Memaparkan catatan dengan label Harimau muda memanggang garuda. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Harimau muda memanggang garuda. Papar semua catatan

Selasa, 22 November 2011

Balasan pada Garuda yang rata2nya Indonesia menganak tirikan pasukan Harimau Muda Mlaysia



Berbagai dugaan yang di terima Atlet kita di Sukan
SEA indonesia. Seperti yang kita tau, Atlet dalam
sukan lain tidaklah sehebat dugaan yang terpaksa
di hadapi skuad BolaSepak HARIMAU MUDA kita.
Mereka di cemuh, Mereka terpaksa berlatih di
gelanggang tenis dan berdekatan hotel kerana tidak
mendapat layanan yang sebaiknya di sana. Mereka
di hina, di serang dan bila bermain di padang
dengan Negara lain HARIMAU MUDA akan di ejek
dan sebaliknya pula pihak lawan. Bila selesai
perlawanan, mereka di serbu hingga keselamatan
mereka di sana sering di ganggu dan terpaksa
mendapat kawalan tentera menaiki kereta perisai
baracuda seperti mereka tahanan perang.
Penyokong sana sering merendahkan Harimau
Muda, Tertawa melihat kita bersedih dan benci jika
kita Gembira. Lagu Negaraku dan Jalur Gemilang
tidak di Hormati malah di hina dan di keji. Sewaktu
separuh Akhir Jurulatih kita yang di gantung 1
perlawanan tidak di benarkan meraihkan
kemenangan dan kegembiraan bersama Anak
Buahnya untuk sama2 meraikan kemenangan
yang melayakkan ke Final. Langsung tiada belas
kasihan dan sifat nurani. Dari peringkat kumpulan
sehinggalah indon tewas ayat 'Maling' sering di
sorak demi melunturkan semangat Harimau Muda
namun Hati pejuang kita tabah menghadapi hingga
menewaskan indon dan Malaysia di kawal lagi
keluar stadium dan seperti biasa yang kita dengar
kereta perisai Baracuda jadi kenderaan ke tempat
berehat. Bermacam2 bentuk provokasi penyokong
sana hingga ke Final Harimau Muda Masih cekal
dan tabah menghadapi dengan jiwa yang tenang.
Awalnya mereka tertewas namun atas Semangat 1
Malaysia, Harimau bangkit dan berjuang Habis-
habisan sehingga Menjulang pingat yang di Idam
pihak sana. Dugaan tidak habis di situ, bila kita
mendapat kemenangan datang pula pihak yang
menganggu di saat Jiwa Harimau Menyambut
kemenangan untuk memeriksa dan melakukan
ujiang air kencing pada skuad Harimau mungkin
dengan tujuan untuk membatalkan Emas yang               
Inginkan namun tidak sampai setelah tewas di
hadapan mata para-para si iri hati. Memalukan
namun itulah kenyataan yang mereka tidak dapat
menerima kenyatan. Berkat kesabaran Atlet dan
skuad Harimau Malaya akhirnya keegoan dan
dendam di patahkan. Atas doa dan semangat yang
berjiwa NEGARAKU, MALAYSIA TANAHAIR KU,
TANAH TUMPAHNYA DARAHKU, ALLAH
memberikan Malaysia kemenangan Rohani dengan
mendapat Emas yang menyatukan 1 Malaysia dari
seluruh dunia dan juga Ummah di TANAH
TUMPAHNYA DARAHKU! MALAYSIA BOLEH!!
Syukur ALHAMDULILLAH, Terima Kasih Apek,
Muslim, Fadhli, Mahali, Asra, Irfan, Fandi, Nazmi,
Badrol, Azwari, Guru, Arasu, IzzaQ, Yong, Fakri,
Ong kim swee juga yang terlibat di padang dan
Semua Hati Harimau Malaya yang setia!
We are the Champion!
Allah maha besar..
Allah Maha Adil,
Allah Maha melihat, dan
Allah jualah yang memberi Rahmat..
Pemberian Allah pada mereka sabar, Kemenangan
bermaruah dan Kenangan Manis bersama Rakyat
Malaysia Yang takkan di Lupa!
Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah..Syukur
yang terhingga pada..
ALLAH AZZA WAJALLA ♥
Sejahtera Malaysia!!
Amin Ya Rabbil Al'amin Ar-Rahman Nir-Rahim ♥
Assalam buat Muslim dan Salam sejahtera pada
Agama lainnya.
SAYA CINTA MALAYSIA♥
Demi ALLAH.


