Jumaat, 24 Februari 2012

Fatin Tentang Bulan Bercinta Dengan Pengkid?


Fatin Tentang Bulan Bercinta Dengan Pengkid?

Fatin Tentang Bulan Bercinta Dengan Pengkid?

    September 14, 2011
64 Comments
821
 
62
 
2
KUALA LUMPUR – Menatap gambar-gambar pelakon filem Tentang Bulan, Fatin Nur Afifah, yang terlentok manja di dada seorang ‘pengkid’ sudah tentu ramai yang tertanya-tanya tentang hubungan mereka berdua.
Baru-baru ini, kecoh di blog-blog hiburan terkenal seperti Beautifulnara.com, Rotikaya.com, Oh! Artis dan banyak lagi mengenai Fatin yang digossipkan bercinta dengan seorang gadis yang menyerupai lelaki.
Jika dilihat kepada gambar-gambar Fatin dan pasangan ‘pengkid’ itu, kita boleh membayangkan betapa rapatnya hubungan kedua mereka seolah-seolah pasangan kekasih yang sedang dilamun cinta!
Menurut pemilik blog Beatifulnara.com, Abang Nara menyifatkan gossip mengenai hubungan cinta Fatin dan ‘pengkid’ itu sebagai tidak logik memandangkan adalah mustahil untuk pelakon secomel itu tidak mempunyai peminat dari kalangan lelaki sejati.
Bersangka baik, Abang Nara turut memaparkan gambar-gambar Fatin yang boleh dianggap ‘panas’ diblognya dan sekeping gambar yang memaparkan pelakon itu bertindik lidah.
Sebelum ini, Mynewshub.my pernah menyiarkan mengenai lelaki yang menyerupai wanita seperti Allahyarham ‘Aleesya Farhana’ dan ‘Natasya’ yang setia pada kekasihnya.
Selain itu, kami juga pernah menyiarkan tentang hukum hakam menurut perspektif Islam mengenai golongan ‘dua alam’ yang diperoleh dari Pensyarah Jabatan Tahfiz Al-Quran dan Qiraat Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Don Daniel Don Biyajid.
Justeru itu, timbul persoalan mengenai Fatin yang mempunyai hubungan ‘mesra’ dengan seorang seorang perempuan yang menyerupai lelaki yang sudah semestinya haram menurut Islam itu.
Apa kata peminat?
Benarkah mereka bercinta atau sekadar ‘teman tapi mesra’ sahaja?

David Teo Hadiahkan Gelang Berlian Kepada Lisa Surihani

Tahniah buat pasangan Yusry Abdul Halim dan Lisa Surihani yang telah selamat di ijab kabulkan sah sebagai suami isteri. Di majlis perkahwinan mereka turut hadir Penerbit yang tidak asing lagi iaitu David Teo. David Teo sempat menyampaikan serangkap pantun buat pasangan suami isteri ini.
Hadiah Gelang Berlian Untuk Lisa Surihani1,2,3,4,
5,6,7,8,
Lisa Surihani & Yusry kasi rapat-rapat,
Nanti dapat Baby tahun depan.
Itulah pantun 4 kerat khas dari David Teo yang membuatkan para hadirin ketawa. Sejurus selepas selesainya mereka berdua diijabkabulkan, kehadiran David Teo juga merangkap “bos besar” kepada Lisa Surihani telah menarik perhatian ramai rakan media. Apa tidaknya, perkahwinan Lisa Surihani & Yusry umpama penyatuan dua buah syarikat produksi terbesar di Malaysia, iaitu KRU Studios dan Metrowealth International Group (MIG).
Insan mana tidak rasa bertuah pula kan? Lisa Surihani telah menjadi orang yang paling beruntung sekali selepas dinikahkan, David Teo hadir bersama isterinya dan telah menghadiahkan seutas gelang berlian kepada Lisa Surihani. Yusry turut menerima sekotak kecil hadiah, namun hanya Lisa yang mendedahkan kepada media selepas disuruh David.
Hadiah Gelang Berlian Untuk Lisa Surihani
Untunglah empunya badan, kepada para peminat semua, mari kita mendoakan yang terbaik untuk mereka berdua ya!

