Memaparkan catatan dengan label sabah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sabah. Papar semua catatan

Ahad, 17 November 2013

PANAS!! Pemandu Peribadi dedahkan Shafie Apdal Bayar RM100K setiap kali jumpa Zahida Rafik



KUALA LUMPUR 18 April: Pemandu peribadi pelakon terkenal, Zahida Rafik mendedahkan skandal Menteri Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Shafie Apdal dalam satu laporan polis pada 13 Mac lalu.

Noor Azman Azemi, 38, yang bekerja sebagai pemandu peribadi Zahida sejak tiga tahun lalu mendedahkan skandal itu dalam laporan polis terhadap Zahida yang menuduhnya melarikan wang RM200,00 milik Zahida.
Tuduhan Zahida terhadap Noor Azman itu pernah dilaporkan sebuah akhbar pada 3 Mac lalu.

Menceritakan dalam laporan itu, Noor Azman berkata, ketika berada di rumahnya di Flat PKNS Ampang, beliau didatangi (tidak dinyatakan tarikh) beberapa orang termasuk dua orang yang memperkenalkan diri mereka sebagai anggota polis yang bernama Hafiz dan Raj.

“Saya diminta Datuk Shafie Apdhal untuk bekerja sebagai pemandu peribadi kepada Zahida untuk memastikan gerak-geri Zahida dapat dipantau. Datuk Shafie dan Zahida mempunyai hubungan intim antara satu sama lain.

“Sayalah antara orang kepercayaan yang dipercayai. Walaubagaimanapun saya diminta Datuk untuk melaporkan segala langkah Zahida kepada Datuk.

“Datuk akan berjumpa dengan Zahida (saya akan memandu dan berurus dengan pemandu Datuk Shafie) secara rahsia di mana-mana hotel sekitar Kuala Lumpur setiap minggu. Pada setiap kali perjumpaan itu Datuk akan menyerahkan wang tunai antara RM100,000 hingga RM200,000.

“Wang tunai tersebut kemudiaanya akan dibawa ke bank oleh saya dan Zahida untuk dimasukkan ke dalam akaun Maybank Zahida di Menara Perkeso Jalan Ampang.

“Pada tarikh 29 Februari 2012, saya tidak diberi apa-apa wang secara tunai dan secara biasa saya tidak pernah diberi wang tunai jumlah besar untuk dimasukkan ke dalam bank tanpa ditemani Zahida.

“Saya hanya dibayar jumlah RM25,693 untuk pembayaran ansuran dua buah kereta mewah dan sebuah banglo di Bukit Indah kepunyaan Zahida,” katanya dipetik dalam laporan polis yang didedahkan oleh Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin di lobi Parlimen hari ini.

Zuraida seterusnya berkata, berdasarkan siasatan yang dilakukannya terdapat beberapa transaksi yang dilakukan menteri itu kepada Zahida di antara Oktober 2011 hingga Januari 2012.

“Pada bulan Oktober 2011 sahaja ada dua transaksi iaitu RM36,000 dan RM26,000. Maknanya pada bulan itu sebanyak RM58,000 tunai yang diambil Noor Azman untuk dimasukkan ke dalam akaun Zahida Rafik.

“Pada November 2011 pula terdapat RM118,000 dan pada Disember pula terdapat RM333,000. Pada Januari 2012 RM510,000. Kalau saya jumlahkan kesemuanya ia lebih kurang RM1.4 juta dalam masa empat bulan menteri itu berikan tunai kepada Zahida Rafik,” katanya.

Selain itu, Zuraida mendedahkan Zahida mempunyai sebuah kereta mewah jenis BMW 6 Series ,Porshe, Toyota Harrier dan juga rumah bernilai RM2.9 juta.

Zuraida kemudiannya mempersoalkan bagaimana menteri itu memperolehi wang tunai sebanyak itu.

“Sebagai menteri beliau bertanggung jawab kepada rakyat Malaysia untuk menjelaskan dari mana sumber wang itu diperolehi untuk diberikan kepada Zahida,” katanya.


Pada 3 Mac lalu, akhbar melaporkan pelakon Zahida Rafik kerugian RM200,000 dilarikan pemandunya selepas diarah memasukkan wang berkenaan ke dalam akaun banknya.

Pelakon kacukan Melayu-Pakistan itu turut menjadi bahan bualan di laman blog beberapa tahun lalu apabila digosipkan berkahwin dengan Shafie di luar negara -Keadilandaily


Berikut pula dari Malaysiakini..
PKR persoal 'bayaran RM1.5j' menteri pada artis wanita

PKR hari ini mengetengahkan laporan polis mendakwa terdapat seorang menteri pusat membayar sehingga RM1.5 juta kepada seorang pelakon wanita popular dalam tempoh empat bulan "hubungan intim" mereka.

Laporan polis itu didakwa dibuat oleh Noor Azman Azemi, 38, pada 13 Mac di balai polis Ampang selepas artis itu dikatakan mendakwnya melarikan diri dengan wang sebanyak RM200,000.