Skuad Harimau Muda disambut meriah

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
Ketua jurulatih kebangsaan, Ong Kim Swee, Fadhli Shas dan penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat bersalam dengan peminat sejurus tiba di LCCT. Foto: MOHD FADLI HAMZAH
Ketua jurulatih kebangsaan, Ong Kim Swee, Fadhli Shas dan penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat bersalam dengan peminat sejurus tiba di LCCT. Foto: MOHD FADLI HAMZAH
SEPANG: Skuad Harimau Muda negara yang merangkul emas dalam acara bola sepak Sukan SEA ke-26 Indonesia di Jakarta malam tadi, disambut meriah sejurus tiba di Lapangan Terbang LCCT di sini hari ini.
Kira-kira 1,000 penyokong berada di lapangan terbang itu untuk menyambut pasukan negara yang tiba pada 7.30 pagi dengan pesawat khas dari Jakarta.

Malaysia menundukkan Indonesia 4-3 melalui penentuan sepakan penalti setelah terikat 1-1 dalam perlawanan penuh dan masa tambahan pada perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Utama Gelora Bung Karno malam tadi.

Kejayaan itu sekaligus membolehkan negara mempertahankan emas yang dimenangi di Laos dua tahun lepas.


Turut mengiringi skuad kebangsaan pulang ialah Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek serta beberapa pegawai Majlis Sukan Negara (MSN).

Skuad negara akan menentang Syria pada perlawanan kelayakan Olimpik di Stadium Nasional Bukit Jalil esok.

Sementara itu, jurulatih Ong Kim Swee berkata walaupun pelbagai rintangan dihadapi di Indonesia, namun semangat membara semua pemain dan pegawai menyebabkan mereka berjaya mengharunginya.

"Semangat inilah yang perlu ditunjukkan pasukan kita ketika menentang Syria," katanya kepada pemberita setibanya di lapangan terbang. -- BERNAMA





 tampil selaku kapten Harimau Muda, tugas dan tanggungjawab Baddrol Bakhtiar dianggap lebih besar berbanding rakan- rakan sepasukannya. Tambahan pula, Baddrol merupakan antara pemain senior yang masih membarisi skuad bawah 23 tahun (B-23) negara bagi menghadapi temasya Sukan SEA kali ini.
Justeru, pengalaman Baddrol serta lima lagi rakannya - Mohd. Asraruddin Putra Omar, Mohd. Muslim Ahmad, Mahali Jasuli, Ahmad Fakri Saarani dan K. Gurusamy - ketika membantu skuad negara memenangi pingat emas pada Sukan SEA 2009 di Laos, amat di- tagih barisan pemain Harimau Muda bagi menghadapi Indonesia di pentas final malam ini.
"Ini perlawanan yang cukup penting bagi kami untuk mempertahan- kan pingat emas yang dimenangi di Laos dua tahun lalu. Hanya selang- kah lagi untuk kami sekali lagi bergelar juara.
"Buat masa ini, para pemain negara cukup komited
dan fokus bagi menghadapi aksi final.
"Walaupun agak keletihan kerana terpaksa mengharungi jadual padat tetapi mereka tetap bersemangat.
"Saya lihat, moral pemain-pemain muda negara semakin meningkat sejak perlawanan pertama lagi.
"Situasi ini baik untuk pasukan kerana kami kini semakin hampir untuk meraih emas," jelas Baddrol kepada Kosmo! semalam.


