusi Dunia Muda Bersama Samsung Galaxy Y


Tembusi Dunia Muda Bersama Samsung Galaxy Y
KL, 22 DIS 2011: Sama ada ingin mencuba untuk memastikan diri anda sentiasa terdedah dengan maklumat terkini atau mempunyai keinginan untuk berkongsi, Samsung Galaxy Y bersiap sedia memberi suntikan impuls tersebut.
Dengan reka bentuk kompak, gajet bersaiz 11.5 mm ini, dioptimumkan bersama cip pemprosesan 832MHz, berkelajuan muat turun sehingga 7.2Mbps dan skrin sentuh TFT 3 inci.
Model ini juga didatangi dengan 5 warna berlainan untuk penutup belakang, menjadikan rekabentuknya lebih ceria dan boleh menarik perhatian. Lima warna tersebut ialah putih, perak, hitam, oren dan merah jambu.
Teknologi Ini membolehkan anda menggunakan pelbagai aplikasi dan pemainan video percuma mahupun berbayar di Android Market, Samsung App termasuklah ChatOn, Angry Birds mahupun Fruit Ninja.
Istimewa untuk pemilik Samsung Galaxy Y, Gameloft Games telah menyediakan permainan percuma untuk 20 000 muat turun pertama.
Samsung Galaxy Y juga boleh berinteraksi dengan aplikasi Cooltone yang ketika ini boleh didapati di laman sosial Facebook.
Nikmati kepelbagaian muzik, gambar dan video bersama-sama dengan Galaxy Y. Ia didatangkan khas dengan sistem penyimpanan dalaman 180MB dan 2GB kad memori microSD yang boleh ditambah sehingga 32GB.
Sebuah telefon pintar tidak lengkap tanpa sebuah kamera. Galaxy Y dilengkapi dengan kamera 2MP yang dapat menangkap gambar bersaiz 1600x1200 dan merakam video berkualiti QVGA (320x240) pada 15fps.
Galaxy Y dijalankan dengan sistem operasi Android 2.3.5 Gingerbread yang merupakan sistem operasi atau OS terbaru untuk telefon pintar Android di pasaran sekarang. Jadi anda dapat menikmati kelajuan dan kebolehan sepenuhnya yang ditawarkan oleh Google dan Samsung.
Pada harga yang amat berpatutan iaitu RM499, Galaxy Y mendahului pencabar terdekatnya dengan kombinasi perkakasan dan perisian yang tiada tandingan. Kepada golongan belia yang ingin berada di hadapan, telefon pintar Samsung Galaxy Y adalah teman terbaik buat anda.

Fasha Sandha Akui Nikah Tahun Ini


Fasha Sandha Akui Nikah Tahun Ini
KL, 3 JAN 2012: Sana sini orang asyik bercerita mengenai pelakon jelita Fasha Sandha yang bakal menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi.
Dalam orang berteka teki, Murai Batu mendapat tahu sememangnya Fasha Sandha telah membuat pengakuan kepada teman Murai Batu bahawa dia bakal bernikah tahun ini, cuma tarikhnya masih belum mahu diumumkan.
Bukan mahu menarik tali, sebaliknya Fasha Sandha belajar dari pengalaman lalu, apabila sesuatu perkara dihebah-hebahkan, akhirnya tidak menjadi, dia juga yang malu. Lantas bisik teman Murai Batu, memang benar Fasha akan bernikah tahun ini, cuma menunggu masa yang sesuai untuk diberitahu umum.
Malah Fasha juga tidak berniat mahu membuat sidang media pengumumam perkahwinannya, ada cara tersendiri akan dilakukan untuk memberitahu mengenai hari bahagianya nanti.
Kalau mahu dirisik mengenai persiapan kesemuanya telah pun diatur secara berperingkat dan khabarnya kedua-dua pasangan semakin tidak sabar untuk menempuh kehidupan baru.
Memandangkan Fasha juga tahun ini telah melangkah usia 28 tahun, bagi Murai Batu memang molek sangat jika mahu berumahtangga.
Doa Murai Batu, semoga Fasha dan Jejai akan dapat mengakhiri percintaan mereka ke jinjang pelamin sehingga ke akhir hayat. Ketepikan sahaja segala kata-kata yang membenci anda, pastinya akan berjaya.
MURAI BATU: Tidak Sabar Menunggu Kad Jemputan Hari Bahagia Fasha Dan Jejai