Saudaranya dikatakan memberikan salinan itu kepada anggota parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin yang kemudiannya mendedahkan kandungannya kepada pemberita di lobi Parlimen dan mempersoalkan sumber dana menteri itu.

Zuraida mendakwa artis itu menerima RM58,000 pada Oktober lalu, RM112,000 pada November, RM330,000 pada Disember dan RM510,000 pada Januari tahun ini.

Skandal Shafie Apdal

SHAFIE APDAL DAN ZAHIDA RAFIK DIDESAK HENTI LAKONAN DAN KEMUKAKAN PENYATA ASAL AKAUN - JINGGA 13.



Zahida Rafik sebelum ini menafikan dakwaan yang mengatakan beliau pernah menerima wang yang mencecah ke angka juta dari Menteri UMNO,Shafie Apdal...

Bukan sekadar menafikan penerimaan wang tersebut malahan Zahida Rafik membuat kenyataan yang kurang bijak apabila menafikan beliau mengenali Shafie Apdal...


Penafian yang agak bodoh itu adalah sama seperti Najib
menafikan yang beliau mengenali Altantuya sedangkan bapa Altantuya mendakwa beliau pernah ditunjukkan sekeping gambar Najib Razak bersama Altantuya sebelum Altantuya datang ke Malaysia dan dibunuh kemudiannya diletupkan dengan bom tentera "C4".

Sedangkan Shafie Apdal lah yang membayar gaji seorang pemandu peribadi (Noor Azman Azemi) supaya menjadi pemandu peribadi Zahida Rafik...
BACA SINI

Sebenarnya...
pendedahan ini dilakukan kerana PKR ada bukti kukuh...
termasuklah penyata kemasukan wang ke akaun Zahida Rafik...
jadi,memandangkan penafian demi penafian terus dilakukan oleh kedua-dua individu ini...
maka eloklah kiranya mereka mendedahkan penyata akaun bank Zahida Rafik sebagai bukti kepada penafian mereka....

Dan perkara ini juga turut di desak oleh NGO Jingga 13...


SKANDAL SHAFIE APDAL DAN ZAHIDA RAFIK : JINGGA 13 CABAR ZAHIDA KEMUKAKAN BUKTI PENYATA AKAUN BANK

JINGGA 13 MENYELAR penafian Zahida yang terus menerus menafikan tuduhan yang melibatkan Naib Presiden UMNO , Datuk Seri Shafie Apdal tanpa disertakan sebarang bukti yang kukuh. Penafian demi penafian dari kedua dua belah pihak tidak konsisten dan masih tiada fakta.

Bekas pemandu kepada pelakon Zahida Rafik telah tampil di media dan telah mengaku bahawa beliau pernah menemani aktres itu untuk memasukkan duit berjumlah RM1 juta yang didakwa diberikan oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Shafie Apdal. 

Malah Noor Azman juga telah mengatakan bahawa sepanjang tiga tahun bekerja beliau kerap membawa pelakon jelita itu untuk memasukkan duit yang didakwanya daripada Shafie ke dalam bank.

Sehingga hari ini, diberitakan Dato Seri Shafie Apdal masih mendiam diri terhadap segala kenyataan yang didedahkan oleh bekas pemandu Zahida yang pernah dituduh membawa lari duit sebanyak RM200,000 milik Zahida.

JINGGA 13 MENCABAR aktres Zahida Rafik untuk mengemukakan salinan sah penyata akaun bank yang didakwa dimasukkan wang yang datang dari Dato Seri shafie Apdal. 

Jika benar itu adalah hasil dari lakonan dan majlis peragaan fesyen dan bukan dari pemberian Menteri Pembangunan Luar Bandar merangkap Naib Presiden UMNO , Zahida wajib mengemukakan resit pembayaran untuk setiap transaksi yang berkaitan.

JINGGA 13 mendesak agar Zahida Rafik atau Dato Seri Shafie Apdal supaya menghentikan segala lakonan dan membohongi rakyat yang mahukan kebenarannya. 

PENAFIAN bahawa Zahida Rafik tidak mengenali Dato Seri Shafie Apdal sangat melucukan banyak pihak. Sebagai seorang pelakon, Zahida tidak perlu melengkapkan 'skrip' yang dilihat menampilkan kebodohan diri sendiri.

Justeru,  penting disini untuk Zahida Rafik dan Dato Seri Shafie Apdal menjelaskan perkara sebenar , rakyat miskin pasti teruja dengan sikap pimpinan UMNO yang sanggup berbelanja mewah untuk artis melibatkan jutaan ringgit tanpa rasa bersalah dan menimbulkan persoalan daripada manakah wang sebanyak itu diperolehi sama ada oleh Zahida Rafik atau Dato Seri Shafie Apdal.


MUAFAKAT*PRIHATIN*BERANI 

Afy Adriamie
Timbalan Setiausaha JINGGA 13 
Malaysia.