Khamis, 23 Februari 2012

Gel rambut formula mengatasi kelemumur




SAMA seperti perempuan, rambut juga penting bagi lelaki. Golongan lelaki juga begitu mementingkan penampilan rambut mereka agar sentiasa kemas dan bergaya.
Justeru, penggunaan krim atau gel rambut dilihat begitu sinonim dalam kamus hidup mereka sebagai bahan pemudah menggayakan pelbagai jenis fesyen.

Tidak hanya mempunyai fungsi sebagai pelengkap gaya, malah kini terdapat juga krim atau gel rambut yang menawarkan pelbagai formula bagi mengatasi masalah yang biasa dihadapi seperti kelemumur, rambut gugur dan terbaru perlindungan daripada sinaran ultraungu (UV) sepanjang hari.

Jenama Safi turut memperkenalkan rangkaian produk penjagaan rambut, Safi Men yang dicipta khas untuk memudahkan kaum lelaki menggayakan mahkota mereka, sekali gus dapat membantu melindunginya daripada sinaran UV.


Dirumus tanpa alkohol, ia juga mengandungi multivitamin bagi membantu menguatkan struktur rambut agar tidak mudah gugur ketika menggayakan pelbagai fesyen terkini.

Rumusan perlindungan UV, multivitamin dan mentol pada penghasilan gel rambut kawalan efektif membantu memberikan rambut lebih sihat dan tidak meninggalkan sisa yang merosakkan penampilan.

Gel itu sesuai digunakan bagi menggayakan rambut yang lebih ranggi dan berani, khusus bagi mereka yang ingin mencuba pelbagai jenis fesyen terkini setiap hari.

Bagi lelaki yang bergerak aktif, pemakaian gel rambut kawalan ekstrem tampak lebih sesuai untuk membantu mengekalkan gaya yang lebih sempurna agar bebas sepanjang hari.

Untuk tampil segar dan bersahaja dengan gaya rambut ringkas, sapuan krim rambut formula biasa membantu memudahkan pengurusan rambut.

Walaupun ringkas, kekemasan rambut yang ditampilkan sesuai digayakan untuk ke pejabat atau bersantai bersama teman pada hujung minggu.

Berbeza bagi lelaki yang inginkan kesegaran dan kemasan berpanjangan, penggunaan krim rambut ZPT membantu mengurangkan kegusaran terhadap masalah kelemumur.

Rumusan perlindungan UV, multivitamin dan mentol serta kawalan antikelemumur ZPT membantu menyegarkan rambut agar tidak kelihatan kusam.

Keunikan rumusan gel rambut H2O berasaskan air pula membantu menjadikan rambut terasa lebih ringan sesuai untuk lelaki yang ingin bergaya santai.

Ia tidak melekit dan membantu memberi kesegaran sepanjang hari untuk kekal sihat serta kemas dengan penampilan rambut sempurna tanpa meninggalkan sisa yang merosakkan gaya.

Kesemua rangkaian penjagaan rambut Safi Men itu boleh diperoleh di pasaran bermula pada harga RM3.90.

Sentuhan bergantung rona kulit

MENAWAN...gaya solekan pengantin Korea mengikut cita rasa wanita Melayu.
MENAWAN...gaya solekan pengantin Korea mengikut cita rasa wanita Melayu.
SELAIN memiliki kulit yang cerah, halus serta semula jadi kemerah-merahan, solekan mata adalah ciri paling mempesona bagi wanita Korea. Ini kerana kebanyakan gadis Korea memiliki mata yang kecil dan bundar, sekali gus menyembunyikan keaslian kejelitaan mereka.
Mereka biasanya tidak memerlukan solekan tebal kerana kecantikan semula jadi sudah terserlah sejak remaja. Ini kerana mereka mementingkan penjagaan kulit daripada dalam iaitu dengan menjaga pemakanan. Apabila kesihatan terpelihara, sudah tentu kejelitaan terpancar daripada wajah walaupun tanpa mengenakan solekan tebal.
Menurut jurusolek profesional yang hanya mahu dikenali sebagai Kelrina, berpengalaman sebagai jurusolek artis serta pengantin memberi peluang kepadanya mempelajari teknik asas solekan bergantung kepada jenis dan rona kulit seseorang.