Sherry Merlis Pilih Ash Sebagai Pasangan Hidup


addthis kongsi icon
Sherry Merlis Pilih Ash Sebagai Pasangan Hidup
KL, 3 JAN 2012: Tanpa publisiti berlebihan pelakon Sherry Merlis selamat diijabkabulkan bersama vokalis kumpulan Gabba Gabba iaitu Ash, Ahad lalu.

Murai Batu dengar majlis tersebut selamat diadakan di Madrasah Islahiyah Addiniyah, Taman Ibu Kota, Kuala Lumpur dan dihadiri hampir 100 orang tetamu. Lebih manis lagi pasangan tersebut dinikahkan oleh bapa Sherry sendiri iaitu Wan Zainal.

Pada majlis tersebut khabarnya pihak lelaki menyerahkan sejumlah wang hantaran dan mas kahwinRM 200 berserta tiga dulang hantaran yang terdiri daripada sirih junjung, cincin dan manisan.

Ia dibalas lima dulang hantaran oleh pihak perempuan yang terdiri daripada sirih junjung, sebuah kitab Al-Quran, manisan, cincin dan kek.

Hanya bercinta selama enam bulan, Murai Batu memujilah kedua-duanya kerana enggan melenggahkan untuk disatukan.

Perkahwinan tersebut merupakan yang kedua buat mereka, kerana sebelum ini Sherry pernah mendirikan rumahtangga bersama pelakon Esma Daniel manakala Ash juga pernah berkahwin bersama pengacara Melodi, Dira Abu Zahar.
MURAI BATU: Dengarnya Lebih Ramai Lagi Artis Akan Berkahwin Dan Berpisah Tahun Ini

10 Artis Wanita Tercantik Malaysia Bila Bertudung

1. Fazura

2. Tiz Zaqyah

3. Fouziah Gous

4. Erra Fazira

5. Neelofa

6. Nora Danish

7. Lisa Surihani

8. Maya Karin

9. Fasha Sandha

10. Dato’ Siti Nurhaliza

Semoga satu hari nanti akan terbuka pintu hati mereka untuk terus bertudung, InsyaAllah. 
Yang penting niat kena ikhlas, bukan bertudung kerana ikut trend ataupun sekadar 
nak dapatkan perhatian media sahaja. Sama-sama kita doakan.

ps suka no 7 .dan 10. korang pulak ? 

sumber

Hasnah Ibrahim Wanita Islam Malaysia Yang Sudah Murtad

Hasnah Ibrahim Wanita Islam Malaysia Yang Sudah Murtad..

Astaghfirullaaahh…,
Walaupun kisah ini sudah lama berlalu.., namun kita harus menjadikan ianya sebagai satu iktibar khususnya kepada umat islam negara ini yang semakin tercabar mendepani gejala murtad..!
Kisahnyaa… Hasnah Binti Ibrahim anak keluarga melayu islam yang susah dan hidup penuh kedaifan dalam keluarga miskin.
Hasnah mempunyai 12 orang adik beradik. Namun begitu beliau dikurniakan Allah kecerdikan dan berjaya dalam alam persekolahannya. Mengikut cerita Hasnah pada video klip dibawah ini, beliau ditawarkan BIASISWA kerajaan Malaysia untuk melanjutkan pelajarannya diluar negara.
Selepas itu, Hasnah berhasrat untuk menuntut di England tetapi telah ditawarkan meneruskan pengajiannya di Kansas State University USA. Maka disinilah Hasnah mengenali kehidupan penuh cabaran Manhattan yang sangat terkenal dengan underground Christian Missionaries…
beliau akui bahawa sewaktu di Kansas University, seorang pelajar bernama Robin sering “mendekati” beliau untuk menceritakan mengenai Jesus.. Malah Hasnah sebut Robin telah “di ajar” untuk How To Look For Those Who Need JESUS…!!

