Khamis, 7 Mac 2013

Siti Saleha Impikan Majlis Romantis dan Busana Renda

Siti Saleha Impikan Majlis Romantis dan Busana Renda
Siti Saleha Impikan Majlis Romantis dan Busana Renda
Siti Saleha Impikan Majlis Romantis dan Busana Renda
Pesona Pengantin cuba mendekati Siti Saleha untuk berbicara tentang impian perkahwinannya. Memiliki tubuh langsing, wajah cantik sempurna, berkulit mulus, manis senyuman dan lemah lembut dalam berbicara. Namun begitu, figura cantik ini jarang sekali dikaitkan dengan kisah cinta dan impian perkahwinannya.
Dapatkan Majalah Pesona Pengantin Isu Mac 2013 di pasaran, dan saksikan Siti Saleha beraksi di hadapan kamera semasa penggambaran muka depan Pesona Pengantin kali ini.
 


Cantik Cara Wanita Thailand

Cantik Cara Wanita Thailand
Rahsia Cantik Wanita Thailand
Rahsia Cantik Wanita Thailand
Wanita Asia sememangnya terkenal dengan kecantikan semulajadi  yang menjadi dambaan lelaki. Melihatkan kulit yang mulus, rambut hitam dan susuk badan yang menawan wanita Thailand, pasti membuatkan mata yang melihat tertanya-tanya akan rahsia kecantikan yang diamalkan oleh wanita di negeri Gajah Putih ini.  Buat bakal mempelai, apakata anda cuba mengamalkan rahsia kecantikan wanita Thailand yang dapat Pesona Pengantin kongsikan ini.
Betik
Kebanyakan wanita Thailand menggunakan betik sebagai masker bagi member kesegaran kepada wajah. Betik adalah anti oksida dan kaya dengan khasiat, seperti vitamin C dan E yang dapat melawan radikal bebas yang menyebabkan kedutan. Kebanyakan wanita Thailand menjadikan betik sebagai masker wajah yang dapat membuatkan kulit mereka cerah berseri dan bebas cela. Ambil buah betik yang telah masak, hancurkan dan oleskan di wajah anda. Biarkan selama 10-15 minit, dan bilas.
Santan Kelapa
Wanita Thailand bijak memanfaatkan khasiat santan kelapa. Mereka mengamalkan mandian santan kelapa untuk mengekalkan kelembapan dan keanjalan kulit. Selain itu, mereka juga menggunakan santan kelapa dalam perawatan rambut yang sihat.
Diet Pemakanan
Amalan pemakanan wanita Thailand yang sihat turut membantu mereka mendapatkan Kulit yang berseri dan tubuh badan yang langsing. Wanita Thailand amat menitikberatkan pengambilan sayur-sayuran dan rempah ratus di dalam diet pemakanan mereka. Pengambilan sayur-sayuran yang kaya dengan vitamin membantu anda mengekalkan kelangsingan tubuh badan.
Kunyit
Kunyit merupakan anti oksida yang dapat melawan radikal bebas.  Wanita Thailand mengamalkan cucian muka dengan serbuk kunyit untuk mendapatkan kulit wajah yang licin berseri dan bebas jerawat. Caranya mudah sahaja. Basahkan tapak tangan dengan air, ambil serbuk kunyit dan skrub wajah anda dengan serbuk kunyit tersebut selama 5-10 minit.

Selasa, 8 Mei 2012

Isteri Jimmy Shanley Akui Hamil Anak Luar Nikah


jimmy

Isteri Jimmy Shanley Akui Hamil Anak Luar Nikah


Pengacara Jimmy Shanley memberitahu Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam bahawa isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy mengaku mengandung anak luar nikah dan mengugut mahu menggugurkannya jika kandungan itu benar anak Jimmy.

Jimmy atau nama sebenarnya Jimmy Shanley Norjahan Shah Saleh, 31, berkata, Nursuhaila membuat pengakuan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) pada petang 24 Januari 2011 selepas dia menegur isterinya itu, yang didapati masih berjudi.