“Warna kulit adalah faktor penting dalam memilih warna bedak asas, pembayang mata dan gincu. Warna cerah akan mewujudkan solekan semula jadi manakala rona gelap pada pembayang mata dan bedak asas akan menambah kesan dramatik serta menyerlah pada tulang pipi,” katanya.


Walaupun ramai wanita Asia percaya mereka perlu memakai rona merah jambu untuk mengatasi rona kulit semula jadi, namun ini akan memberikan penampilan luar biasa, serta ketinggalan zaman. Menggunakan produk berasaskan krim tidak membuat wanita Asia kelihatan lebih kuning, tetapi mampu memberikan warna kulit sekata serta semula jadi.

Untuk warna bedak asas, wanita Korea gemar menggunakan sapuan semula jadi. Bagi mereka ketebalan solekan tidak penting. Selagi sapuan itu mampu menyembunyikan kekurangan serta cela pada wajah, ia sudah memadai.

“Apa yang saya cuba aplikasi menerusi solekan pengantin Korea adalah mengikut cita rasa wanita Melayu yang gemarkan solekan semula jadi, namun mampu menutup keseluruhan noda pada kulit. Bagi wanita berkulit cerah serta tiada masalah kulit, sapuan sekata sudah mencukupi,” katanya yang menasihati wanita supaya bijak memilih bedak asas yang dapat mengurangkan kesan kilatan selepas seharian menggunakannya.

Untuk solekan mata, penggunaan celak serta maskara memainkan peranan penting bagi menyerlahkan keindahan pancaindera, sekali gus menjadikan mata lebih besar dan galak.

“Maskara dan celak adalah dua senjata penting yang perlu ada dalam solekan pengantin terutama untuk wanita Asia. Jika pengantin Korea lebih banyak menggunakan celak untuk solekan mata kucing dalam memberikan sentuhan misteri, begitu juga dengan solekan untuk pengantin Melayu. Namun, supaya tampil semula jadi dan anggun saya tidak menggunakan celak yang terlalu tebal pada garisan atas mata sebaliknya memberikan kesempurnaan menerusi calitan pada hujung ekor mata.

“Maskara jangan dilupa kerana kedua-duanya adalah unsur yang saling berkait dan memerlukan. Penggunaan maskara akan menyudahkan solekan seperti yang diharapkan. Ini kerana kebanyakan wanita Asia tidak mempunyai bulu mata lentik dan panjang. Oleh itu sapuan maskara dengan teknik yang betul bukan saja memberi penampilan berbeza, malah menjadikan mempelai bertambah anggun,” katanya.

Jelas Kelrina, bagi menambah nilai semula jadi pada solekan pengantin, pemilihan rona pembayang mata sangat penting bagi menyerlah gaya solekan pengantin Korea. Pilih warna ungu lembut, biru laut dan digabungkan dengan
coklat untuk majlis pada waktu malam dengan

teknik sapuan pelbagai lapisan. Jika majlis diadakan pada waktu siang, pilihan rona lembut seperti merah jambu dengan gabungan perak dan keemasan menjadikan penampilan lebih sempurna.

Akhir sekali, jangan lupa pada sapuan gincu yang menjadi pelengkap kepada gaya solekan pengantin. Sebaiknya pilih ton warna yang tidak terlalu gelap seperti merah jambu atau merah cair dengan sedikit calitan pengilat bibir.

“Untuk solekan pengantin, penggunaan pengilat bibir akan memberikan kesan lebih menyerlah terutama bagi majlis berkonsepkan dalam taman. Sama ada bertudung atau sebaliknya, jangan mengabaikan sapuan pengilat bibir kerana ia akan membuatkan penampilan seperti yang anda idamkan,” katanya.