Disini disertakan pengucapan hasnah dihadapan ribuan tetamu kristian
Kalau ikut kan dah ramai orang melayu muslim dah murtad, dah keluar dari Islam. Tapi undang-undang malaysia tak boleh nak halang. Apa boleh buat??? Perlembagaan kita dari dulu lagi  dah ambil pakai undang-undang Lord Reid, undang-undang mat saleh jugak yang di agung-agungkan. Cuba gantikan Reid tu kepada Hudud.. Tak boleh ke??
Nauzubillah.

Ariff Alfian Pelajar Luar Negara Melayu Pertama Kahwin Lelaki Sejenis


Kehilangan sejak 3 tahun lalu dari tahun 2009 yang mana seorang pelajar Malaysia di Dublin iaitu Ariff Alfian Rosli, pelajar perubatan tajaan Petronas yang tidak dapat dihubungi keluarganya terbongkar. Ariff difahamkan dalam laman blognya  telah membuat artikel mengenai perkahwinannya dengan Jonathan, seorang lelaki warga Dublin. Akibatnya ianya mendapat liputan luas diserata Malaysia apabila dia telah memalukan agama Islam dan warga Malaysia keseluruhannya.

Apatah lagi adat sebagai orang melayu telah ditonjolkan sebagai dirinya dalam majlis perkahwinannya itu apabila berpakaian kemas seperti perkahwinan orang melayu di Malaysia, ianya telah dianngap sebagai amat menjatuhkan air muka sebagai orang melayu.

Untuk info, ayah Ariff, iaitu Rosli Haron dan isteri telah 8 kali pergi ke Dublin untuk mencari anaknya namun tidak berjaya. Dan kini apa yang ditakuti oleh ayah Ariff yang anaknya terlibat dengan pergaulan bebas serta hubungan sejenis menjadi kenyataan dengan khabarnya dia telah berkahwin sesama kaum sejenis telah tersebar dan ianya khabar yang memalukan buat keluarga Ariff sendiri.

Tambahan pula, pihak Petronas telah pun menyaman ayah Ariff selaku penjamin pertama bagi menuntut kembali wang pengajian RM890,000 yang telah dilaburkan kepada Ariff sebagai seorang pelaja kerana gagal mengikuti syarat-syarat ditetapkan.

Sesungguhnya, kita sebagai umat biasa tiada hak untuk menghukum dirinya tentang perlakuannya ini, kita hanya mampu sedekahkan doa semoga Ariff mendapat petunjuk hidayah akibat perlakuannya ini, dan dari itu dapat menyedarkan dirinya sendiri agar menemui jalan lurus sebagai umat islam sebenar dan semoga diredhai Allah hendaknya kelak.

Amalina Che Bakri Berubah Akibat Kejutan Budaya


Pelajar cemerlang SPM tahun 2005, Nur Amalina Che Bakri yang berasal dari Johor dahulunya yang pernah dianugerahkan pelajar cemerlang SPM bagi tahun 2005 yang juga memperolehi keputusan 17A1 dikatakan telah berubah dek kerana ‘kejutan budaya’ . Amalina dikatakan ‘berubah’ setelah menjalani kehidupan baru sebagai penuntut tajaan kerajaan di United Kingdom. Kehidupannya yang hangat diperkatakan ketika ini di laman jaringan sosial setelah tersebarnya gambar-gambar ‘posing maut’ nya di laman sosial facebook dan twitter.




PS: Apa-apapun, sekiranya benar tentang hal yang hangat diperkatakan ini di facebook, blog, twitter dsb, kita doakan agar Amalina Bakri diberi hidayah dan kembali ke pangkal jalan.