Pemain itu menambah, kehadiran beberapa pemain berpengalaman dalam skuad negara kali ini mampu memberi impak lebih berkesan untuk menghadapi Indonesia malam ini.
"Selain saya, skuad negara memiliki tiga lagi pemain pertahanan yang pernah beraksi pada final (menentang Vietnam) Sukan SEA 2009. Pengalaman mereka cukup penting bagi menghadapi aksi final esok (malam ini).
"Bagaimanapun, final kali ini sudah pasti berbeza dengan final di Laos. Paling ketara dari segi penon- ton kerana Indonesia sudah pasti akan mendapat sokongan padu daripada penyokong sendiri.
"Jadi, saya harap dengan adanya pemain-pemain yang pernah beraksi pada final di Laos serta final Piala Suzuki AFF tahun lalu, dapat membimbing pemain-pemain muda yang kali pertama beraksi dalam saingan final," jelasnya.
Baddrol bernasib baik kerana dapat beraksi malam ini sekalipun dia telah dilayangkan dua kad kuning.
Kad kuning pertama dikutip ketika menentang Indonesia dalam aksi terakhir Kumpulan A (17 November) sebelum dia turut mengalami nasib yang sama ketika berdepan Myanmar pada saingan separuh akhir kelmarin.
Bagaimanapun, Baddrol masih 'bebas' daripada dikenakan penggantungan satu perlawanan kerana kad kuning yang diterima pada perlawanan peringkat kumpulan, tidak lagi diambil kira selepas saingan kalah mati.
Menyedari peluang melakar seja- rah tersendiri dengan memenangi pingat emas Sukan SEA buat kali berturut-turut semakin terbuka, Baddrol turut menyimpan hasrat untuk menjaringkan gol malam ini.
"Sudah semestinya saya mahu menjaringkan gol pada aksi final. Namun, itu bukan misi utama saya, yang penting pasukan negara muncul juara," katanya yang telah merekodkan tiga gol pada Sukan SEA 2011 setakat ini.

Terkaman Apex ( khairul fahmi ) n Tuah Badrol di akhir penalti..


E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
MEGAH...pemain negara meraikan kejayaan pertahan emas Sukan Sea, malam tadi.
MEGAH...pemain negara meraikan kejayaan pertahan emas Sukan Sea, malam tadi.
SEPASANG tangan emas, Khairul Fahmi Che Mat sambil dibantu tuah sepakan penalti kemenangan kapten, Baddrol Bakhtiar memastikan Malaysia membawa pulang ‘ibu segala emas’ Sukan Sea Indonesia selepas menewaskan tuan rumah 4-3 menerusi sepakan penalti pada aksi final, semalam.

Pada penentuan sepakan penalti apabila kedudukan terikat 1-1 selepas beraksi selama 120 minit, penjaga gol Khairul Fahmi menyelamatkan sepakan penalti kelima Indonesia, Ferdinan Sinaga ketika kedudukan 3-3.

Sepakan penalti terakhir negara oleh Baddrol cuba ditangkap penjaga gol Indonesia, Kurnia Mega namun bola tetap melepasi garisan gol untuk memastikan Malaysia mengekalkan pingat emas yang dimenangi dua tahun lalu di Laos.
Malah kejayaan skuad kendalian Ong Kim Swee itu mengulangi pencapaian kejuaraan dua kali berturut-turut pada 1977 dan 1979.

Indonesia yang mendapat sokongan padu lebih 100 ribu penyokong yang membanjiri Stadium Gelora Bung Karno melakukan asakan awal ke kubu negara di babak pertama.

Selepas percubaan penyerang Papua, Titus Bonai diselamatkan penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat pada minit kedua, gawang negara akhirnya dibolosi menerusi tandukan, Gunawan Dwi Cahyo hasil sepakan sudut dua minit kemudian.

Malaysia kemudian bangkit menyamakan kedudukan apabila larian kapten, Baddrol Bakhtiar ke dalam kotak penalti disusuli hantaran lambung berjaya disempurnakan Mohd Asraruddin Putra Omar yang merebahkan badan untuk menanduk masuk bola ke gawang Indonesia pada m-35.

Bersambung babak kedua, Malaysia hampir di depan apabila serangan pantas yang dijana Irfan fazail gagal disudahkan dengan baik penyerang Ahmad Fakri Saarani biarpun hanya berada dalam situasi satu lawan satu dengan Kurnia Meiga.
Kegagalan kedua-dua pasukan mencipta jaringan menyaksikan permainan berlanjutan ke masa tambahan. Kedudukan tetap kekal 1-1 selepas aksi 30 minit masa tambahan perlawanan sekali gus memaksa penentuan sepakan penalti yang akhirnya memihak kepada Malaysia 4-3.

Pingat gangsa temasya edisi ke-26 ini menjadi milik Myanmar yang menumpaskan naib juara dua tahun lalu, Vietnam 4-1 dalam aksi penentuan tempat ketiga dan keempat.