Panduan penjagaan bibir

Antara bahagian wajah yang perlu diperhatikan selepas mata ialah bibir. Bibir memiliki kulit yang sangat nipis serta mudah kehilangan lembapan, kering dan pecah.

Oleh itu, bibir memerlukan penjagaan rapi serta produk bersesuaian.

Sebaiknya sapukan salap bibir mengandungi pelindung matahari sebelum memakai gincu atau menggunakan gincu mengandungi SPF ketika melakukan aktiviti di luar rumah. Bagi wanita yang menjaga bibir sebaiknya, kulit bibir akan berwarna kemerahan, lebih lembut dan lembap. Kesannya, bibir lebih sihat, menarik dan seksi.


Pilih gincu warna sesuai

Dalam memilih warna gincu, apa yang perlu diberikan perhatian ialah bentuk dan garis bibir yang biasanya mengikut susunan gigi serta tulang rahang. Bentuk dan garis bibir menentukan warna gincu yang sesuai dipakai. Berikut jenis gincu yang sesuai mengikut bentuk bibir:

Bibir bergaris lembut dengan bentuk mendatar

Pilih gincu jenis berkilat dengan warna merah, merah jambu atau ungu.


Bibir bergaris keras dengan bentuk cembung

Pilih gincu jenis krim atau matte dengan warna coklat seperti merah muda coklat atau krim.

Putus kerana orang ketiga

pix_middle

HARAPKAN panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Ikatan cinta yang mekar terjalin selama enam bulan, akhirnya layu di tengah jalan. Begitulah tamatnya episod cinta sepasang kekasih yang paling hangat diperkatakan peminat hari ini iaitu pelakon muda seksi, Miera Liyana, 19, dan pasangannya, bintang filem Azura, Shahrizal Jaszle, 23.
Walaupun berat hati untuk melepaskan si kekasih hati pergi, nampaknya hati gadis muda ini cekal dan keras untuk mengakhiri hubungan mereka. Rayulah sebanyak manapun, hati Miera masih terluka dengan apa yang berlaku dan sukar untuk memaafkan bekas kekasihnya itu.
   
  • Foto
  • Foto
  • Foto
Ternyata, Miera ada alasan kukuh untuk mengakhiri hubungan mereka. Apa gunanya dia mempertahankan hubungan yang tidak jujur dan ada ‘orang ketiga’ dalam hubungan mereka.

“Sama seperti dialog dalam filem Ombak Rindu, ‘Cinta tak kejam, cuma manusia yang tak pandai untuk menghargainya.’ Bila kami sudah putus, barulah dia hendak menawan hati saya semula. Bila depan mata, saya tak dihargai langsung?


“Justeru, saya ingin beritahu pada semua, kami sudah putus dan kini hanya sekadar berkawan biasa saja,” katanya.

Ditanya sejauh mana kebenaran wujudnya orang ketiga, Miera mengakui perkara itu selepas menyiasatnya sendiri.

“Kami jarang bergaduh dan saya tidak percaya dengan tuduhan melulu, sebab itu saya cuba menyiasatnya sendiri. Bukannya dengar cerita kecurangan Shah (Shahrizal) itu daripada sebelah pihak saja kerana saya sudah kenal lama dengannya.

“Justeru, saya pun putuskan untuk bersemuka secara baik dengannya serta ‘Puteri’ yang juga orang ketiga dalam hubungan kami. Selain itu, perbincangan kami disertai PA (pembantu peribadi) Shah dan ibu saya sendiri.

“Selepas itu, Shah dan Puteri sendiri mengaku mereka sudah kenal lama sebelum saya bercinta dengannya lagi. Saya fikir mereka berkawan biasa tapi rupa-rupanya lebih daripada itu. Justeru, saya terus putuskan hubungan kami kerana tidak percaya pada Shah lagi,” katanya.

Apapun, Miera mengakui dia dan Shah mungkin tiada jodoh seperti diharapkan.

“Saya tidak ingin mencari teman lelaki di kalangan artis lagi selepas ini. Apapun, saya tidak mahu perbesarkan cerita ini lagi,” katanya.