Jimmy memberi keterangan dalam perbicaraan tuntutan nusyuz dan kembali taat yang difailkan terhadap Nursuhaila pada 3 dan 27 Januari tahun lalu.

Menjawab soalan peguam syarie Mohd Noor Aizan Mohd Idrus, Jimmy berkata, pengakuan Nursuhaila itu adalah salah satu sebab mengapa dia mendakwa isterinya nusyuz.

"SMS isteri berbunyi; Kalau I mengandung pun confirm anak you ke? Ni Mr Jimmy, I dah buanglah anak you tu kalau I mengandung.

"Saya balas SMS dan bertanya anak siapa awak mengandung? Dia jawab; Anak haram. Mampus pi lah anak siapapun. Ada aku kisah," kata Jimmy yang membacakan SMS Nursuhaila di hadapan Hakim Syarie, Saharusin Selamat.

Jimmy antara lain memberitahu sudah banyak kali memberikan nasihat kepada Nursuhaila berhubung perkahwinan mereka.

Malah katanya, Nursuhaila pernah bertindak keluar rumah dan hilang selama 16 hari sebagai protes dengan teguran bapa sendiri mengenai rumah tangga mereka.

Dia juga memberitahu ada menghantar SMS merayu isterinya berubah dan meminta ampun kepada ibu bapa.

Pasangan tersebut diijabkabulkan pada 1 Oktober 2010 di rumah keluarga perempuan di Sunway Rahman Putera, Sungai Buloh dengan hantaran sebanyak RM31,186 bersempena dengan tarikh lahir Nursuhaila yang jatuh pada 31 Januari 1986.

Sumber: Sinar Harian



addthis kongsi icon
Dakwaan Bukan Anak Jimmy Shanley

SHAH ALAM, 8 MEI 2012: Pelakon dan pengacara, Jimmy Shanley memberitahu Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, semalam, bahawa isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy pernah mendakwa mengandungkan anak haram dan mengugut mahu menggugurkan kandungan itu jika ia anak Jimmy Shanley.
Menerusi laporan akhbar Harian Metro hari ini, Jimmy, 31, atau nama sebenarnya, Jimmy Shanley Nor Jahan Salleh berkata, kenyataan isterinya itu dibuat menerusi kiriman SMS selepas dia menegur perbuatan Nursuhaila yang masih berjudi dan mengingkari janji tidak lagi meneruskan tabiat buruk itu.
Bekas pengacara Trek Selebriti dan AF8 itu berkata demikian ketika menjawab soalan peguam syarie yang mewakilinya, Mohd Noor Aizan Md Idrus pada perbicaraan tuntutan nusyuz dan kembali taat ke atas Nursuhaila, 25.
Bagaimanapun, Jimmy Shanley memberitahu anak yang dikandung Nursuhaila adalah zuriatnya dan isterinya tidak menggugurkan kandungan itu, sebaliknya mengeluarkan kenyataan tidak benar kerana didorong perasaan marah.
Terdahulu, Jimmy memberitahu pada 24 Januari 2011, dia telah pergi ke rumah ibu mentuanya dan mendapati Suhaila sedang berjudi dengan seseorang di tingkat atas rumah berkenaan.
Dia yang kecewa lantas menghantar SMS kepada Suhaila memberitahu perasaan terkilannya pada petang hari yang sama.
Pada ketika itulah Suhaila membalas SMS berkenaan untuk mengugut menggugurkan kandungan.
Jimmy Shanley pada prosedur itu turut membacakan keratan SMS berkenaan yang berbunyi: "Ni kalau I mengandung pun confirm anak you ke? Ni Mr Jimmy, I dah buanglah anak you kalau I mengandung."
Jimmy Shanley kemudian membalas SMS itu dengan bertanyakan jika bukan dia, anak siapa yang dikandung isterinya dan akan berbinkan atau berbintikan siapa. Jawapan yang diterima Jimmy: "Anak haram mampus pi la ada aku kisah? Mampus pi la ada aku kisah mengandung anak sapa pun?"... "Bin Abdullah"
Pada prosiding itu juga, Jimmy telah mengemukakan beberapa alasan yang menunjukkan isterinya nusyuz. Antara lain, Suhaila dikatakan menghilangkan diri 16 hari tanpa izinnya selepas ditegur supaya berubah.
Selain itu, Suhaila dikatakan bercuti di China tanpa izin Jimmy Shanley dan pengacara itu mendakwa isterinya masih berjudi walaupun sudah banyak kali dia merayu supaya berubah.
Jimmy Shanley menfailkan permohonan kembali taat terhadap Suhaila pada 3 Januari lalu, diikuti permohonan nusyuz pada 27 Januari lalu.
Permohonan itu dikemukan selepas Jimmy dan Suhaila mula tinggal berasingan pada 21 Oktober tahun lalu.
Pasangan itu bernikah pada 1 Oktober 2010 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Zahrah Shanley yang lahir 24 Jun tahun lalu.