Kata Miera, mereka putus secara rasmi pada pertengahan Januari lalu. Ketika itu, Shah baru saja kembali daripada menjayakan penggambaran di Australia.

“Saya juga tidak mahu terima pelbagai hadiah yang dibelikannya dari Australia kerana tidak dapat menerima kecurangannya itu. Saya percaya, dia juga beli hadiah yang sama untuk teman wanitanya yang lain,” katanya.

Jauh di sudut hati, Miera mengakui dia sukar untuk melupakan bekas kekasih yang pernah bertakhta di hatinya itu.

“Bohonglah, kalau saya beritahu tidak ada perasaan padanya lagi. Mungkin orang tak tahu, kami sudah kenal sejak zaman bangku sekolah lagi. Saya masih sayangkannya sampai sekarang.

“Saya akan beri peluang padanya jika dia berubah dan buang semua sifat dan perangai buruk yang ada dalam dirinya. Pada masa sama, saya memang tiada lelaki lain dalam hidup saya selepas Shah.

“Sampai masanya kami fikir kesalahan masing-masing dan perbaiki kelemahan diri. Dia kata, saya tak angkat telefon? Bukan tidak mahu angkat telefon, kami masih berkawan dan saya tak mahu bercakap kisah silam lagi,” katanya.

Mira ditemui di majlis permaidani merah, sempena Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH 2011) di Rafflesia The Pearl Centre, Hotel Park Royal, Kuala Lumpur, baru-baru ini. Walaupun tidak tercalon, Miera tetap hadir untuk memberi sokongan pada acara glamor itu.

Ditanya komen gosip Shah bercinta dengan Fiza Elite, Miera yang tampil jelita dengan busana merah cili rekaan Riffai juga mengakui dia tidak tahu menahu mengenai gosip berkenaan.

“Memang, saya rapat dengan Shah tapi saya sendiri tak dapat nak komen mengenai gosip itu. Apa yang saya tahu, mereka memang berkawan baik tapi tak lebih daripada itu,” katanya.

Berbanding karier seni, cerita kontroversi Miera ternyata lebih mendapat perhatian ramai. Ia diakui Miera sendiri. Malah, ramai yang terlupa perkembangan karier seninya kerana terlalu banyak kontroversi dan kisah cinta yang dijaja peminat.

“Saya memang tidak dapat untuk elak kontroversi kerana sedar ia memang perlu dilalui semua artis. Sebagai orang baru, saya perlu belajar daripada kesilapan. Saya juga ingin dikenali ramai kerana bakat dan bukannya kontroversi dalam bidang seni,” katanya.

Mengenai perkembangan karier seninya, kata pelakon tinggi lampai ini, tawaran berlakon juga mencurah sepanjang dua tahun dia berkecimpung dalam bidang seni. Antara lakonannya ialah drama Friday I’m In Love. Selain itu, empat filem lakonannya ialah Jangan Pandang-Pandang, Rentaz, Pecah dan Cinta Atas Tar.

Bagaimanapun, kata Miera, dia mengakui lebih berminat beraksi di pentas filem berbanding dalam drama.

“Filem dan drama adalah dua genre yang berbeza. Berlakon filem ternyata lebih seni dan ia sangat mencabar berbanding drama. Saya juga dapat kepuasan yang lebih. Tapi bukan bermaksud saya tak mahu buat drama langsung. Saya buat juga drama kalau karakternya menarik dan mencabar,” katanya.



Trivia Miera

  • Beg tangan paling mahal pernah dibeli
    Hermes Birkin

  • Hadiah paling mahal yang pernah dihadiahkan peminat
    Giant Teddybear

  • Saiz kasut
    38

  • Aset yang nak dibeli
    Tanah dan rumah

  • Kereta mewah idaman
    Aventador Ferrari

  • Kali terakhir anda menangis
    Semalam

  • Tabiat lelaki yang paling dibenci
    Kaki perempuan (playboy)



  • Kongsi artikel ini menerusi media sosial

    Selasa, 21 Februari 2012

    5 posisi berhubungan seks yang menjelaskan sifat lelaki

    Pernahkah terfikir di minda anda bahawa posisi seks yang digunakan pasangan ternyata menerangkan watak dirinya? Seksualiti seseorang berkembang sesuai kedewasaannya, ada yang melaluinya dengan cepat ada pula yang lambat. Pendewasaan diri dan pembentukan watak ini nampaknya secara tidak sedar terbawa dari caranya memilih posisi berhubungan seks.