ZAINA ZAIN BERUSIA 44 TAHUN !!

masih cun


TANGGAL 2 Mei lalu, genap 44 tahun usia penyanyi, pelakon dan model terkenal Ziana Zain. Bagi meraikan ulang tahun kelahiran Ziana, satu sambutan ringkas telah diadakan bersama peminatnya di Red Box, The Gardens, Kuala Lumpur pada Sabtu lalu.

Bertemu dengan ibu kepada empat orang anak iaitu Muhammad Aiman, 12, Muhammad Ammar, 9, serta pasangan kembar Muhammad Ariel Armin dan Siti Nour Kaseh Armin Zaharin, 1 tahun 5 bulan, yang kekal jelita itu, ternyata Ziana seorang yang cukup merendah diri berbeza dengan nama besarnya, malah dia cukup suka tertawa.

Bercerita perihal kerjayanya, Ziana antara anak seni yang cukup sukses dan kekal bertahan selepas 21 tahun aktif dalam dunia seni sejak muncul dengan album pertama berjudul Madah Berhelah pada tahun 1991.

Namanya terus harum, malah menjadi semakin mahal dan terus dipuja sehingga sekarang. Rahsianya, mungkin kerana vokalnya yang berbeza dan tidak mempunyai klon yang serupa dengan dirinya.

Tertawa dengan pujian yang diberikan, Ziana mengatakan suara yang dimiliki adalah kurniaan Allah. Vokal setiap penyanyi berbeza-beza dan dia bersyukur kerana vokal serta lagunya diterima peminat.

"Saya sangat bertuah dan bersyukur kerana disayangi peminat sejak muncul dengan album pertama sampai saya sudah ada empat orang anak," tuturnya.

Ditanya bagaimana Ziana menjaga vokalnya, tegasnya, dia mengelak untuk meminum air sejuk dan minuman bergas.

"Pernah ketika mula-mula jadi penyanyi, saya langsung tidak sentuh air sejuk dan bergas kerana bimbang boleh mengganggu kualiti vokal.

"Namun, sekarang suara saya sudah lasak, sesekali minum air sejuk dan bergas apa salahnya. Rugi pula kalau tidak merasa minum air sejuk," katanya yang telah muncul dengan tujuh buah album studio.

Bukan setakat vokal, jelas penyanyi yang pernah bergelar gadis kilang serta pramugari itu lagi, untuk mengekalkan reputasi dan juga kejayaan, dia menjadi dirinya sendiri setiap masa.

"Saya menjadi diri saya yang sebenar iaitu Siti Roziana pada setiap masa, tidak kiralah di rumah, di pentas persembahan dan juga ketika bersama peminat.

"Apabila kita menjadi diri sendiri dan merasakan pekerjaan saya iaitu menyanyi, berlakon dan model sebagai satu tanggungjawab, saya akan melakukan sebaik mungkin dalam semua perkara.

"Tidak perlu meniru atau menjadi orang lain semata-mata mahu dihargai. Paling penting, saya harus jujur dengan orang yang menyayangi saya, iaitu jujur terhadap keluarga dan peminat," luahnya lagi.

Selepas 10 atau 15 tahun akan datang, andai kata Ziana tidak lagi bergerak aktif di pentas nyanyian, beritahunya, dia mahu meninggalkan nama, imej yang bersih serta lagu malar segar buat peminat.

"Saya mahu lagu-lagu saya menjadi motivasi buat orang yang mendengarnya dan juga meninggalkan imej serta semua perkara terbaik yang peminat boleh ingati apabila saya sudah tidak bergelar anak seni lagi nanti," katanya dalam nada serius.

BERITA HIBURAN MALAYSIA.


addthis kongsi icon
Klip Video Terbaru Ziana Zain Sempena 44 Tahun

KL, 7 MEI 2012: Meskipun Murai Batu tidak diundang ke majlis meraikan ulang tahun ke-44, Ratu Pop Ziana Zain di Red Box, The Gardens baru-baru ini, tapi setidak-tidaknya Murai Batu berbangga kerana dalam usianya itu dia masih mempunyai kelompok peminat yang ramai.
Khabarnya seramai 81 peminat Puncak Kasih itu telah hadir meraikan ulang tahun Ziana Zain secara tertutup di pusat karaoke terkemuka berkenaan sehingga lewat jam 3 pagi pada hujung minggu lalu, selain dimeriahkan dengan beberapa aktiviti menarik.
Aktiviti yang menarik jika dikaitkan dengan Ziana Zain pastinya pertandingan karaoke yang telah dianjurkan sendiri oleh kelab peminat Ziana Folks bagi mencari klon diva terkemuka itu selain membolot gelaran juara.
Selain itu juga turut diadakan cabutan bertuah dan pertandingan Jangan Lupa Lirik lagu-lagu Ziana Zain bagi menyemarakan acara.
Meskipun Cuma sebuah majlis kecil-kecilan, tapi Ziana Zain nampaknya telah menyalinkan dua persalinan berbeza. Satu dari rekaan Zery Zamry dan satu lagi Rizman Ruzaini. Hebat sungguh mama vogue kita seorang ni.
Amboi Kak Ziana kita sorang ni. Bukan main lagi ya. Sampai jam 3 pagi lagi. Hai! Abang Armin dan anak-anak tak merajuk kah Ziana pulang lewat?
Murai Batu difahamkan, setiap tahun sekiranya kelab peminatnya itu menganjurkan majlis ulang tahun, berat sungguh hati Ziana Zain untuk menolak kerana baginya kerana peminatlah dia masih bertahan sehingga ke hari ini. Jadi untuk berkata tidak kepada mereka, bukanlah jawapan yang terbaik.
Walaubagaimanapun, Murai Batu dapat tahu peminat Ziana Zain telah menjadi saksi pertama yang telah diberi penghormatan menonton klip video terbaru miliknya berjudul Misteri Cinta dendangan bersama Sohaimi Mior Hassan.
Apa yang menarik, Murai Batu dapat tahu, klip video berkenaan telah dirakamkan oleh sekumpulan anak muda daripada produksi yang masih mentah, bagaimanapun kualitinya sangat memberangsangkan penyanyi berkenaan.
Betulkah Ziana?
Tak sabar pula Murai Batu ingin menyaksikan sendiri klip video berkenaan kerana khabarnya mempunyai jalan cerita yang menarik, di mana penggambaran telah diadakan diadakan di beberapa lokasi berbeza.
Walaupun Murai Batu tidak lagi berkesempatan menonton klip video ini, tapi tak salah agaknya jika Murai Batu kongsikan hasil duet Ziana Zain bersama-sama penyanyi veteran Sohaimi Mior Hassan yang telah diletakan di laman YouTube.