    Ada lima posisi berhubungan seks yang paling umum dan sering digunakan lelaki. Kelima kedudukan ini sebahagian besarnya menjelaskan bagaimana watak dan sifatnya. Seperti yang dipetik dari AskMen.

    1. Doggy Style

    Posisi ini melambangkan rasa tidak hormat terhadap wanita. Daripada memberikan perlakuan kasih sayang, kedudukan ini cenderung berkesan ‘merendahkan’. Dipercayai lelaki yang menyenangi posisi ini, mengalami banyak penolakan ketika ia membesar, entah penolakan dari jantina yang berlawanan, teman-temannya, dan keluarga. Ia melampiaskan rasa kekecewaannya dalam posisi ini. Posisi ini kerap digunakan oleh para ‘player’ yang hanya mencari cinta satu malam, yang jelas tidak mengerti makna cinta sejati dan kesetiaan.

    2. Misionaris

    Posisi klasik dan tradisional dalam berhubugan seks, membuatnya dinamakan ‘mubaligh’ (hanya menjalankan misi). Lelaki yang menggunakan kedudukan ini biasanya jenis yang konservatif, tidak berani mengambil risiko dan senang mengikuti peraturan dalam hidupnya. Ia tidak menganggap aktiviti seksual sebagai sesuatu perkara yang penting namun hanya sebagai kewajipan yang dilakukan oleh suami isteri. Posisi ini juga bermakna bahawa ia pasangan yang cenderung kepada kebosanan, namun mengagumi anda sebagai pasangannya.

    3. Cowgirl

    Boleh dikatakan kedudukan ini adalah kegemaran lelaki pemalas. Bagaikan anak tunggal yang selalu dipenuhi segala permintaannya, kedudukan ini memerlukan kerja keras dari pihak wanita. Lelaki yang gemar menggunakan kedudukan ini cenderung hidup selesa dan jarang ingin berusaha lebih untuk kehidupan yang lebih baik. Dipercayai lelaki seperti ini akan bergantung pada pasangannya terus-menerus dalam membuat segala keputusan. Posisi ini juga bermakna bahawa ia jenis lelaki yang ingin segala sesuatunya cepat diselesaikan, apapun cara yang mesti ditempuh.

    4. Spooning

    Bagi lelaki yang menyenangi posisi ini, bererti ia senang berada dalam sebuah hubungan yang mengikat. Selama hidupnya dianggarkan ia mengalami masa-masa yang sukar, namun ia berjaya membina keyakinan dan berdikari. Menjalani hidup sendiri merupakan perkara yang mustahil dilakukan baginya. Itulah sebabnya ia sangat memuja pasangannya, dan seakan tidak mahu lepas darinya. Sayangnya jenis ini cenderung posesif dan penuh rasa cemburu. Ia akan panik apabila anda tidak memberi berita ataupun menghilang hanya seketika sahaja.

    5. Kucing

    Posisi ini dilakukan dengan wanita berbaring meniarap, dan kemudian sang lelaki melakukan penetrasi dari atas dengan tumpuan tangan yang lurus seperti berpose yoga. Serupa dengan posisi doggy-style dengan pendekatan spooning. Tidaklah hairan posisi ini disukai dalam buku ilmu seks tantrik. Kkabarnya, kedudukan ini menandakan lelaki tersebut tidak peduli dengan hal-hal duniawi, namun spiritual. Ia sangat mengutamakan keseimbangan dalam kehidupan mahupun percintaan. Jenis lelaki yang sabar namun mudah kehilangan arah apabila pasangannya tidak peduli lagi akan dirinya. -