Isnin, 7 Mei 2012

(Tahniah) Fasha Sandha Sah Milik Jejai

 dalam kategori Menarik, Selebriti, Tempatan
Share95
Alhamdulillah. Majlis pernikahan antara Fasha Sandha dan Toh Muda Rizal Ashram (Jejai) telah selamat berlangsung dengan meriahnya. Majlis yang dijalankan di tingkat 30, Windows on KL, Crown Plaza Mutiara, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur telah dihadiri oleh keluarga, para selebriti dan juga para media. Lebih 300 tetamu telah hadir ke majlis bertemakan rona lavender kedua mempelai ini. Linda Onn turut dijemput menjadi pengacara majlis untuk akad nikah malam tadi.
Dengan dua kali lafaz, Fasha Sandha kini menjadi milik Jejai tepat jam 9.45 malam. Jejai telah dinikahkan sendiri oleh bapa Fasha, Hassan Bin Mohaiddin sambil disaksikan oleh Mohd Shahirman. Fasha kelihatan sangat cantik berseri-seri dalam persalinan kurung tradisional rona putih hasil rekaan Rizman Ruzaini. Fasha disolek oleh jurumekap terkenal, Saidatulnisa yang merupakan adik-beradik penyanyi rock Ella.
Pihak pengantin lelaki telah menyerahkan tujuh dulang hantaran manakala pihak perempuan membalas dengan sembilan dulang. Antara rakan artis yang sudi hadir ialah Isma AF, Faradhiya, Tomok dan isteri, Rebecca Nur Islam dan suami serta Nor Aliah Lee.
Di majlis nikah ini, Jejai telah menyerahkan mas kahwin RM8,888.88 kepada Fasha. Mesti ada alasan angka 8 ini dipilih bukan.
Fasha bersyukur majlisnya telah selamat disempurnakan dan sangat berterima kasih kepada keluarga, sahabat dan media yang sudi memeriahkan majlis nikah mereka.Majlis resepsi Fasha Sandha dan Jejai pula bakal diadakan di Pusat Peranginan Bali, Indonesia dan hanya seramai 100 jemputan sahaja yang diundang.
Alhamdulillah…
OH ARTIS: TAMATLAH KONTROVESI PERCINTAAN MEREKA. DOAKANLAH YANG TERBAIK UNTUK PASANGAN YANG BARU MENDIRIKAN MASJID INI.

Persalinan Scha & Awal, Ilham 2 Pereka Tampil Menarik



Sebagaimana semua sedia maklum, pasangan pengantin baru Scha Al Yahya dan Awal Ashaari atau SchAwal merupakan selebriti yang sering tampil menarik dengan pilihan gaya tersendiri.
Malah, tidak keterlaluan jika dikatakan, dua selebriti ini merupakan pasangan yang paling Stailista dan bergaya hebat dengan nuansa fesyen tersendiri serta jenama pilihan, tidak kira daripada rekaan tempatan mahupun antarabangsa.
Menyerikan majlis pernikahan dan berinai yang telah berlangsung malam semalam, SchAwal telah memilih dua pereka fesyen popular tempatan, Syaiful Baharim dan Rizman Ruzaini untuk tampil hebat pada kedua-dua acara penting dalam hidup mereka itu.
Persalinan dari rona putih suci bersih rekaan Syaiful Baharim telah menjadi pilihan SchAwal untuk memberi makna cukup simbolik bagi acara akad nikah, sekali gus menjadikan penampilan mereka bak pinang dibelah dua.
Mungkin bagi sesetengah pihak, kurung Melayu cekak musang yang disarungkan Awal Ashaari tidak banyak bezanya dengan kurung Melayu biasa, tetapi itulah yang menjadi pilihan pengantin lelaki pada hari bahagia berkenaan.
Apatah lagi rekaan Syaiful Baharim sangat dikenali dengan keselesaan, kesempurnaan buatan dan rekaannya yang tersendiri.




Sejuk hati memandang ke arah Scha Al Yahya kala cincin disarungkan kejemarinya. Lebih menusuk kalbu lagi apabila persalinan Syaiful Baharim yang digayakan pengantin perempuan itu tidak terlalu sarat, tidak terlalu mencuba, cukup sekadar potongan kurung moden ringkas diperindahkan dengan pemilihan padanan fabrik lace istimewa. Inspirasi lace yang sama juga dijadikan selendang bagi melitupi wajah berseri Scha Al Yahya yang telah didandan cantik oleh jurusolek terkenal Najib.
Berpindah ke acara merenjis, suasana lebih meriah mula menjelma tatkala kedua-dua raja sehari tampil dengan persalinan gabungan tradisional dan moden dari pemilihan rona hijau diraja rekaan eksklusif Rizman Ruzaini.
Pereka muda kegemaran ramai selebriti tempatan itu, sememangnya bijak melempiaskan kreativitinya dari hanya sehamparan kain songket (tajaan Atiqah’s Songket) kepada sepasang persalinan yang berjaya memukau mata memandang.
Untuk pengetahuan semua, pihak Atiqah’s Songket telah memperntukan masa selama dua bulan untuk menenun songket berkenaan dan Rizman Ruzaini pula memerlukan masa dua hari untuk menyiapkan kedua-dua persalinan SchAwal.
Potongan duyung dan off shoulder yang ditampilkan buat Scha Al-Yahya menjadikan pelakon Awan Dania itu tampak cukup anggun. Ditambah lagi dengan cucuk sanggul dan kembang merah menyala yang tersemat di kepala.
Awal Ashaari pula tampil segak bak putera diRaja dengan persalinan songket lengkap, siap dengan tenggolok dan samping yang dihiasi dengan rantai dan aksesori bulan sabit serta bintang melempiaskan aura cukup gah.

Ibu Jejai Tidak Suka Fasha Sandha? kot

Tempohari kami ada berkongsi dua artikel  dan video pernikahan Jejai dan Fasha. Kami agak tertanya-tanya apabila komen di bawah ini kami baca di sana. Mengapa komentor ini memberikan komen sebegitu?
Kini barulah kami faham bahawa Fasha yang baru seminggu bernikah dengan Jejai atau nama sebenarnya Rizal Ashram Ramli yang merupakan anak bekas Menteri Besar Perak Tan Sri Ramli Ngah Talib itu tidak mendapat restu dari ibu Jejai iaitu Puan Sri Raja Noora Ashikin Raja Abdullah.
Ibu Jejai juga turut tidak berada pada majlis tersebut dan hanya kelihatan bapa Jejai sahaja bersendirian sebagai wakil keluarga Jejai bersama 250 tetamu yang lain.
Apa Komen Fasha?
“Maaf saya tidak mahu mengulas mengenai perkara ini. Apa yang penting adalah perkahwinan kami. Saya kini bahagia dan bersyukur kepada Allah kerana telah memberikannya seorang suami yang baik.”
Fasha dan Jejai selamat diijabkabulkan pada 27 April lalu di Hotel Crowne Plaza Mutiara memberitahu dia masih belajar bagaimana ingin menjadi seorang isteri yang baik namun memberitahu sedang meniti hari bahagia. Tidak sukar untuk menambat hati Jejai kerana suaminya itu adalah seorang yang ringkas dan tidak cerewet.
“Mungkin kami telah berkawan lama sebelum berkahwin jadi senang untuk memahami sikap dan kehendaknya. Bagaimanapun saya masih belajar untuk menjadi seorang isteri,” ujarnya.
Fasha dan suaminya akan berangkat ke Pulau Redang, Terengganu pada minggu hadapan bagi berbulan madu.
Jika benar tidak direstui ibu Jejai, perlahan-lahanlah ye Fasha. Maklumlahkan, Fasha merupakan menantu kedua menggantikan Nora dan ibu baru bagi cucunya. Jaga dan ambil hati mertua tau. Pasti ibu Jejai menerima Fasha kelak.
OH ARTIS: CUBAAN DAN DUGAAN… BUKAN SEMUA BENDA DI DUNIA BOLEH KITA MILIKI DAN BELI DENGAN WAJAH DAN WANG RINGGIT. KAMI DOAKAN KEBAHAGIAN UNTUK SEMUA ORANG